Wednesday, October 21, 2009

blog ku dah bersawang ke????

Assalamualaikum semua....

Sesungguhnya sungguh lama blog ini tidak dijengah dan tidak di update. Apa dah jadi...huhu kekangan masa yang melanda diri ini menyebabkan masa tak cukup tok update blog neh... Byk btok bnda yg nak kena settle dlm masa beberapa minggu neh...tension2...xpa2 aku kn tabah..hehe kot...erm...esk dh la ada exam Numerical Literacy. Ntah apa lah yg aku nk jwb esk. Dh la langsung x tahu apa yg lcturer ajar. Ye.lah lecturer lecture kt dpn aku sibuk lcture kt blkg dewan kuliah...hehe agknya bilalah aku bkesempatan nk update blog ni lg...xpe2 cool sueda esk2 update lah kn...hehe..kayh da....................

Tuesday, October 6, 2009

Sekadar untuk dikongsi bersama

Dalam beberapa hari ni aku rasa cam busy sgt. Mcm dah tak tercapai je nak bwt sume keje2 yang nak kena settle kan tu. Maka aku pun tidak sempat untuk m'update blog ku ini.HEhe...ayat nak skema je...Ok2 dalam kesibukan ni tetiba aku dilanda 1 masalah yang sgt besar n sgt berat di mana laptop kesayangan ku tidak dapat dibuka n xdpt berfungsi. Pening2...berat otak aku memikir asymen yg byk tak siap tu. Cool....jgn kecoh2 relax sueda...kn2...haha sj je nk sdp kn ati nie...

Erm...hari ni aku pnjm laptop shbt tsayang si EJUK jawe banting.Naseb bek dye baek ati dapat lah aku bukak email ku yang x dibukak tu. Dalam mengecheck email aku t'tarik dgn satu email yg di hantar oleh mmber aku time skolah dlu. Rasa nya elok untuk dikongsi bersama.


HANTARAN AL-QURAN

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerime hantaran..pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta... ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur.. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja.. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak.. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


read dis...


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


May Allah bestow this favour on all of us.



Sekadar renungan...yang baik dikongsi bersama........ :)

Sunday, September 27, 2009

Refresing of One Week

Bermula hari ni hari-hariku akan berlalu seperti biasa. Erm semalam baru balik dari cuti raya. Pukul 9 pagi bertolak dari rumah pukul 6.45 sampai lah ke Kuala Lipis yang serba indah neh. Kenapa lama sangat? Jauh ke???Hehe sebenarnye tak jauh mana pun tapi sebab transit jap kat KL tu pasal la yang jadi lama.

Ok setelah seminggu x update blog ni, hari ni aku kembali untuk berceloteh sket pasal cuti aku yang seminggu tu. Erm...perjalanan cuti bermula ari jumaat 18 September. Petang tu pukul 3 aku pun bertolak lah meninggalkan tanah Lipis yang indah untuk ke Kuala Lumpur. Buka posa kat Lowyat solat pastu balik ke Pudu. Pukul 11.00 malam bermulalah perjalanan ku pulang ke Pulau Pinang. Aku tak straight blk Penang tapi ke Sungai Petani. Aku sampai lambat sangat dari masa yang sepatutnya. Biasanya pukul 4 dah sampai tapi kali ni pukul 6.30 baru sampai. Ni semua gara-gara jam atas highway. Tapi ayah ku yang penyayang tu tetap sabar menunggu kepulangan ku kat Sungai Petani tu dengan sabar.Kesian dia lama kena tunggu anak dia.

Sampai je aku kat rumah pagi tu rehat-rehat jap ayah aku dah suruh aku ikutt dia hantar kek kat rumah member2 dia. Letih tak letih kenalah aku ikut ayahanda yang tersayang. Lepas siap hantar kek tu ayah bising2 suruh aku kemas beg plak sebab pukul 3 dah nak gerak ke airport. Erm kenapa pergi airport???Sebab nak balik kampung lah.Yaho.....balik kampung.

