Wednesday, September 21, 2011

Oh MEE SIPUT!



PERGHHH!!!

1 ungkapan yg akan terlepas dr mulut selepas merasa MEE SIPUT sekali cecah sambal fuhhh...b'feluh2...hehe, kalo tanpa sambal takat ok jek la...

memang marveles , sambal kicap dia tu yg kick, kepada yg tak tahan pedas, curah sikit2 jek dah oke, tak pun main cecah je...(mcm sy hehee). 1st time jumpe bende ni time nk naik tren kt Kluang tp mak cik2 xnk jual. Aritu dpt jugak merasa bila cik Najwa Frankenstein Nasir bersusah payah bwk dr Yong Peng n yg latest di bwk oleh cik Shalina Yunos dr Segamat lastweek... Mmg best...thumb up!

Friday, August 12, 2011

Istikharah Cinta

Assalamualaikum readers, followers n bloggers...tadi sudah mau tidur tapi, mata tak mahu pejam. Lalu membuka Facebook. Ternampak status teman yang di update dengan ayat Istikharah Cinta. Lantas terdetik utk m'update blog dengan tajuk itu...

Emm..anda pernah dengar istikharah?
Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan...[selalunya dibuat melalui solat sunat istikharah la]

dan selalunya kita istikharah untuk meminta petunjuk Allah dalam menentukan hala tuju hidup kita atau dalam membuat pilihan...

dulu-dulu, waktu zaman 'muda-muda' lagi, waktu sekolah lah kan, selalunya buat solat istikharah nak masuk sekolah menengah yang mana...Alhamdulillah...waktu tu rezeki dapat banyak tawaran yang best2... Hasil istikharah sekolah di pilih.

kemudian, habis sekolah, buat istikharah nak masuk matrik ke, terus pergi U ke atau masuk IPG a.k.a maktab...

sekarang, istikharah lagi untuk buat pilihan hidup...khususnya bagi remaja seusia ku yang mahu membuat pilihan 'teman hidup'..‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh dikatakan di sini – istikharah cinta..


dalam berfikir tentang Istikharah Cinta [tp blom berniat untuk melakukan :)] membawa aku kepada sebuah petikan lirik lagu. Lepas baca berkenan dengan lirik lagu di bawah ni, tajuknya Istikharah Cinta...blom berkesempatan utk mendengar cuma membaca liriknya saja. InsyaAllah mudah-mudah pilihan aku tepat bila sampai masanya nanti... :)

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Meneka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta..




Saturday, August 6, 2011

Their Birthday



22 nd Birthday Celebration for both of my best friend

Yesterday
06 AUGUST 2011
was her birthday



and

Last week
25 JULY 2011
was her birthday


Happy 22nd Birthday
May Allah Bless both of you dear...

Nukilan Pagi Ahad


Kuala Lipis Duniaku

Sungguh, aku rindukan kenangan itu
Pertama kali ku menjejakkan kaki
Hati ku menidakkan
Berteka-teki didalam jiwa
Hati ku resah semakin gelisah
Bermain-main di minda
Mampukah ku lalui liku hidup ku disini

Namun kini nyata
Semuanya baik-baik saja
Aliran Jelai yg deras menggamit mataku
Kehijauanmu menyejukkan hatiku
Menyegarkan mindaku
Gemersiknya keriangan cengkerik
setia berlagu indah
memainkan simfoni warna alam

kemerduan siulan si burung
mengiringi sahutan melodi sang unggas ceria
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta


Kuala Lipis menggamit pesona rinduku

Keindahanmu,kesejukanmu dan ketenanganmu!




Saya rindu kawan-kawan gula-gula hidup sy...dh lama x jumpa borak lama2...makan-makan gelak-gelak. If jmpa pn sembang-sembang kejap je pas2 sume org pn dh nk gerak blk ke skolah masing-masing. Even juz 2 month kesunyian amat terasa buat sy yg di tinggalkan di hostel nih...huhuu Kepada Fatin, Shalina, Zulaiha, Najwa, Nadia, Nadia Farhah, Erny Yusnira, Suhada, Sarah, Fazilah, Fazita, Hakimah, Naqiudin, Saifulzaini,Firdaus, Arham, Shanmuga n Ananthi selamat meneruskan praktikum yer kawan-kawan, tggl 3 minggu je lg...hope everything will be fine n finish wif great moments n experiences there.

