SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
KOD : PSV3104
TAJUK : KONSEP 5P DALAM KBSR
KONSEP 5P DALAM KBSR
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.
0.1 PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRAN
Apa yang disebut sebagai strategi penggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini dilaksanakan ialah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu strategi ini juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna murid. Proses penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif serta seluruh kelas.
Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah apabila proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
Penggabungjalinan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. Kemahiran fokus merupakan kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagaimana yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran sampingan pula ialah kemahiran yang digabungkanjalinkan setelah dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran yang di fokus.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam pelaksanaan pengajaran yang melibatkan proses penggabungjalinan seperti membuat penelitian terhadap keperluan mata pelajaran untuk mengenal pasti kemahiran yang di fokus dan kemahiran sampingan yang akan terlibat ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Penilitian ini sangat penting dalam menentukan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar objektif pengajaran dapat dicapai. Di samping itu guru perlu memastikan keutamaan kemahiran agar kemahiran fokus dapat dikuasai oleh murid berbanding kemahiran sampingan.
Selain itu guru juga perlu menetapkan susunan atau tertib kedudukan kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai persediaan sebelum bermulanya proses pengajaran guru boleh menyediakan keperluan bahan-bahan yang diperlukan bagi tujuan pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut selaras dengan objektif mata pelajaran.
Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Proses ini memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh yang jelas dapat dilihat penggabungjalinan yang diaplikasikan ialah seperti penggabungan kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan mata pelajaran Kajian Tempatan iaitu melalui aktiviti seperti melukis Jalur Gemilang atau pelan kedudukan sekolah. Penggabungjalinan ini perlu diwujudkan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid.
Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran ini mempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan seharian murid. Oleh itu kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan ole setiap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu guru yang juga perlu menitikberatkan soal kemahiran pelbagai kecerdasan serta kemahiran generik kerana kemahiran ini melibatkan kecerdasan murid dan penting untuk proses pertumbuhan dan perkembangan murid.
Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiran ini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Proses ini juga merupakan suatu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagaimana yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu murid-murid juga berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan. Kemahiran-kemahiran yang telah mereka perolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dalam aktiviti kehidupan seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira. Penggabungjalinan juga berkeupayaan untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan murid disamping menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.
0.2 PENYERAPAN PENGETAHUAN
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.
Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.
0.3 PENYERAPAN NILAI MURNI
Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.
Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.
Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian. Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas.
Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
Baik hati
1. Belas kasihan
2. Bertimbang rasa
3. Murah hati
4. Saling memahami
5. Sedia memaafkan
Berdikari
1. Bertanggungjawab
2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain
3. Jaya diri
4. Yakin kepada diri sendiri
Berhemah tinggi
1. Kesopanan
2. Mengaku kesalahan sendiri
3. Ramah mesra
Hormat-menghormati
1. Hormat kepada ibu bapa
2. Hormat kepada orang yang lebih tua
3. Taat kepada raja dan Negara
4. Hormat kepadda hak asasi
5. Hormat kepada undang-undang
6. Menghargai maruah diri
Kasih sayang
1. Sayang kepada nyawa
2. Sayang kepada alam sekeliling
3. Cinta kepada Negara
4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian
Keadilan
1. Bertindak adil
2. Sentiasa saksama
Kebebasan
1. Kebebasan di sisi undang-undang
2. Kebebasan dalam sistem demokrasi
Keberanian
1. Berani dengan tidak membuta tuli
2. Berani kerana benar
3. Berani mempertahankan kebenaran
4. Berani bertanggungjawab
Kebersihan fizikal dan mental
1. Kebersihan diri
2. Kebersihan persekitaran
3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Kejujuran
1. Bersifat amanah
2. Bercakap benar
3. Sentiasa ikhlas
Kerajinan
1. Cekal
2. Daya usaha
3. Dedikasi
4. Gigih
5. Tekun
Kerjasama
1. Persaudaraan
2. Tanggungjawab bersama
3. Gotong-royong
4. Toleransi
5. Kebaikan bersama
6. Perpaduan
Kesederhanaan
1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain
2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku
Kesyukuran
1. Berterima kasih
2. Mengenang budi
3. Menghargai
Rasional
1. Boleh membuat pertimbangan
2. Boleh membuat penaakulan
3. Berfikiran logik dan terbuka
Semangat bermasyarakat
1. Bermuafakat
2. Kejiranan
3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat
Semangat kewarganegaraan
1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia
2. Bersemangat patriotik
3. Berusaha ddan produktif
0.4 PEMULIHAN
Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.
0.5 PENGAYAAN
Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.
Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat.
Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.
Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.
Showing posts with label pendidikan seni visual_pismp psv sem2. Show all posts
Showing posts with label pendidikan seni visual_pismp psv sem2. Show all posts
Friday, July 24, 2009
Wednesday, July 8, 2009
SUBJEK :KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK(PSV 3103)
TAJUK :TOKOH-TOKOH PENDIDIK DAN PENGKAJI LUKISAN KANAK-KANAK GEORGES HENRI-LUQUET
TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK MENURUT GEORGES HENRI-LUQUET
Diperkenalkan pada tahun 1926.
Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan bermula dari peringkat contengan.
Pada peringkat ini, lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan melalui contengan
Dibahagikan kepada empat peringkat:
1.Peringkat Fortuitous realism
2.Peringkat Failed Realism
3.Peringkat Intelectual Realism
4.Peringkat Visual Realism
Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat awal lukisan kanak-kanak - gambaran yang dihasilkan pada peringkat contengan membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.
Menarik kerana imej yang hampir sama itu dihasilkan dengan secara tidak sengaja.
Peringkat Failed Realism
Imej secara tidak sengaja itu diperbaiki dan diperhalusi supaya dapat imej yang sebenar.
Lukisan hampir sama dihasilkan berulang kali.
Namun tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut sentiasa berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.
Peringkat Intelectual Realism
Kanak-kanak mula melukis ikut apa yang mereka tahu dan lihat.
Penghasilan karya adalah dalam bentuk lukisan yang ringkas namun dilukis dengan baik.
Peringkat Visual Realism
Memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang ada perspektif dan kadar banding.
Ada percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dan percubaan ini dianggap satu pencapaian yang baik.