Erm setelah dua tahun tak balik beraya kat sana, akhirnye tahun ni balik jugak. Flight aku pukul 6.00 petang. Buka posa pun dalam flight je. Juadah aku buka posa hari tu juz nasi lemak pepsi dgn oren je. Tapi kire ok la kan dari tak de langsung.Hehe



Malam raya sampai,esoknye terus raya. Tak sempat nak prepare pape pun juz kueh tunjuk je lah yang sempat.hehehe....Tapi raya kat sini lain sket banyak serve kek berbanding biskut raya. Atas meja tu warna-warni ada sampai tak tau nak makan yang mana satu. Kalau kat semenanjung kita makan ketupat atau lemang kan tapi kat sini orang serve kelupis. Kelupis ni sama lah macam ketupat jugak beza dia tak buat segi tiga tapi secara bergulung. Kat sini aku nak share sikit suasana raya kat sana ngan semua.

















In this pic: sya sya, kakyong, ayin n nabil



In this pic: warah,mama, me, enny, k.ajar,k.ijah,mak long a.k.a wa n rahmah


Yang kat bawah ni plak adalah benda-benda yang biasanya tak dapat nak jumpa kat semenanjung atau pun kat penang.




Yang ni lah yang dipanggil ambal,kat Penang memang xdak taw....



Yang ni plak nama nye pucuk midin...aku taw dia sedap walaupun aku xmkn sayur sebab nenek aku cakap dia sedap.....hehe

Dalam berjalan-jalan kat The Spring Mall, Kuching tetiba aku ternampak satu kafe yang macam penah tengok. Nak taw kafe apa...erm aku jumpa Kluang Rail Coffee kat Spring Mall. Pelik kan. Tapi tu may be cawangan dia kot.




*Ya Allah panjang nye entry aku..maaf lah ek...kome tak sedor plak bile mase entry ni dah jadik panjang cm nih...hehe xpe2 nama pn REFRESHING OF ONE WEEK kn hehehe...hope kwn2 msh menyokong kome n xkn pernah kenal rasa jemu....

Thursday, September 17, 2009

The best Iklan Raya Petronas

Aku suka ngan iklan raya ni..Alkisah Janda Beranak Tujuh.. Hasil kerja Allahyarhamah Yasmin Ahmad dengan kerjasama Osman Ali...lama dah iklan ni.



Menyentuh hati kan iklan ni.Dah lama aku cari tapi arini baru dapat.

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas....



Diam tak diam kejap je dah nak raya kan. Em...bersempena dah nak raya ni aku ingat nak share 1 resepi kek lapis yang best n mudah untuk dibuat bagi orang-orang yang baru belajar-belajar nak buat kek. Kalo ade sape-sape yang nak goda ati pakwe ke or bakal mak mentua ke sesuai sangat lah salin resepi. Hehe....Kek ni simple sangat dan sedap dimakan. Resepi ni family aku yang punya memang dari dulu-dulu lagi dah guna. Tapi aku saje je nk share ngan korang semoga berpuas ati ye. Mesti cuba gerenti tak nyesal. Ok sebelum aku melalut aku nak bg tau yang nama kek lapis ialah KEK LAPIS HORLICK

Bahan:

10 biji kuning telur
10 biji putih telur
1 penutup esen vanila
1 penutup pewarna kuning

A
250 gram gula halus
450 gram butter
1 camca ovelette
3 camca susu pekat manis
3 camca kaya(kalau YEO'S punye lagi sedap)