note:ini hanyalah nukilan bangun tidur, sila abaikan seandainya ad yg kurg di mana2...Mode terasa nak bersajak pulak setelah sekian lama meninggalkan...huhuu


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Kareem 1432

Jika ketenangan dan keredhaannya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga suatu masa,kita akan rasa indahnya Tawakal kepadaNya. Itulah nikmat dalam jagaanNYa.

pesan imam Al-ghazali...yang dkat itu mati, yang jauh itu msa, yang indah itu solat...yang mnyucikan dri itu puasa..
Allahhumabariklana fie Ramadhan.Salam Ramadhan Kareem.. ^_^

Friday, July 29, 2011

*Oh Macaroon!

Assalamualaikum semua... :)


*Oh Macaroon!macaroon...macaroon..macaroon....sana sini sekarang sebut pasal macaroon. Sampaikan iklan kt Nuffnag dlu pn pic macaroon nih..

Macaroon 2 apa?

Macaroon ni sejenis kudapan manisan orang Perancis yang diperbuat dari ground almond, caster sugar&white egg. 2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.

Apa rasa macaroon ye?

Rasanya crispy kat luar chewy kat dalam tu...bila kita gigit rasa crispy lepas2 kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling...ada variety filling..dgr je pn dh mengancam kn...


xpenah lagi rasa...xtaw nk beli ktne...last2 aku tanya pakcik Google lah...pe lg kn...die pn keluarkan alamat blog ni http://cikmin.com/macarons/. Aku pun view r...pergghhh xtahan tgk...cute giler..dh la warna striking...yg pastle 2 plak nmpk soft jek...


tgk ni

l

l

v

*ini pic semua ai pinjam cikmin punya..heheee





*p/s:sy pn berhajat nak order lah raya nih kt cikmin...hehehee



Thursday, July 28, 2011

Truly from Kuala Lipis


Kuih lompat tikam.

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan,gula melaka atau gula kabung.Tujuan dimakan bersama gula melaka tu adalah kerana kuih tersebut tawar tiada gula yang diletakkan sewaktu memasaknya tapi bila dimakan bersama gula melaka baru la terasa manisnya.

Lompat tikam yg terdapat di dalam gambar ini telah dibeli di pasar malam Taman Perwira, Kuala Lipis pada hari selasa yg lepas. Rupa kuih lompat tikam ini sedikit agak berbeza kerana tidak mempunyai lapisan berwarna putih kerana lapisan putih tersebut telah diganti dengan santan cair. Kepada yang ingin mencuba bolehlah membelinya di pasar malam kuala Lipis pada hari esk. Sesungguhnya nak cari yang ada pulut pink 2 sgt susah...

Wednesday, July 27, 2011

Sehari bersama komuniti Kampung Berchang!

Assalamualaikum n selamat petang semua...ceria-ceria all readers n bloggers. Nampak nye sejak berpraktikum nih masa mcm dh makin cemburu ngn aku lah. Mana nak tulis rancangan mengajar, mana nak buat ABM, ngan nak p skolah petang-petang utk KOKO lg. Dah tak sempat nak update blog lagi. Tapi petang ni nk update jugak pengalaman aku sbg seorang guru dengan komuniti di sekolah tempat aku berpraktikum, iaitu Kampung Berchang. Pengalaman yang amat bermakna yang tak kan dapat di kutip di mana-mana. Kalau ada pun tak kan sama.

Ahad lepas, skolah aku (SK Berchang) ada mengadakan sikit kenduri kesyukuran+solat hajat&tahlil+program motivasi keibubapaan di sekolah. Program ni memerlukan aku +3 orang member paktikum lagi bergaul dengan para waris n komuniti bg melancarkan perjalanan program. 1st time jd ajk kenduri-kendara bersama orang kampung. Jangan tak percaya you...I di lantik jd AJK penyediaan daging...huhuuu

