Thursday, September 17, 2009

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas....



Diam tak diam kejap je dah nak raya kan. Em...bersempena dah nak raya ni aku ingat nak share 1 resepi kek lapis yang best n mudah untuk dibuat bagi orang-orang yang baru belajar-belajar nak buat kek. Kalo ade sape-sape yang nak goda ati pakwe ke or bakal mak mentua ke sesuai sangat lah salin resepi. Hehe....Kek ni simple sangat dan sedap dimakan. Resepi ni family aku yang punya memang dari dulu-dulu lagi dah guna. Tapi aku saje je nk share ngan korang semoga berpuas ati ye. Mesti cuba gerenti tak nyesal. Ok sebelum aku melalut aku nak bg tau yang nama kek lapis ialah KEK LAPIS HORLICK

Bahan:

10 biji kuning telur
10 biji putih telur
1 penutup esen vanila
1 penutup pewarna kuning

A
250 gram gula halus
450 gram butter
1 camca ovelette
3 camca susu pekat manis
3 camca kaya(kalau YEO'S punye lagi sedap)

B
250 gram tepung superfine(Blue Key)
3 camca horlick

Cara Menyediakan:
1. Pukul bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.Ketepikan.
2. Pukul putih telur di dalam mixer yang berasingan hingga betul-betul kembang(kalau ditelangkupkan pun tak jatuh).
3. Dalam satu bekas lain satukan tepung superfine dan juga horlick. Gaul sebati.
4. Satukan adunan A dan adunan B secara berselang seli dengan putih telur. Pastikan tidak ada ketulan tepung.
5. Masukkan 1 penutup esen vanila dan 1 penutup pewarna kuning telur ke dalam adunan.
6. Sediakan acuan 8 1/2" X 8 1/2" X 4 ". Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam acuan. Ratakan dan bakar di atas gril di dalam ketuhar bersuhu 280 darjah Celsius selama 3 minit atau sampai kuning. Untuk lapisan pertama bakar dengan menggunakan api atas dan bawah.
7. Ambil 1 senduk lagi adunan dan tuang ke atas lapisan pertama tadi. Ratakan dan bakar.Apabila membakar lapisan kedua dan seterusnya gunakan api atas sahaja.
8. Ulangi Langkah 7 hingga habis.
8. Angkat dan biarkan kek sejuk di dalam acuan sebelum dikeluarkan dari acuan. Buangkan bahagian tepi kek untuk kelihatan lebih kemas dan cantik.



Selamat mencuba kalau ada apa-apa pertanyaan boleh lah tanyakan kepada saya ye. Kepada budak-budak Afzan boleh lah datang sendiri berjumpa dengan saya or jengah-jengahkan je diri anda ke bilik A318.

Petang ni aku akan bertolak balik kampung. Dah tak sabar rasanye. Orang lain semalam lagi dah balik aku je yang masih setia kat Kuala Lipis neh. Hehe(bajet cam bagus je pada hal tiket dah abeh). Actually tegah sedey ni.huhu...Pukul 11 malam nanti plak aku akan bertolak pulang ke rumah ku yang tercinta dengan menaiki bas Transnasional. Then esk pagi2 subuh kul 4 baru lah aku akan selamat sampai ke Sungai Petani dan balik ke rumah aku di Kepala Batas. Kemudian pukul 10 pagi sabtu tu jugak aku akan berangkat bersama family yang tercinta pulang ke hometown mama aku kat Kota Samarahan, Sarawak dengan menaiki flight MAS. Memandangkan hari ni aku dah nak balik kampung so aku nak kongsi lagu ni dengan korang. Ok.



No comments: