Sunday, September 27, 2009

Refresing of One Week

Bermula hari ni hari-hariku akan berlalu seperti biasa. Erm semalam baru balik dari cuti raya. Pukul 9 pagi bertolak dari rumah pukul 6.45 sampai lah ke Kuala Lipis yang serba indah neh. Kenapa lama sangat? Jauh ke???Hehe sebenarnye tak jauh mana pun tapi sebab transit jap kat KL tu pasal la yang jadi lama.

Ok setelah seminggu x update blog ni, hari ni aku kembali untuk berceloteh sket pasal cuti aku yang seminggu tu. Erm...perjalanan cuti bermula ari jumaat 18 September. Petang tu pukul 3 aku pun bertolak lah meninggalkan tanah Lipis yang indah untuk ke Kuala Lumpur. Buka posa kat Lowyat solat pastu balik ke Pudu. Pukul 11.00 malam bermulalah perjalanan ku pulang ke Pulau Pinang. Aku tak straight blk Penang tapi ke Sungai Petani. Aku sampai lambat sangat dari masa yang sepatutnya. Biasanya pukul 4 dah sampai tapi kali ni pukul 6.30 baru sampai. Ni semua gara-gara jam atas highway. Tapi ayah ku yang penyayang tu tetap sabar menunggu kepulangan ku kat Sungai Petani tu dengan sabar.Kesian dia lama kena tunggu anak dia.

Sampai je aku kat rumah pagi tu rehat-rehat jap ayah aku dah suruh aku ikutt dia hantar kek kat rumah member2 dia. Letih tak letih kenalah aku ikut ayahanda yang tersayang. Lepas siap hantar kek tu ayah bising2 suruh aku kemas beg plak sebab pukul 3 dah nak gerak ke airport. Erm kenapa pergi airport???Sebab nak balik kampung lah.Yaho.....balik kampung.

Erm setelah dua tahun tak balik beraya kat sana, akhirnye tahun ni balik jugak. Flight aku pukul 6.00 petang. Buka posa pun dalam flight je. Juadah aku buka posa hari tu juz nasi lemak pepsi dgn oren je. Tapi kire ok la kan dari tak de langsung.Hehe



Malam raya sampai,esoknye terus raya. Tak sempat nak prepare pape pun juz kueh tunjuk je lah yang sempat.hehehe....Tapi raya kat sini lain sket banyak serve kek berbanding biskut raya. Atas meja tu warna-warni ada sampai tak tau nak makan yang mana satu. Kalau kat semenanjung kita makan ketupat atau lemang kan tapi kat sini orang serve kelupis. Kelupis ni sama lah macam ketupat jugak beza dia tak buat segi tiga tapi secara bergulung. Kat sini aku nak share sikit suasana raya kat sana ngan semua.

















In this pic: sya sya, kakyong, ayin n nabil



In this pic: warah,mama, me, enny, k.ajar,k.ijah,mak long a.k.a wa n rahmah


Yang kat bawah ni plak adalah benda-benda yang biasanya tak dapat nak jumpa kat semenanjung atau pun kat penang.




Yang ni lah yang dipanggil ambal,kat Penang memang xdak taw....



Yang ni plak nama nye pucuk midin...aku taw dia sedap walaupun aku xmkn sayur sebab nenek aku cakap dia sedap.....hehe

Dalam berjalan-jalan kat The Spring Mall, Kuching tetiba aku ternampak satu kafe yang macam penah tengok. Nak taw kafe apa...erm aku jumpa Kluang Rail Coffee kat Spring Mall. Pelik kan. Tapi tu may be cawangan dia kot.




*Ya Allah panjang nye entry aku..maaf lah ek...kome tak sedor plak bile mase entry ni dah jadik panjang cm nih...hehe xpe2 nama pn REFRESHING OF ONE WEEK kn hehehe...hope kwn2 msh menyokong kome n xkn pernah kenal rasa jemu....

1 comment:

SaRa_wo Sensei said...

wesss..skag aku dah faham kenapa ang x mau makan anbal tue....
hahaha~~~
amboii..bnyk gilerr kueh + kek lapis serawak cikgu ame...=p
cantik baju raya kamuu..
ehee~~