B
250 gram tepung superfine(Blue Key)
3 camca horlick

Cara Menyediakan:
1. Pukul bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.Ketepikan.
2. Pukul putih telur di dalam mixer yang berasingan hingga betul-betul kembang(kalau ditelangkupkan pun tak jatuh).
3. Dalam satu bekas lain satukan tepung superfine dan juga horlick. Gaul sebati.
4. Satukan adunan A dan adunan B secara berselang seli dengan putih telur. Pastikan tidak ada ketulan tepung.
5. Masukkan 1 penutup esen vanila dan 1 penutup pewarna kuning telur ke dalam adunan.
6. Sediakan acuan 8 1/2" X 8 1/2" X 4 ". Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam acuan. Ratakan dan bakar di atas gril di dalam ketuhar bersuhu 280 darjah Celsius selama 3 minit atau sampai kuning. Untuk lapisan pertama bakar dengan menggunakan api atas dan bawah.
7. Ambil 1 senduk lagi adunan dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan dan bakar.Apabila membakar lapisan kedua dan seterusnya gunakan api atas sahaja.
8. Ulangi Langkah 7 hingga habis.
8. Angkat dan biarkan kek sejuk di dalam acuan sebelum dikeluarkan dari acuan. Buangkan bahagian tepi kek untuk kelihatan lebih kemas dan cantik.



Selamat mencuba kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah tanyakan kepada saya ye. Kepada budak-budak Afzan boleh lah datang sendiri berjumpa dengan saya or jengah-jengahkan je diri anda ke bilik A318.

Petang ni aku akan bertolak balik kampung. Dah tak sabar rasanye. Orang lain semalam lagi dah balik aku je yang masih setia kat Kuala Lipis neh. Hehe(bajet cam bagus je pada hal tiket dah abeh). Actually tegah sedey ni.huhu...Pukul 11 malam nanti plak aku akan bertolak pulang ke rumah ku yang tercinta dengan menaiki bas Transnasional. Then esk pagi2 subuh kul 4 baru lah aku akan selamat sampai ke Sungai Petani dan balik ke rumah aku di Kepala Batas. Kemudian pukul 10 pagi sabtu tu jugak aku akan berangkat bersama family yang tercinta pulang ke hometown mama aku kat Kota Samarahan, Sarawak dengan menaiki flight MAS. Memandangkan hari ni aku dah nak balik kampung so aku nak kongsi lagu ni dengan korang. Ok.



Wednesday, September 16, 2009

Gumbiranye ati ini...



Semalam adalah hari yang agak bermakna buat aku walaupun sikit kelam kabut sebab kerja aku yang lingkup..huhu. Sebenarnya semalam ada Majlis Apresiasi Puisi dan Forum Bicara Kemerdekaan a.k.a Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Macam-macam persembahan ada-deklamasi sajak, koir, dan nyanyian puisi oleh En. Hanifah.

Pukul 10 acara Forum Bicara Kemerdekaan pun start. Moderator forum pensyarah dari IPGM kite orang gak iaitu Dr. Abdul Shattar pastu panel dia lak ada 3 orang profesor yang sangat terkenal lagi berkaliber iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim,Prof Dato' Dr. Hajah Ramlah Binti Adam dan Prof. Dato' Dr Nik Anuar Bin Nik Mahmud. Aku paling suke skali time Prof Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay bercakap. Santai sangat. Memang best dengar tak de la rasa stress sangat. Prof pun pandai tarik perhatian pendengar tu lah yang menariknye tu.

Acara kemuncak tang semua orang tunggu-tunggu mestilah time penyampaian hadiah. Kelas aku menang dua hadiah. 1st tempat kedua pertandingan menghias kelas and 2nd dapat tempat kedua pertandingan membuat banner. Memang best lah.

Yang paling tak sangka skali bila diumumkam ilustrasi kulit buku aku dapat hadiah saguhati. Dalam entry yang lepas aku ada masukkan ilustrasi tu. Memang sangat2 tak sangka sebab kulit buku tu aku buat dalam masa 1jam setengah je dah tu simple sangat...hehe

Senior aku Sifu Paan dapat tempat 1st, tempat 2nd classmate aku yang dapat si Sepool and tempat 3rd aku nye junior yang dapat si Sepet Haziq...hehe




Trofi tu bukan aku punye. Eksyen je.hehehe...Aku punyer yang dalam kotak hitam tu sebatang pen Alan D'Lois.

Tuesday, September 15, 2009

Satu Malaysia

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.”
- Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak –


1 MALAYSIA

RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!!!!!




