Showing posts with label rantai rasa_ramadhan verse. Show all posts
Showing posts with label rantai rasa_ramadhan verse. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

MALAM LAILATUL QADAR


ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun.

Thursday, September 3, 2009

Bulan Ramadhan Bulan Keberkatan

Tanpa di sedari dah 19hari berpuasakan. Tapi dah cukup ke ibadah kite sepanjang Ramadhan ni????Al-Quran dah berapa kali khatam???

Hanya diri sendiri yang punyai jawapan itu. Sempena RAMADHAN yang diberkati ini, rasanya elok kita ulangkaji fadhilat2 Ramadhan dan hadis2 yang berkenaan dengannya... Semoga kita berjaya melawan nafsu di bulan ini... InsyaAllah masih sempat.

Rasulullah ketika menjelang Ramadhan akan mengingatkan para sahabatnya. Antaranya baginda menyampaikan khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda : "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan kamu berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kepadanya kebajikan pada malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan". Renung-renungkan sahabat.





Bila berbuka kurma jangan dilupakan. Banyak khasiat untuk kesihatan. Percayalah. Erm...baru-baru ni, ada sorang member abah aku (uncle bad)ada antar msg yang pada aku wajib dan perlu untuk disebarkan. Msg tu berbunyi lebih kurang mcm ni

Drpd Dr Anasufiza,
Salam sekarang mangsa H1N1 dah mencecah 62 orang(masa msg dihantar) meninggal setakat malam tadi. So kita kena serius cegah bukan rawat. Antibodi badan mesti kuat, mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain memakan BAWANG PUTIH, KURMA, MADU serta makanan dan minuman harian yang beralkali sebanyak mungkin adalah antibodi yang terbaik untuk mencegah penularan ini. Sebarkan msg ini kepada yang tersayang. Kita mesti serius knp orang Melayu yang ramai meninggal. Waallahuwa'alam.

Begitulah bait-bait yang terkandung dalam msg tu. Mungkin kita boleh sama-sama fikirkan perkara ini. Harapnye masih belum terlambat buat aku berbakti kepada bangsa sendiri.