Slot Cikgu Seni:::sekadar berkongsi

SUBJEK :KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK(PSV 3103)
TAJUK :TOKOH-TOKOH PENDIDIK DAN PENGKAJI LUKISAN KANAK-KANAK SIR HERBERT READ
BIOGRAFI SIR HERBERT READ
Nama penuh : Herbert Edward Read
Tarikh Lahir : 4 Disember 1893
Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire.
Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan, Seni Moden,Pengkritik Seni dan Sastera.
Bangsa : Inggeris
Meninggal dunia:12 Jun 1968
SEJARAH AWAL READ DALAM BIDANG SENI
Read lebih dikenali sebagai pengkritik seni.
Juara dalam artis moden British seperti Paul Nash, Ben Nicholson, Henry Moore dan Barbara Hepworth.
Menjadi rakan kongsi kepada kumpulan seni moden Unit One milik Nash.
Menjadi seorang professor seni halus di University of Edinburgh (1931 – 1933).
Salah seorang penganjur London International Surrealist Exhibition pada 1936 dan editor majalah Surrealism.
PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENURUT HERBERT READ
Minat Read terhadap seni kanak-kanak merupakan tugasan sampingan pertamanya semasa membuat penafsiran mengenai kepentingan avant-garde.
Subjek seni kanak-kanak pada asalanya merupakan perkara yang kurang penting; hujah mengenai intisari ‘pra-logikal’ dalam kreativiti avant-garde boleh disokong dengan rujukan kepada hak milik nyata dalam seni purba dan gambaran kanak-kanak.
Pengalaman sedia ada memberi perhatian istimewa yang tepat pada masanya kepada nilai kebudayaan, dan lebih serius dalam menguruskan teori kreativiti kanak-kanak sangat berpadanan dengan semangat perjuangannya terhadap avant-garde.
Seni kanak-kanak adalah kuasa tarikan kepada sesuatu falsafah.
Tugasan yang sangat mencabar dalam pendidikan adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada kehilangan jalan masuk kepada zaman purba, alam yang asing dan pengalaman terhadap sesuatu budaya yang mana mereka mampu untuk memperlihatkannnya dalam perlambangan.
Read berpendapat bahawa kanak-kanak tidak dapat membezakan antara yang ideal (biasa ) dengan yang sebenar.
Beliau kemudiannya menyedari suatu kualiti tetap yang memberangsangkan dalam seni kanak-kanak mempunyai perkaitan dengan kestabilan komuniti, dan beliau juga menemuinya dengan lengkap pada catan dan arca avant-garde dewasa.
Seni kanak-kanak telah dipandang sebagai sesuatu keburukan persepsi asas kanak-kanak terhadap realiti dunia sekelilingnya, di mana Read mengambilkira tujuan avant-garde yang sangat penting.
Read mendapati kandungan imitasi seni kanak-kanak memerlukan analisis bagi maksud yang tersirat.
"Art is an attempt to create pleasing forms"
*avant garde
hasil kerja yang berkualiti tinggi, idea yang progresif (kamus oxford)
orang dan hasil kerja yang bersifat inovatif dan eksperimental, biasanya tertumpu kepada seni, kebudayaan dan politik(wikipedia)
Monday, July 6, 2009
Slot Cikgu Seni:::sekadar berkongsi