Kenduri ni di adakan secara bergotong-royong n menu die memang truly from Kuala Lipis lah. Antara menu nye ialah yang paling utama sekali gulai tempoyak ikan patin or orang berchang panggil gulai masam (agak terkejut bila 1st time diminta tolong cedokkan gulai masam...sungguh blur tika itu...huuu), yang kedua gulai daging serai kuning (bukan kari ye), ayam masak merah, perut goreng rempah, ikan petok goreng, pas2 kerabu pucuk paku, acar mentah n bubur kacang durian. Jangan tak tau, kuala lipis kaya dengan durian. Belakang sekolah pun ada banyak pokok durian, hari-hari bole melantak duah durian dengan aman damai&harmoni.


mula-mula nak masak nih...


cikgu Lia (nama baru kt Berchang) with makcik-makcik after goreng ikan :)


gotong-royong memasak gulai masam a.k.a gulai tempoyak ikan patin & gulai daging


ni nama nye mak busu...tukang masak ayam masak merah untuk kenduri tu


nilah mak andak...orang kuat SK Berchang...bab makan-makan je kompem sume orang cari mak andak..heheee


bersemangat sungguh abang kite...berkerut-kerut muka dia...


tolong rasa ke tolong makan tuh...hehee


makcik jangan menung dulu..dh nk masak ni...


ini tokey lembu kampung tembeling nih...


orang kuat masak-memasak kampung Berchang


Ibu bapa sibuk memasak, anak-anak pun sibuk bermain...


ikan-ikan..mari-mari...


murid dan waris mengambil makanan


bahagian perempuan


makan time


cikgu-cikgi pun sibuk nak tunjuk skill...huhuu

oke,thats all :)

Monday, July 11, 2011

35th Bon Odori Festival 2011


35th Bon Odori Festival 2011, Malaysia will be held at Shah Alam together, the organizer Selangor State Office, Ministry of Tourism and The Japan Club of Kuala Lumpur will run this festival on 16-July-2011 at Shah Alam Matsushita Stadium.

Bon Odori (meaning simply Bon dance) is an event held during Obon. It is celebrated as a reminder of the gratefulness one should feel toward one's ancestors.

In Malaysia, Bon Odori Festivals are also celebrated every year in Penang and at the Matsushita Corp Stadium in Shah Alam, Selangor. Held mainly to expose locals to a part of Japanese culture, the festival provides the experience of a variety of Japanese food & drinks, art and dance.

FESTIVAL DETAIL:

Date: 16th July 2011 Saturday
Time: 5:00pm - 9:15pm
Venue: Panasonic Sports Complex (formerly Matsushita Centre) or Shah Alam Matsushita Stadium, Selangor



Tickets: Free Admission

Good news for all visitor, there are FREE Shuttle Bus services will be provided to transport participants from KTM Shah Alam Station (section 19) to Kompleks Sukan Negara and vice versa. This free shuttle service is available from 4PM to 11PM.


And strictly RECOMMANDED
~NO HIGH-HEELS in the dancing field
~ Strictly NO SMOKING for designated areas
~ Wear nothing impolite or offensive and also NO COSPLAYING.***



P/S:really hope that i can also join dis festival ;)

Sunday, July 10, 2011

ASSALAMMUALAIKUM


Selamat Petang bloggers and readers. Almost 1 week jugak tak update blogkan. Em...ekceli last week sgt sibuk sebab 1st week aku lapor diri untuk praktikum. For 2 months. Last entry ada mention kn...hehe Last monday was my 1st day at Sekolah Kebangsaan Berchang, Kuala Lipis, Pahang. Pagi tu ktorg sampai agak awal dalam pukul 7.10 pagi n xde orang pn kt skolah except beberapa org bdk n makcik kantin. Kemusykilan mula muncul di minda. "Aik..tak skolah ke?Tapi ada budak datang" . (Almaklumlah ari sabtu sibuk berlari Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011 ) So cikgu-cekgi praktikum yang cun n hensem ni pun pegi lah menapak ke kantin untuk beramah mesra sambil interview sket2.

Aku : Assalamualaikum kak.
Makcik Kantin : Waalaikumussalam. Hah...deme cikgu baru ke?
Aku: Ha'ah kak. Baru nak lapor diri. Sekolah ke tak arini kak? Macam xde orang je.
Makcik Kantin:Hahahahaaaaa....skolah...tapi cikgu lambat sikit ni. Tak pe deme dudok lah dlu sini yek...kejap agi smpai la tu..

