Saturday, May 29, 2010

SIAPA????

Nantikan kemunculan teater absurd(teater moden) bertajuk "SIAPA?" yang akan dipentaskan pada 31 MEI 2020 sempena Malam Budaya Guru, Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Program bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Semua dijemput hadir.

Serba sedikit sinopsis "SIAPA?"(skrip & arahan FAZITA BINTI MOHAMMAD)

“ SIAPA?” mengisarkan sebuah kisah benar yang telah dijadikan sebuah artikel di dalam sebuah akhbar tempatan pada beberapa minggu yang lalu.Kisah benar ini menguraikan kisah kerenah guru yang menjadikan kemiskinan itu sebagai penghalang kepada muridnya dalam mengecapi kejayaan. Namun dalam pementasan kali ini, kisah ini diolah dan menjadikan persoalan "SIAPA?” sebagai satu isu dalam menentukan kerenah pihak mana yang menjadikan kemiskinan itu sebagai satu halangan di samping mempersoalkan siapa aku, kau, dia, kami, dan kita? SIAPA diri kita yang sebenar di dunia ilmu yang tidak kehabisan ini.

Faizal seorang pemuda 20-an, berkerjaya dan memperoleh hidup yang stabil. Dia masih lagi menyimpan dendam dan berprasangka buruk terhadap guru prasekolahnya, Cikgu Radziah. Cikgu Radziah telah melakukan kesilapan pada 20 tahun yang lepas dengan mencicirkan nama Faizal di dalam senarai penerima sijil pada Hari Graduasi Tadika Kemas Kampung Sungai Kertas. Faizal yang masih lagi tersentuh hati kembali merungkaikan kisah hitamnya itu apabila terbaca sebuah berita dari surat akhbar.

Berita tersebut menyatakan seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Malaysia yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi gagal mendapat slip peperiksaan hanya kerana ibu bapanya seorang pekerja kilang dan pemandu lori masih berhutang yuran sekolah sebanyak RM57.

Hayatilah kisah benar yang telah diolah dan divisualkan dalam bentuk teater absurd atau sinonim dengan istilah teater moden produksi terbaru GABUNGAN INSAN TEATER AFZAN.

TULANG BELAKANG

SIAPA?

SKRIP & ARAHAN:
FAZITA BINTI MOHAMMAD
PELAKON:
MUHAMMAD MARWAN BIN MAHADZIR sebagai FAIZAL
HASRAF FIKRI BIN FAUZI sebagai FAIZAL KECIL
FAZITA BINTI MOHAMMAD sebagai MAK
MOHD FAZRI BIN RAHIM sebagai AYAH
ASMA DIYANA BINTI ABDUL AZIZ sebagai ANAK
INTAN SHUKRIAH BINTI ARIFFIN sebagai CIKGU RADZIAH
NUR NABIHA BINTI TUKIRAN sebagai SHERRY

dibantu

ABDUL RAQIB BIN MD HANIPAH, MOHAMAD JAZLAN BIN JOHARI, NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI, SITI HALIZA BINTI ALI, SAM JASEECA BINTI SAM CHIH LONG, WEE WIN NIE, NOR HASHIDA BINTI ABD WAHAB, REKHA A/P RAJENDRAN, SHASSI KUMARAN A/L PACHIMUTHU, NOR AISHAH BINTI ABU SAMAH, MUHAMAD SYAZWAN BIN RAZALI, MUHAMMAD MUSA BIN SAMSUDDIN, MUHAMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAFARULA KHAN, MOHD AINUL FIKRI BIN MOHD SUFFIAN
DAN MOHD HASBULLAH BIN MT SAID

KREW:
NAN MUSTAQIM BIN NAN AZMIE, SITI ANISA BINTI WAHID, NADIA BINTI TEH, MOHAMAD SAIFULZAINI BIN NODERI, SITI SARAH BINTI WOZALI, SHANMUGA DEVI A/P PARAMESVARAN, NUR HAFIZAH BINTI MALIKI, SITI AISYAH HUMAIRA BINTI
NISAHAFUDIN, NURUL NAJWA BINTI ZULKUFFLY, NUR FARAHIN BINTI MOHAMAD, HAJAR AMIRAH BINTI AHMAD BUSTAMAN, NUR HAFIZAH BINTI MALIKI, NURUL SHAHIDA BINTI LUKMAN, NURAINI BINTI YAN, NUR AMIRAH BINTI MOHAMAD ZAINUDIN, NOR HASYIMAH BINTI MOHD YUNOS, SITI AFIQAH BINTI AB HAMID, INTAN SHUKRIAH BINTI ARIFFIN, WEE WIN NIE

PENGURUS PENTAS:
SALMAH BINTI EDI

PENGURUS TEKNIKAL:
MOHD NOR HAFIZ BIN MAZLAN

dengan kerjasama
ITEM SISWA BUDAYA IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (KOMPANG DAN BAND)



"AKU TIDAK RELA MENJADI HAMBA KEPADA ORANG YANG TAK BERJIWA HAMBA"





3 comments:

terokai seni said...

heee masa dajah 5 dengan 6 dulu ada la masuk teater skuloh.. doh tua-tua gini nok pegi pon maleh

Cikgu Amie said...

hehehe..jgn malas2 atau dunia teater akan terus mati...sy pn bukan nye pandai pn berteater baru je ikot sket2..hehe

Cikgu Amie said...

hehehe..jgn malas2 atau dunia teater akan terus mati...sy pn bukan nye pandai pn berteater baru je ikot sket2..hehe