Wednesday, September 21, 2011

Oh MEE SIPUT!



PERGHHH!!!

1 ungkapan yg akan terlepas dr mulut selepas merasa MEE SIPUT sekali cecah sambal fuhhh...b'feluh2...hehe, kalo tanpa sambal takat ok jek la...

memang marveles , sambal kicap dia tu yg kick, kepada yg tak tahan pedas, curah sikit2 jek dah oke, tak pun main cecah je...(mcm sy hehee). 1st time jumpe bende ni time nk naik tren kt Kluang tp mak cik2 xnk jual. Aritu dpt jugak merasa bila cik Najwa Frankenstein Nasir bersusah payah bwk dr Yong Peng n yg latest di bwk oleh cik Shalina Yunos dr Segamat lastweek... Mmg best...thumb up!

Friday, August 12, 2011

Istikharah Cinta

Assalamualaikum readers, followers n bloggers...tadi sudah mau tidur tapi, mata tak mahu pejam. Lalu membuka Facebook. Ternampak status teman yang di update dengan ayat Istikharah Cinta. Lantas terdetik utk m'update blog dengan tajuk itu...

Emm..anda pernah dengar istikharah?
Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan...[selalunya dibuat melalui solat sunat istikharah la]

dan selalunya kita istikharah untuk meminta petunjuk Allah dalam menentukan hala tuju hidup kita atau dalam membuat pilihan...

dulu-dulu, waktu zaman 'muda-muda' lagi, waktu sekolah lah kan, selalunya buat solat istikharah nak masuk sekolah menengah yang mana...Alhamdulillah...waktu tu rezeki dapat banyak tawaran yang best2... Hasil istikharah sekolah di pilih.

kemudian, habis sekolah, buat istikharah nak masuk matrik ke, terus pergi U ke atau masuk IPG a.k.a maktab...

sekarang, istikharah lagi untuk buat pilihan hidup...khususnya bagi remaja seusia ku yang mahu membuat pilihan 'teman hidup'..‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh dikatakan di sini – istikharah cinta..


dalam berfikir tentang Istikharah Cinta [tp blom berniat untuk melakukan :)] membawa aku kepada sebuah petikan lirik lagu. Lepas baca berkenan dengan lirik lagu di bawah ni, tajuknya Istikharah Cinta...blom berkesempatan utk mendengar cuma membaca liriknya saja. InsyaAllah mudah-mudah pilihan aku tepat bila sampai masanya nanti... :)

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Meneka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta..




Saturday, August 6, 2011

Their Birthday



22 nd Birthday Celebration for both of my best friend

Yesterday
06 AUGUST 2011
was her birthday



and

Last week
25 JULY 2011
was her birthday


Happy 22nd Birthday
May Allah Bless both of you dear...

Nukilan Pagi Ahad


Kuala Lipis Duniaku

Sungguh, aku rindukan kenangan itu
Pertama kali ku menjejakkan kaki
Hati ku menidakkan
Berteka-teki didalam jiwa
Hati ku resah semakin gelisah
Bermain-main di minda
Mampukah ku lalui liku hidup ku disini

Namun kini nyata
Semuanya baik-baik saja
Aliran Jelai yg deras menggamit mataku
Kehijauanmu menyejukkan hatiku
Menyegarkan mindaku
Gemersiknya keriangan cengkerik
setia berlagu indah
memainkan simfoni warna alam

kemerduan siulan si burung
mengiringi sahutan melodi sang unggas ceria
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta


Kuala Lipis menggamit pesona rinduku

Keindahanmu,kesejukanmu dan ketenanganmu!




Saya rindu kawan-kawan gula-gula hidup sy...dh lama x jumpa borak lama2...makan-makan gelak-gelak. If jmpa pn sembang-sembang kejap je pas2 sume org pn dh nk gerak blk ke skolah masing-masing. Even juz 2 month kesunyian amat terasa buat sy yg di tinggalkan di hostel nih...huhuu Kepada Fatin, Shalina, Zulaiha, Najwa, Nadia, Nadia Farhah, Erny Yusnira, Suhada, Sarah, Fazilah, Fazita, Hakimah, Naqiudin, Saifulzaini,Firdaus, Arham, Shanmuga n Ananthi selamat meneruskan praktikum yer kawan-kawan, tggl 3 minggu je lg...hope everything will be fine n finish wif great moments n experiences there.

note:ini hanyalah nukilan bangun tidur, sila abaikan seandainya ad yg kurg di mana2...Mode terasa nak bersajak pulak setelah sekian lama meninggalkan...huhuu


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Kareem 1432

Jika ketenangan dan keredhaannya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga suatu masa,kita akan rasa indahnya Tawakal kepadaNya. Itulah nikmat dalam jagaanNYa.

pesan imam Al-ghazali...yang dkat itu mati, yang jauh itu msa, yang indah itu solat...yang mnyucikan dri itu puasa..
Allahhumabariklana fie Ramadhan.Salam Ramadhan Kareem.. ^_^

Friday, July 29, 2011

*Oh Macaroon!

Assalamualaikum semua... :)


*Oh Macaroon!macaroon...macaroon..macaroon....sana sini sekarang sebut pasal macaroon. Sampaikan iklan kt Nuffnag dlu pn pic macaroon nih..

Macaroon 2 apa?

Macaroon ni sejenis kudapan manisan orang Perancis yang diperbuat dari ground almond, caster sugar&white egg. 2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.

Apa rasa macaroon ye?

Rasanya crispy kat luar chewy kat dalam tu...bila kita gigit rasa crispy lepas2 kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling...ada variety filling..dgr je pn dh mengancam kn...


xpenah lagi rasa...xtaw nk beli ktne...last2 aku tanya pakcik Google lah...pe lg kn...die pn keluarkan alamat blog ni http://cikmin.com/macarons/. Aku pun view r...pergghhh xtahan tgk...cute giler..dh la warna striking...yg pastle 2 plak nmpk soft jek...


tgk ni

l

l

v

*ini pic semua ai pinjam cikmin punya..heheee





*p/s:sy pn berhajat nak order lah raya nih kt cikmin...hehehee



Thursday, July 28, 2011

Truly from Kuala Lipis


Kuih lompat tikam.

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan,gula melaka atau gula kabung.Tujuan dimakan bersama gula melaka tu adalah kerana kuih tersebut tawar tiada gula yang diletakkan sewaktu memasaknya tapi bila dimakan bersama gula melaka baru la terasa manisnya.

Lompat tikam yg terdapat di dalam gambar ini telah dibeli di pasar malam Taman Perwira, Kuala Lipis pada hari selasa yg lepas. Rupa kuih lompat tikam ini sedikit agak berbeza kerana tidak mempunyai lapisan berwarna putih kerana lapisan putih tersebut telah diganti dengan santan cair. Kepada yang ingin mencuba bolehlah membelinya di pasar malam kuala Lipis pada hari esk. Sesungguhnya nak cari yang ada pulut pink 2 sgt susah...