MEMANDANGKAN MOOD MERDEKA AKU BERKOBAR-KOBAR MALAM NI, IZINKAN AKU BERKONGSI SERBA SEDIKIT LIRIK LAGU 1 MALAYSIA YANG PERNAH DIPERTANDINGKAN BEBERAPA BULAN YANG LALU.

KERANAMU HATI KU MALAYSIA (MANIS)

KAU LAH WIRAKU YANG BERBAKTI
UNTUK NEGARA YANG KU CINTA INI
KAMI LAH GENERASI BARU
YANG AKAN MENERAJUI PERJUANGAN
IMPIAN YANG PASTI
DAN KINI KAU MENJADI LAGENDA HIDUPKU
BERJANJI KAMI BERSATU PADU
AGAR SENTIASA MENGHARUMKAN NAMA MU

OH MALAYSIA
TANAH AIRKU YANG TERCINTA
RELA KAMI KORBANKAN SEGALANYA
JIWA RAGA DAN JUGA HARTA BENDA
KERANAMU HATIKU OH MALAYSIA
TANAH AIRKU YANG TERCINTA
BERIKAN KAMI KEKUATAN
UNTUK MENUJU PUNCAK GEMILANG
MENUJU TERBILANG
MENUJU GEMILANG
MENUJU TERBILANG

KAU LAH WIRAKU YANG BERBAKTI
UNTUK NEGARA YANG KU CINTA INI
KAMI LAH GENERASI BARU
YANG AKAN MENERAJUI PERJUANGAN
IMPIAN YANG PASTI
DAN KINI KAU MENJADI LAGENDA HIDUPKU
BERJANJI KAMI BERSATU PADU
AGAR SENTIASA MENGHARUMKAN NAMA MU

OH MALAYSIA
TANAH AIRKU YANG TERCINTA
RELA KAMI KORBANKAN SEGALANYA
JIWA RAGA DAN JUGA HARTA BENDA
KERANAMU HATIKU OH MALAYSIA
TANAH AIRKU YANG TERCINTA
BERIKAN KAMI KEKUATAN
UNTUK MENUJU PUNCAK GEMILANG
MENUJU TERBILANG
MENUJU GEMILANG
MENUJU TERBILANG

DAN KINI KAU MENJADI LAGENDA HIDUPKU
BERJANJI KAMI BERSATU PADU
AGAR SENTIASA MENGHARUMKAN NAMA MU

OH MALAYSIA
TANAH AIRKU YANG TERCINTA
RELA KAMI KORBANKAN SEGALANYA
JIWA RAGA DAN JUGA HARTA BENDA
KERANAMU HATIKU OH MALAYSIA
TANAH AIRKU YANG TERCINTA
BERIKAN KAMI KEKUATAN
UNTUK MENUJU PUNCAK GEMILANG
MENUJU TERBILANG
MENUJU GEMILANG
MENUJU TERBILANG


KAMI ANAK MALAYSIA (NOH-HUJAN, LAH AHMAD, SHILA)

OH MALAYSIA
SATU MALAYSIA
HIDUP BERHARMONI
AMAN DAMAI
DENGAN SATU HARAPAN
DEMI KEJAYAAN

BERSATU KAMI BERSAMA BERBILANG BANGSA
HIDUP HARMONI AMAN DAMAI NEGARA
SATU MALAYSIA

SEMUA MAJU KE HADAPAN
DENGAN SATU HARAPAN
DEMINYA KEJAYAAN
KAMI ANAK MALAYSIA
KAMI BERDIRI MEGAH SAMA KITA TEGUH
MAJU KEHADAPAN NAN BANGGA

