Wednesday, July 29, 2009

Bila ku melangkah...

Hmm....akhirnya aku bkesempatan jugak untuk menyambung entry ku yang lepas. Ok kalo sebelum ni aku crita pasal Kluang Rail Coffee, kali ni aku nak crita pasal aktiviti aku sepanjang di kluang plak.

Benarlah kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Aku percaya kata-kata ni. Sepanjang aku kat Kluang dah macam-macam aku belajar dari makan sampai lah ke budaya atau remaja skarang suka cakap sebagai lifestyle...hehe

1st skali aku nak crita kisah pasal aku rewang kat kampung gajah. Rewang tu sebenarnya dalam bahasa Jawa tapi kalo dalam bahasa biasanya gotong-royong memasak.Kalo korang nak taw masa kita orang rewang tu aku ngan member aku tu je orang muda yang lain sume nenek-nenek. Jadi aku pun kena lah pandai-pandai bawak diri.Kat sini nenek x panggil nenek tapi pangil 'nyayi' tapi ada gak yang panggil 'mbah'. Lebih kurang camni lah kot eja nyer.

Mula-mula aku fikir bila dah datang kluang mesti semua nenek-nenek cakap Jawa. Tapi malang skali jangkaan aku meleset sama sekali sebab nenek-nenek ni x cakap guna bahasa jawa pun just kadang-kadang je untuk certain2 hal. Sebenarnya seronok jugak borak ngan nenek-nenek ni. Macam-macam crita keluar. Aku dari asalnya yang takut tak bleh nak bawak diri pun bleh jadi banyak mulut bila dengan nenek-nenek ni. Hehehe... Ada lah jugak sikit-sikit bahasa jawa yang sempat aku belajar.

Masa aku rewang tu kena lah kupas kentang, potong bawang n macam-macam lagi. Dalam kusyuknya aku membuat kerja tetiba nenek tu cakap

nek wa :eh nak...ni kena simpan sikit.
aku :owh yeke. kenapa pulak nek.
nek wa :memang macam tu pun. kalau kita buat kenduri mesti simpan sikit bahan
yang kita guna tu sebab orang dulu-dulu percaya kalo tak simpan nanti
kenduri tu mungkin tak cukup.
aku :oh...gitu ye
nek wa :ha ingat tu..
aku :ingat nek.

So dari situ aku pun dapat lah satu ilmu dan pengalaman baru.

Kenapa aku ikut member aku balik kampung die ha...??? Ada apa..??? Kenapa kena rewang...??? Ha sebabnye kat rumah nenek dia ada majlis doa selamat. Kalo orang kat sini panggil Yasinan. Suasana Yasinan kat sini lain sikit dari tempat lain. Sebab majlis ni terbahagi kepada dua iaitu untuk lelaki dan perempuan. Dia x bercampur macam sesetengah kampung buat di utara semenanjung.

Juadah yang disediakan pun unik. Ada kuih abok-abok, sambal goreng n nasik ambeng. Nasi ambeng tu ialah nasi yang dimakan beramai-ramai dalam satu talam besar. Biasanya dalam 4 ke 5 orang berkongsi satu talam. Nasik dibawah n lauk di atas di tengah-tengah talam. Lauk yang diasa dihidangkan ialah sambal goreng, ayam masak kicap dengan sayur. Nasi ambeng ni xjumpa kat tempat lain taw melainkan kalau kat kampung yang penduduknye Jawa. Bila dah abeh majlis, tetamu akan dibekalkan dengan pulut kuning+rendang dengan nasi bungkus. Tapi orang sini tak panggil nasi bungkus tapi dorang panggil berkat. 1st time dengar aku terpinga-pinga gak, tapi bila dah tengok baru faham situasi tu.

Kat sini aku nak kongsi sikit resepi untuk buat kuih abok-abok. Mesti cuba taw sedap sangat.

KUIH ABOK-ABOK

Bahan-bahannya:

200gram sagu biji yang telah dibersihkan dan ditos.
300 gram kelapa parut - ambil putihnya sahaja.
5 ml air.
5 ketul gula melaka - dihancurkan.
Beberapa helai daun pisang dan penyucuk lidi.
Sedikit garam.

Cara-cara membuatnya:
1- Gaul sahu dengan kelapa parut, garam dan air sehingga sebati.
2- Ambil sehelai daun pisang, bentukkan kon dan masukkan 2 sudu besar adunan sagu tadi, kemudian letakkan satu sudu kecil gula melaka yang telah dihancurkan tadi dan tutup dengan satu sudu besar sagu lagi. Tekan supaya padat.
3- Gunakan lidi untuk matikan lipatan sebelah bawah.
4- Buat lagi sehingga adunan habis
6- Kukus sehingga masak (antara 40-45 minit)

Ni la kuih abok-abok




OK. Selamat mencuba.

Ni ada sikit gambar yang aku nak kongsi





Yang ni nama nya tempe. Tempe ni buat dari kacang soya.



Yang ni lak nama nya tempe busuk. Tapi masih boleh makan, nama ja ada busuk. Tapi nenek-nenek ni cakap tempe busuk sedap dimakan.



Ni nama nya tempe tak jadi...hehe sebab dah kena tebuk ngan tikus.

3 comments:

SaRa_wo Sensei said...

haluu amy....
dapat x comment aku nie????
amy yang cantik..
amy yang comei...
amy yang lawa..
amy yang kiut..
dan amy yang......tut
ahahaha

kasutburuk said...

dpt sarah yang comey...

LeenChannel said...

Wahhh