SUBJEK :KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK(PSV 3103)
TAJUK :TOKOH-TOKOH PENDIDIK DAN PENGKAJI LUKISAN KANAK-KANAK VICTOR LOWENFELD
Biografi Viktor Lowenfeld
Lahir di Linz, Austria pada tahun 1903
Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts di bandar yang sama
Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah.
Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi pengarah kesenian kepada Blind Institute.
Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States.
Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai ‘wartime visual aids consultant’ dalam tentera laut.
Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di institut ini.
Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art Department” di institut yang sama.
Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.
Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly founded Department of Art Education”
Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1960
Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art Education” yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna.
Beliau juga merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni.
TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD
Victor Lowenfeld membahagikan perkembangan artistik kepada 6 peringkat:
1)Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
2)Peringkat Preschematic (4-7 tahun)
3)Peringkat Schematic (7-9 tahun)
4)Peringkat Dawning Realism/ The Gang Age (9-12 tahun)
5)Peringkat Pseudonaturalistic/Reasoning (12-14 tahun)
6)Peringkat Period If Decision/Adolescent Art (14-17 tahun)
PENGENALAN
Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun.
Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.
Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal
Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot moto tangan.
Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
Peringkat Preschematic ( 4-7 Tahun )
Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan
Contoh :
Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.
Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun )
Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi.
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya.
Contoh :
Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah.
Bagi permandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong.
Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi
Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun )
Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu
Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti
Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri
Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan
Peringkat Pseudonaturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun )
Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan
Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej
Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi
Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik
Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun )
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek
Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni
Slot Cikgu Seni:::sekadar berkongsi
SUBJEK :KREATIVITI DAN SENI KANAK-KANAK(PSV 3103)
TAJUK :TOKOH-TOKOH PENDIDIK DAN PENGKAJI LUKISAN KANAK-KANAK (HURWITZ DAN DAY)
PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY
Hurwitz dan Day telah membahagikan tahap perkembangan artistik kanak-kanak kepada tiga peringkat iaitu:
1) Peringkat Manipulatif ( 2-5 tahun )
2) Peringkat Membuat Simbol ( 6-9 tahun )
3) Peringkat Pra Remaja ( 10-13 tahun )
Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanak-kanak (2-5 tahun)
-Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
-Lukisan tidak realistik(banyak guna garisan)
-Garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang.
-Boleh melukis rupa
-Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan
-Melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai
-4 peringkat contengan pada peringkat manipulatif:
1.Contengan garisan tidak terkawal
2.Contengan garisan terkawal
3.Contengan rupa terkawal
4.Contengan rupa
Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun)
-Boleh menghasilkan simbol
-kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol.
-Kawalan tangan mula seimbang
-Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka.
-Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka(contoh; rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dan lain-lain)
-Imej yang penting biasanya dilukis lebih besar(contoh; bapa, orang lebih besar daripada latar belakang)
-Warna disesuaikan (contoh; langit biru, pokok hijau)
Peringkat 3: Pra-Remaja (10-13 Tahun)
-Cuba melukis figura dengan saiz yang betul (mengikut kadar banding)
-Lukisan lebih rasional-pilih warna yang tepat-ada bayang-bayang- perspektif-lebih realistik.
-Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.

Slot Cikgu Seni :::sekadar berkongsi:::
SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR(PSV3104)
TAJUK: SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
1. MENGGAMBAR
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya.
Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan
menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana¬mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan
2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan
lakonan.
3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Keg iatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti :
4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Sunday, July 5, 2009
Slot Cikgu Seni :::: sekadar berkongsi
SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR(PSV3104)
TAJUK: SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENI VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Pendidikan Sebelum Merdeka
Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata
pelajaran Pendidikan Seni diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.
Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.
Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.
Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan orang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.
Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan
ialah ‘Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.
Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.
Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
Pendidikan Malaysia
Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).
Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.
Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.
Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :
(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional
Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)
Sumber rujukan
Mohd Johari Ab. Hamid (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjung Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Johari Ab. Hamid (2006). Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjung Malim. Penerbitan UPSI.
Choong Lean Keow,PhD (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmas Suhaimi Mohd Nor (2007). Sejarah Kesedaran Visual di Malaya. Tanjung Malim.Penerbitan UPSI.
Ikhsan Othman dan Norlia Md Salleh (2005).Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah,Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjung Malim. Quantum Books.

Subscribe to:
Posts (Atom)