WANITA vs BOTOL PLASTIK
idea:tercetus ketika membelek-belek botol plastik atas meja untuk dijadikan arca
Botol plastik sebenarnya adalah sesuatu yang berharga. Tapi botol plastik sering dipandang sepi seperti tiada nilainya. Botol plastik ada ertinya buat insan-insan yang pandai menghargainya. Dari segi fizikal nya botol plastik nampak jernih. Cantik dengan pelbagai bentuk dan rupa. Indah dengan segala hiasan. Ada juga yang mempunyai gaya dan kelas yang tersendiri. Ada yang tampak utuh dan kukuh. Dan ada yang tampak lembut namun sukar dilentur. Tapi harus diingati botol plastik juga amat sensitif. Apabila terkena beban atau desakan ia mudah kemek. Lalu rosak dan dipandang muak sebagai satu sampah.
Semua ini samalah juga dengan hati seorang wanita. Apabila diselami tampaknya jernih dan indah. Sentiasa cantik dengan bentuk-bentuk kelembutan dan kesopanan kurniaan tuhan yang sentiasa mendamaikan hati. Ada segelintir wanita karismanya jelas terpamer menggoncang jiwa siapa saja yang melihatnya dan ada juga yang menyimpan rapi sebagai hiasan diri. Secara jasmaninya ada yang nampak sungguh utuh. Berdiri nya gagah sekukuh Tembok Besar China seperti tiada yang bisa merempuh. Sebahagian lagi pula, tampaknya lembut dan manis sekali, sangat mengasyikkan seperti lembut dan manisnya gula-gula kapas. Tapi malangnya sekadar jinak-jinak merpati sukar untuk didekati. Hati wanita sangat sensitif. Sama sensitifnya bak botol plastik. Mudah remuk. Mudah kepek. Mudah senget walau hanya sekadar dijentik.
Pelbagai ragam bukan? Bukan kah sama sahaja dengan botol plastik tadi? Namun awas, hati wanita punya perasaan bukan kaku dan beku seperti botol plastik.
-----sekadar repekkan semata-mata mengisi masa terluang-----

3 comments:
botol plastik kalau kena air panas dh x kan kembali ke bntuk asal.. sama mcm wanita if mahkota dh xda so x kan kembali mcm asal ..
sory merepek jugak
xmerepek pon.
baguslah akal diguna sebaiknya.sesetengah orang xmampu menghuraikan ciptaan Allah.mereka sangka botol yang mereka cipta hasil usaha mereka,silap. Allah yang bantu mereka, Allah bagi ilham kepada mereka2 untuk mereka bentuk botol.ye lah kita manusia sentiasa lupa.
dalam hadis nabi pon ade dinyatakan layanlah perempuan-perempuan seperti botol.
nice article.
kreatifkan pemikiran.
smoga Allah membuka minda kita semua utk memikirkan ciptaannya walau sesaat.

Post a Comment