Dalam 7.20 guru besar sampai. Lama lah jugak kena interview. Lepas kasi surat pengenalan diri ktorg pn ikut guru besar ke perhimpunan. Pas kenalkan diri semua masuk lah bilik guru. Jumpa ngn Guru Penolong Kanan 1 untuk amek jadual waktu mengajar. Memang sempoi giler GPK 1 tu. Siap cakap camni, "Awak pilih lah nak amek yang mana, saya xpe...lepas awak pilih awak isi kt sini nanti cop." Fuh..terbaik...huhuu Tapi apa-apa pn tetap di bawah pemantauan beliau yep.. Aku dapat 8 waktu mengajar 4 untuk Pend.Jasmani (tahun 5 dan 2) 4 untuk Pend.Seni Visual (tahun 3 dan 4). Untuk minggu pertama blom start mengajar lagi, cuma sesi suai kenal dgn murid je dlu sambil2 tu dpt kenal pasti murid yang bermasalah.

Sebenarnya Sekolah Kebangsaan Berchang ni merupakan sebuah sekolah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Total murid skolah ni cuma 99 orang tidak termasuk murid Pra Sekolah. Paling ramai dalam 1 kelas cuma 23 orang n paling sikit 10 orang. Cikgu ada 13 orang termasuk Guru Besar. Jadi agak mudah bagi ktorg guru-guru praktikum untuk mengenali n mengecam ahli komuniti Sekolah Kebangsaan Berchang. Hari ketiga je aku dh mula berkenalan ngn waris pulak...nmpk sgt lah talkative kan...ades...uhuhuuu Tapi rasa nye dgn cara mcm ni lebih mudah utk aku dekat dgn murid. Tapi ni bagi aku lah. Orang lain mungkin ada cara yang tersendiri kn.

Untuk 1st week je dh mula kena pegi skolah petang. Sebab aku pegang Unit Beruniform Pengakap (even xpenah masuk pengakap pn sbb ahli setia KRS) untuk petang isnin, pastu kena jadi guru Persatuan Seni Budaya untuk hari rabu. Walau pun d beri tugas on the spot alhamdulillah berjaya dilaksanakan dgn jaya nya dengan adanya sedikit kreativiti di minda...heheheee

So utk hujung minggu macam ni xde keje lain bagi seorang guru pelatih melainkan melengkapkan buku rekod persediaan mengajar n portfolio praktikum. Nak pulak tinggal sorg, mmg ni je lah keje aku. Rumet oh rumet kenapa kah kau tak balik...bosan kot dudok sorg2 bila cuti cmni. Minggu depan sila lah balik. Sekian. Ini sahaja untuk entry kali ini. Sekiranya membosankan harap di maafkan.huhuuu


~~meja cikgu praktikum~~




Selit-selit :
Time blogwalking di blog tarmizishukri ternampak note nih
"palestin bermati-matian berjuang untuk merdeka, Sudan pulak baru dapat kemerdekaan, Malaysia yang dah lama merdeka tak lama lagi akan dijajah nampaknya…" Huru-hara Malaysia menjadi tontonan dunia.

Friday, July 1, 2011

Berlangsung dengan jayanya :)

Assalamualaikum...hye bloggers n readers.

Pg td tuan punye belog ---> cik amie telah dengan semangat nye pergi menyertai Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011 bertempat di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA).


Pendaftaran bermula pada jam 6.30 pagi sehingga lah pukul 7. Penyertaan untuk larian ini sangat memberangsangkan. Mcm tak caye plak tetiba budak IPG ramai yang turun. Selain student IPG sendiri, penyertaan juga dibuka kepada murid, guru, staf dan waris Sekolah Kebangsaan Tempoyang serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis. Larian ini telah dilepaskan oleh Encik Jaafar bin Idris Pengarah IPGKTAA. Bermula dengan murid Sekolah Kebangsaan Tempoyang, seterusnya murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis, guru pelatih IPGKTAA, pensyarah2, guru-guru dan staf. Walau bagaimanapun larian ni telah bertukar menjadi aktiviti berjalan sbb terlalu ramai org...huhuu Abes je larian aktiviti diteruskan dengan senamrobik dan sukaneka.


