Konsep Seni Visual
Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan.
Penyataan Diri (self – expression)
Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.
Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.
Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)
Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Bahasa Seni (laras bahasa)
Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.
Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)
Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.
Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien.
Tuesday, November 9, 2010
Sunday, September 26, 2010
Apa nak jadi????

Seorang kanak-kanak lelaki dari Sumatera, Indonesia ni dah pandai hisap rokok dan ketagih lebih kurang 40 batang sehari. Bukan setakat rokok daun, tapi rokok cigarettes biasa yang ada nikotin tu. Yang sedihnya, ayah dia sendiri yang mengajar ih ih ih ih ih. Apa nak jadi ni?
Sumber:http://unikversiti.blogspot.com
Sunday, August 8, 2010
Kasih Sayang
---Kasih Sayang-Kejayaan-Kekayaan---
Seorang wanita sedang keluar dari rumahny apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, "Saya tidak fikir saya mengenali awk semua, tetapi saya pasti awk semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar. "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah kejayaan, dan saya adalah kasih sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah.
Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. " Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput kejayaan?" Keetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya. : "Bukan kah lebih baik sekiranya kita menjemput kasih sayang? Rumah kita ini pasti akan diselebungi dengan kasih disayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu, kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah kasih sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu antara kamu adalah kasih sayang..?? Silalah masuk dan menjadi tetamu kami."Kasih sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada kekayaan dan kejayaan: "Saya cuma menjemput kasih sayang. Mengapa kamu juga ikut sekali...?" Mereka semua menjawab : "Jika awk menjemput sama ada kekayaan atau kejayaan, yang lain akan tggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput kasih sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

~~~Renung-renungkan~~~
Tuesday, July 20, 2010
Kehilanganmu Ku rasai
Kehilangan seorang sahabat dalam hidup ini amat ku rasai. Segalanya bagaikan sekelip mata. Hati berdetik tidak mahu percaya, tapi itu lah hakikatnya. Di hening subuh berita di sampaikan. Tiada kata yang dapat diungkap. Mulut jadi kelu. Gelora terus menyerbu. Lantas ku beristifar. Mengelak kelalaian hati...kembali ke alam nyata. Ku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga dikau tenang di sana. Doa ku moga kau ditempatkan di tempat yg Allah janjikn nikmat bg hambaNya. Kata orang insan yang baik selalu diingati dan disayangi.
Rentetan peristiwa bolehlah kunjung di sini
l
l
l
v
http://dzulagil.blogspot.com/2010/07/jumaat-16-julai-2010-seperti-kelaziman.html
l
l
l
v
http://dzulagil.blogspot.c
Wednesday, July 14, 2010
Untuk mu Wanita

Lirik lagu ini di tujukan khas buat semua teman-teman wanita ku kerana wanita begitu berharga!
JELITA-DAMIEN MIKHAIL
kau tetap JELITA
JELITA yang terlahir di dalam setiap wanita
anggun luar dan dalam
kau sungguh JELITA (lets go)
JELITA yang terlahir di dalam setiap wanita
anggun luar dan dalam
kau sungguh JELITA
walaupun tanpa emas berlian permata
kau tetap JELITA
tersendiri kecantikanmu abadi
memiliki sinar mata mentari
lentik bulu mata dan renungan yang menggoda
cahya senyumanmu dah tawanku
kau JELITA
atur langkahmu kelembutan mu
merdu bisikmu bak irama dan lagu
keayuanmu terunggul di dalam kasihmu
usah diragu keJELITAan mu di hatimu
kau tercipta untuk jejaka
kau menarik dan begitu sempurna
tiada lain yang ku pinta oh adinda
selain senyuman mu dah tawanku kau JELITA
atur langkahmu kelembutan mu
merdu bisikmu bak irama dan lagu
kaeyuanmu terunggul di dalam kasihmu
usah diragu keJELITAan mu di hatimu
keJELITAan yang dilahirkan bukan penampilan
keJELITAan lahir di dalam dan takkan hilang
ulang korus (2x)
JELITA
anggun luar dan dalam
kau sungguh JELITA
kau tetap JELITA
Sunday, July 11, 2010
wanita vs botol plastik
*Ini hanyalah sekadar repekkan semata-mata. Tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih bernyawa atau yang telah meninggal dunia. Anda tidak semestinya menerima apa yang diperkatakan kerana ini hanyalah sekadar nukilan hati seorang insan yang masih belajar dan serba kekurangan. Segala yang baik itu datang nya dari Allah (SWT) dan segala yang buruk itu datang nya dari kekhilafan diri ini sendiri.
WANITA vs BOTOL PLASTIK
idea:tercetus ketika membelek-belek botol plastik atas meja untuk dijadikan arca
Botol plastik sebenarnya adalah sesuatu yang berharga. Tapi botol plastik sering dipandang sepi seperti tiada nilainya. Botol plastik ada ertinya buat insan-insan yang pandai menghargainya. Dari segi fizikal nya botol plastik nampak jernih. Cantik dengan pelbagai bentuk dan rupa. Indah dengan segala hiasan. Ada juga yang mempunyai gaya dan kelas yang tersendiri. Ada yang tampak utuh dan kukuh. Dan ada yang tampak lembut namun sukar dilentur. Tapi harus diingati botol plastik juga amat sensitif. Apabila terkena beban atau desakan ia mudah kemek. Lalu rosak dan dipandang muak sebagai satu sampah.
Semua ini samalah juga dengan hati seorang wanita. Apabila diselami tampaknya jernih dan indah. Sentiasa cantik dengan bentuk-bentuk kelembutan dan kesopanan kurniaan tuhan yang sentiasa mendamaikan hati. Ada segelintir wanita karismanya jelas terpamer menggoncang jiwa siapa saja yang melihatnya dan ada juga yang menyimpan rapi sebagai hiasan diri. Secara jasmaninya ada yang nampak sungguh utuh. Berdiri nya gagah sekukuh Tembok Besar China seperti tiada yang bisa merempuh. Sebahagian lagi pula, tampaknya lembut dan manis sekali, sangat mengasyikkan seperti lembut dan manisnya gula-gula kapas. Tapi malangnya sekadar jinak-jinak merpati sukar untuk didekati. Hati wanita sangat sensitif. Sama sensitifnya bak botol plastik. Mudah remuk. Mudah kepek. Mudah senget walau hanya sekadar dijentik.
Pelbagai ragam bukan? Bukan kah sama sahaja dengan botol plastik tadi? Namun awas, hati wanita punya perasaan bukan kaku dan beku seperti botol plastik.

-----sekadar repekkan semata-mata mengisi masa terluang-----

Subscribe to:
Posts (Atom)