Showing posts with label sekadar berkongsi. Show all posts
Showing posts with label sekadar berkongsi. Show all posts

Sunday, July 11, 2010

wanita vs botol plastik

*Ini hanyalah sekadar repekkan semata-mata. Tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih bernyawa atau yang telah meninggal dunia. Anda tidak semestinya menerima apa yang diperkatakan kerana ini hanyalah sekadar nukilan hati seorang insan yang masih belajar dan serba kekurangan. Segala yang baik itu datang nya dari Allah (SWT) dan segala yang buruk itu datang nya dari kekhilafan diri ini sendiri.


WANITA vs BOTOL PLASTIK

idea:tercetus ketika membelek-belek botol plastik atas meja untuk dijadikan arca

Botol plastik sebenarnya adalah sesuatu yang berharga. Tapi botol plastik sering dipandang sepi seperti tiada nilainya. Botol plastik ada ertinya buat insan-insan yang pandai menghargainya. Dari segi fizikal nya botol plastik nampak jernih. Cantik dengan pelbagai bentuk dan rupa. Indah dengan segala hiasan. Ada juga yang mempunyai gaya dan kelas yang tersendiri. Ada yang tampak utuh dan kukuh. Dan ada yang tampak lembut namun sukar dilentur. Tapi harus diingati botol plastik juga amat sensitif. Apabila terkena beban atau desakan ia mudah kemek. Lalu rosak dan dipandang muak sebagai satu sampah.

Semua ini samalah juga dengan hati seorang wanita. Apabila diselami tampaknya jernih dan indah. Sentiasa cantik dengan bentuk-bentuk kelembutan dan kesopanan kurniaan tuhan yang sentiasa mendamaikan hati. Ada segelintir wanita karismanya jelas terpamer menggoncang jiwa siapa saja yang melihatnya dan ada juga yang menyimpan rapi sebagai hiasan diri. Secara jasmaninya ada yang nampak sungguh utuh. Berdiri nya gagah sekukuh Tembok Besar China seperti tiada yang bisa merempuh. Sebahagian lagi pula, tampaknya lembut dan manis sekali, sangat mengasyikkan seperti lembut dan manisnya gula-gula kapas. Tapi malangnya sekadar jinak-jinak merpati sukar untuk didekati. Hati wanita sangat sensitif. Sama sensitifnya bak botol plastik. Mudah remuk. Mudah kepek. Mudah senget walau hanya sekadar dijentik.

Pelbagai ragam bukan? Bukan kah sama sahaja dengan botol plastik tadi? Namun awas, hati wanita punya perasaan bukan kaku dan beku seperti botol plastik.




-----sekadar repekkan semata-mata mengisi masa terluang-----

Wednesday, December 9, 2009

Baik punyer...yummie....

Hehe...1stly Assalamualaikum semue...
Harap2 semua sehat lah hendaknya, InsyaAllah. Em...sejak ada hobi baru ni smakin ari pulok aku turun ke dapur. Rupenye memasak neh sronok jgk yek...huhu Sblm ni bukan xnak masak tp kurang minat sket. Walaupun aku malas masak tapi aku suka buat kek. Ni hobi yang paling xleh tinggal. Kadang-kadang mama sampai marah sebab asek buat kek jek sbb kat rumah aku xde sape2 jd xde orang yang nak makan. Last skali antar kat adik aku kat hostel...hehehe Hm...tengah ari tadi aku buat pizza ok la. Xde la teruk sangat pun rasa nya. Penat la jugak menguli nye...Resepi ni mak aku punye so boleh lah yek di kongsi di sini. Bak kata orang sharing is caring kan...Em slamat mencuba ye...



Bahan-bahan
Untuk doh pizza
* 200g / 2 cawan tepung gandum
* 20g / 2 st yis segera
* 3g / 1/2 st garam
* 5g / 1 st gula
* 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
* 1/2 cwn air suam untuk menguli

Untuk sos pizza
* 1 labu bawang besar - cincang halus
* 2 ulas bawang putih - cincang halus
* 2 biji tomato - cincang halus
* 2 sb minyak masak
* 3 sb tomato puri
* 2 sb sos tomato
* 3/4 st gula
* 1 st oregano
* garam & gula

Untuk Topping
* Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
* Lada benggala hijau atau merah, tomato
* Cendawan butang, bawang besar, nenas
* Keju(seeloknya keju mozarella) untuk pizza

Cara-cara
Untuk doh pizza
  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling/tuala lembab.
  3. Letakkan mangkuk dalam suhu bilik selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Sapukan marjerin/butter pada acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

Untuk sos pizza

Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

p/s: kalo malas nak buat sos piza gunakan tomato yang dah siap jual kat kedai pn boleh jgk contoh paling senang Pregio. Kat sini sy x guna loyang bulat tapi segi empat sbb loyang bulat tu xmuat nak masuk oven...hehe

Wednesday, October 28, 2009

Asal usul web blog

Web Blog budaya siber masa kini

Oleh: FIRKHAN ALI HAMID ALI


MEMBAWA kandungan web blog kadangkala boleh membawa kepada keasyikan. – Gambar Hiasan.