Around 6.50 selepas sesi pendaftaran...muka sume nmpk sangat baru bangun tido...huhuuu
aku dpt nombor 00322


Ni time lepas aerobik. Masing-masing muka happy dh habis program :)

Assalamualaikum...

Hari ni kluar lg. 1 petang td pusing Lipis cari barang-barang persediaan utk my BFF pegi umah sewa utk praktikum next week. 1st time pegi pasar basah Kuala Lipis setelah 4 tahun menjadi penduduk 1/2 masa bandar bersejarah Kuala Lipis.

Ni time tengah pilih bawang. Bersama rumet tersayang a.k.a my BFF


Lepas beli segala jenis bawang + ikan bilis + segala jenis tepung pegi jalan dalam sket tgk apa ada kt dalam. Wa....byk pisang lah...beli sket t bole BFF sy wat pisang goreng@jemput-jemput. Bekalan orang nk duduk jauh..hehehee


Abes membeli n belah d pasar terdengar bunyi cm bising2 jentera. (Ekceli time memula sampai lagi mmg dh dgr pn tp tak tau ktna). Usha punya usha rupa-rupa nya blakang uncle jual bawang tu je...snap a pic. Rasa nya ni Sungai Jelai kot. Kalo x slp lah...


Ok. Nak taw tak ktna aku nya BFF nih kne praktikum yg beria sgt shopink bawang segala. hehehehe dorg kene kat Sekolah Kebangsaan (LKTP) Chegar Perah, Kuala Lipis. Jauh lah jugak dr IPG ktorg. Dalam 1 jam lebeh utk smpai. Ikut map tempat nye kt sni. Tak jauh dr Merapoh n 30 minit dari Gua Musang. Aku pun belom penah sampai lg sni. Dengar crita dr org je...

Buat BFF tersayang Fatin Binti Ithnin a.k.a cik fafa & Siti Zulaiha selamat berpraktikum dan selamat menjalani kehidupan yang baru di tempat yang baru. Jaga diri baik2 di tempat orang, beramah mesra lah dengan komuniti yep cikgu...heheheheee Pengalaman tuh duduk di tempat orang. Nak pulak tempat jauh mcm2 mst best. Ok nnt kalo rindu2 calling2 lah yep...nnt kalo berkesempatan ktorg buat rombongan ke tempat korg eh..Masak sedap2 taw nnt sy datang bawak pinggan...hehehee jgn sedey taw. Jgn lupa sy di sini yep. Ketahuilah bahawasanya saya sangat sayang anda berdua...hehehehee <3 Take Care dear.




Friday, June 24, 2011

info CIKGU PJ sihat :)


Assalamualaikum WBT. Minggu ni nk update satu pengumuman yang agak menarik bg yang berminat lah heheee...Minggu depan akan diadakan LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA. Tarikh bagi aktiviti ni ialah pada 02 Julai 2011 iaitu hari Sabtu pada jam 7.45 pagi. Lokasi aktiviti akan ditentukan oleh sekolah atau institusi masing-masing. Antara sasaran peserta ialah semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat. Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi yang berminat sila serahkan borang pendaftaran murid yang lengkap melalui e-mel pada atau sebelum 1 Julai 2011 kepada alamat e-mel yang ditetapkan seperti di Panduan Pelaksanaan.

Untuk Borang Penyertaan sila klik di bawah:

Borang-borang ini boleh diperbanyakkan mengikut keperluan. Semua murid/pelajar digalakkan menyertai larian ini. Walau bagaimanapun bagi guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, you are compulsory to participate this programme with no excuses. Kalau sebelum ni pelajar semester 6 dan 8 dikecualikan, tapi mengikut info yang terkini adalah diwajibkan kepada semua iaitu guru pelatih PPISMP Semester 1&3 dan guru pelatih PISMP Semester 2,4,6 dan 8. Satu taklimat akan diadakan selepas perhimpunan bulanan pada 28 Jun nnt. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani a.k.a PJ yg sehat maka dengan ini saya dengan rela hati nya menyokong dan akan menyertai larian ini dengan penuh bersemangat.



"LARGEST PARTICIPATION OF SCHOOL STUDENTS IN RUN"



.:::Sukan Untuk Semua Murid :::.