KAMI ANAK MALAYSIA
KAMI BERDIRI MEGAH SAMA KITA TEGUH
MAJU KEHADAPAN NAN BANGGA

KITA BERIKRAR
SATU NUSA DAN SATU SUARA
NEGARA MEMBANGUN AMAN DAMAI OH MALAYSIA
SATU MALAYSIA

KITA SEMUA MAJU KE HADAPAN
DENGAN SATU HARAPAN DEMI KEJAYAAN

KAMI ANAK MALAYSIA
KAMI BERDIRI MEGAH SAMA KITA TEGUH
MAJU KEHADAPAN NAN BANGGA

KAMI ANAK MALAYSIA
KAMI BERDIRI MEGAH SAMA KITA TEGUH
MAJU KEHADAPAN NAN BANGGA

KAMI ANAK MALAYSIA
KAMI BERDIRI MEGAH SAMA KITA TEGUH
MAJU KEHADAPAN DENGAN BANGGA

KAMI BANGGA
SATU MALAYSIA


PERPADUAN 1MALAYSIA-ALEX

KEMAJUAN TELAH PUN DIKECAPI
NOBATKAN ANAM DI PUNCAK TERTINGGI
HIDUP DLM SUASANA HARMONI
TUA MUDA WAJAH SENYUM BERSERI

DULUNYA KITA ANAK PETANI
MEMBANTING TULANG TUK SESUAP NASI
MEMBANGUN TEGUH KITA BERDIRI
TERUS MELANGKAH MAJUKAN DIRI
BUKAN WARNA KULIT MENJADI UKURAN
HANYA KEMAHUAN HIDUP BERSAMA

1 MALAYSIA
BERSAMA KITA MENUJU KEJAYAAN
1 MALAYSIA
BERSAMA HIDUP DALAM PERPADUAN

DULUNYA KITA ANAK PETANI
MEMBANTING TULANG TUK SESUAP NASI
MEMBANGUN TEGUH KITA BERDIRI
TERUS MELANGKAH MAJUKAN DIRI
BUKAN WARNA KULIT MENJADI UKURAN
HANYA KEMAHUAN HIDUP BERSAMA

1 MALAYSIA
1 KITA MENUJU KEJAYAAN
SATU MALAYSIA
BERSAMA HIDUP DALAM PERPADUAN

1 MALAYSIA
BERSAMA KITA MENUJU KEJAYAAN
1 MALAYSIA
BERSAMA HIDUP DALAM PERPADUAN SELAMANYA

NYANYIKAN LAGU MU-MAYA KARIN

BIAR PUN DI MANA JUA
HATI KU AKAN TETAP SETIA
BIAR PUN TIADA YANG RELA
JIWAKU AKAN TETAP SEDIA

MENTARI HARAPAN
MEMBAWAKAN KITA SINARAN
SATU KEDAMAIAN SATU KEBENARAN
1 NYA IMPIAN KU

KAN KU NYANYIKAN LAGU MU
KAN KU DIRIKAN NAMAMU
KITALAH SATU BANGSA SATU BANGSA

KAN KU NYANYIKAN LAGU MU
KAN KU DIRIKAN NAMAMU
INILAH SATU BANGSA SATU MALAYSIA

SINILAH JANJI KITA
HATIKU AKAN TETAP SETIA
KINI DAN SELAMANYA
JIWAKU AKAN TETAP SEDIA

MENTARI HARAPAN
MEMBAWAKAN KITA SINARAN
SATU KEDAMAIAN SATU KEBENARAN
1 NYA IMPIAN KU

KAN KU NYANYIKAN LAGU MU
KAN KU DIRIKAN NAMAMU
KITALAH SATU BANGSA SATU BANGSA

KAN KU NYANYIKAN LAGU MU
KAN KU DIRIKAN NAMAMU
INILAH SATU BANGSA SATU MALAYSIA

TIADA YANGA AKAN MEMADAMKAN JIWA INI
TIADA YG AKAN EMATAHKAN SEMANGAT YG MEMBARA
KAN KU NYANYIKAN LAGU MU
KAN KU DIRIKAN NAMAMU
KITALAH SATU BANGSA SATU BANGSA

KAN KU NYANYIKAN LAGU MU
KAN KU DIRIKAN NAMAMU
INILAH SATU BANGSA SATU MALAYSIA



YEAH 1 MALAYSIA.
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.