Dewasa ini, isu Blogger sering kedengaran di merata-rata tempat di negara kita termasuk dalam majalah, akhbar atau televisyen.

Namun, masih ada di kalangan kita yang tertanya-tanya berkenaan dengan Blogger ini. Apa itu Blogger?

Blogger adalah seseorang yang mengendalikan Web Blog. Apa itu Web Blog ? Web Blog adalah laman web yang berorientasikan pengguna sama seperti laman web kendalian Geocities, Tripod dan lain-lain.

Penulisan atau kandungan bagi Web Blog tersebut adalah seperti sebuah buku log atau buku catatan atau buku diari yang bersifat personal tetapi dihebahkan secara umum di Internet.

Sebelum web blog menjadi popular di kalangan komuniti digital, terdapat beberapa bentuk laman web yang digunakan mereka untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat di persekitaran Internet seperti Usenet, forum elektronik, senarai kumpulan e-mel, sistem papan elektronik atau BBS dan lain-lain.

Web Blog ini bermula dengan laman-laman web personal yang ditulis secara bentuk penulisan diari.

Para penulis berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai seorang penulis diari atau jurnal.

Justin Hall yang telah menceburi diri dalam dunia penulisan blog ini selama lapan tahun sejak 1994 lagi adalah merupakan di antara Blogger yang terawal. Beliau merupakan seorang pelajar dari Kolej Swarthmore di Amerika Syarikat.

Biasanya web blog mengandungi komentar atau berita berkenaan sesuatu perkara seperti politik, teknologi, komputer dan sebagainya.

Ia sama seperti laman web yang lain yang mengandungi teks, gambar atau pautan ke laman web lain dan kemungkinan terdapat format media yang lain seperti audio, video atau animasi.

Malah ada juga blog yang hanya fokus kepada satu jenis media sahaja seperti sama ada teks sahaja atau video sahaja atau gambar sahaja dan sebagainya.

Namun begitu ciri yang paling penting yang ada pada kesemua web blog ini adalah terdapat ruang untuk memberi komen seperti laman forum terhadap kandungan yang dipaparkan.

Penggunaan perkataan Web Blog telah dimulakan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997 dan perkataan blog telah diperkenalkan oleh Peter Merholz.

Peter Merholz telah membuat gurauan ke atas perkataan Web Blog dengan menukarnya kepada web blog di dalam laman personalnya, Peterme.com pada Mei 1999.

Lama-kelamaan ia telah menjadi satu perkataan yang biasa digunakan bagi menunjukkan seseorang mengedit atau memuat turun maklumat ke dalam Web Blognya.

Pada peringkat awal, pembangunan Web Blog hanyalah menggunakan teknologi biasa yang digunakan untuk membangunkan laman web personal seperti HTML, CGI PERL, perisian - perisian membangunkan web dan sebagainya.

Kini, Web Blog telah menggunakan teknologi-teknologi yang terkini yang digunakan dalam pembangunan portal web seperti Web 2.0, XHTML, Ajax, CSS, REST, RSS dan sebagainya. Ia telah menjadikan Web Blog kini lebih berbentuk dinamik, disusun secara lebih teratur dan berorientasikan pengguna.

Secara umumnya Web Blog ini memiliki ciri-ciri seperti kemasukan secara satu muka sahaja (single page entry), komentar atau penulisan diletakkan secara tersusun mengikut masa dan tarikh ia ditulis. Ia dipersembahkan kepada umum menerusi Internet, mempunyai satu penulis sahaja bagi satu akaun blog dan susunan kolum-kolum di laman utama Web Blog boleh diurus susun aturnya oleh Blogger.

Penulisan Web Blog ini merupakan satu dimensi baru dalam dunia penulisan.

Dengan bantuan teknologi web dan Internet, penulisan ini dapat dibuat dengan lebih cepat dan disebarkan dengan lebih cepat dan meluas.

Walaupun penulisan Web Blog ini memberikan kebebasan kepada semua orang dalam menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya menerusi web dan Internet, ia juga boleh tertakluk kepada undang-undang dalam sesebuah negara kerana ada Blogger yang telah menyalahgunakan kemudahan dan kebebasan ini untuk kepentingan diri sendiri.

- Firkhan Ali Hamid Ali ialah pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).