Saturday, May 29, 2010

SIAPA????

Nantikan kemunculan teater absurd(teater moden) bertajuk "SIAPA?" yang akan dipentaskan pada 31 MEI 2020 sempena Malam Budaya Guru, Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Program bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Semua dijemput hadir.

Serba sedikit sinopsis "SIAPA?"(skrip & arahan FAZITA BINTI MOHAMMAD)

“ SIAPA?” mengisarkan sebuah kisah benar yang telah dijadikan sebuah artikel di dalam sebuah akhbar tempatan pada beberapa minggu yang lalu.Kisah benar ini menguraikan kisah kerenah guru yang menjadikan kemiskinan itu sebagai penghalang kepada muridnya dalam mengecapi kejayaan. Namun dalam pementasan kali ini, kisah ini diolah dan menjadikan persoalan "SIAPA?” sebagai satu isu dalam menentukan kerenah pihak mana yang menjadikan kemiskinan itu sebagai satu halangan di samping mempersoalkan siapa aku, kau, dia, kami, dan kita? SIAPA diri kita yang sebenar di dunia ilmu yang tidak kehabisan ini.

Faizal seorang pemuda 20-an, berkerjaya dan memperoleh hidup yang stabil. Dia masih lagi menyimpan dendam dan berprasangka buruk terhadap guru prasekolahnya, Cikgu Radziah. Cikgu Radziah telah melakukan kesilapan pada 20 tahun yang lepas dengan mencicirkan nama Faizal di dalam senarai penerima sijil pada Hari Graduasi Tadika Kemas Kampung Sungai Kertas. Faizal yang masih lagi tersentuh hati kembali merungkaikan kisah hitamnya itu apabila terbaca sebuah berita dari surat akhbar.

Berita tersebut menyatakan seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Malaysia yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi gagal mendapat slip peperiksaan hanya kerana ibu bapanya seorang pekerja kilang dan pemandu lori masih berhutang yuran sekolah sebanyak RM57.

Hayatilah kisah benar yang telah diolah dan divisualkan dalam bentuk teater absurd atau sinonim dengan istilah teater moden produksi terbaru GABUNGAN INSAN TEATER AFZAN.

TULANG BELAKANG

SIAPA?

SKRIP & ARAHAN:
FAZITA BINTI MOHAMMAD
PELAKON:
MUHAMMAD MARWAN BIN MAHADZIR sebagai FAIZAL
HASRAF FIKRI BIN FAUZI sebagai FAIZAL KECIL
FAZITA BINTI MOHAMMAD sebagai MAK
MOHD FAZRI BIN RAHIM sebagai AYAH
ASMA DIYANA BINTI ABDUL AZIZ sebagai ANAK
INTAN SHUKRIAH BINTI ARIFFIN sebagai CIKGU RADZIAH
NUR NABIHA BINTI TUKIRAN sebagai SHERRY

dibantu

ABDUL RAQIB BIN MD HANIPAH, MOHAMAD JAZLAN BIN JOHARI, NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI, SITI HALIZA BINTI ALI, SAM JASEECA BINTI SAM CHIH LONG, WEE WIN NIE, NOR HASHIDA BINTI ABD WAHAB, REKHA A/P RAJENDRAN, SHASSI KUMARAN A/L PACHIMUTHU, NOR AISHAH BINTI ABU SAMAH, MUHAMAD SYAZWAN BIN RAZALI, MUHAMMAD MUSA BIN SAMSUDDIN, MUHAMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAFARULA KHAN, MOHD AINUL FIKRI BIN MOHD SUFFIAN
DAN MOHD HASBULLAH BIN MT SAID

KREW:
NAN MUSTAQIM BIN NAN AZMIE, SITI ANISA BINTI WAHID, NADIA BINTI TEH, MOHAMAD SAIFULZAINI BIN NODERI, SITI SARAH BINTI WOZALI, SHANMUGA DEVI A/P PARAMESVARAN, NUR HAFIZAH BINTI MALIKI, SITI AISYAH HUMAIRA BINTI
NISAHAFUDIN, NURUL NAJWA BINTI ZULKUFFLY, NUR FARAHIN BINTI MOHAMAD, HAJAR AMIRAH BINTI AHMAD BUSTAMAN, NUR HAFIZAH BINTI MALIKI, NURUL SHAHIDA BINTI LUKMAN, NURAINI BINTI YAN, NUR AMIRAH BINTI MOHAMAD ZAINUDIN, NOR HASYIMAH BINTI MOHD YUNOS, SITI AFIQAH BINTI AB HAMID, INTAN SHUKRIAH BINTI ARIFFIN, WEE WIN NIE

PENGURUS PENTAS:
SALMAH BINTI EDI

PENGURUS TEKNIKAL:
MOHD NOR HAFIZ BIN MAZLAN

dengan kerjasama
ITEM SISWA BUDAYA IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (KOMPANG DAN BAND)



"AKU TIDAK RELA MENJADI HAMBA KEPADA ORANG YANG TAK BERJIWA HAMBA"





Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 2010


Bermula 31 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010, satu sambutan Hari Guru akan diadakan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Butiran aktiviti adalah seperti dibawah:

SUKAN HARI GURU
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Tarikh : 31 Mei 2010
Hari : Isnin
Aktiviti :

Petanque
Tempat : Gelanggang petanque
Penyertaan : PISMP SEM 5 & 7

Bola Tampar
Tempat : Gelanggang bola tampar
Penyertaan : PISMP SEM 1 & PPISMP SEM 2

Futsal
Tempat : Padang Hoki(lelaki)&Gimnasium(perempuan)
Penyertaan : PISMP SEM 3

MALAM BUDAYA GURU
PERINGKAT IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Tarikh : 31 Mei 2010
Masa : 9 malam
Tempat: Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Aktiviti :

Persembahan Puisi
Persembahan Teater Absurd-Siapa??? (Karya Fazita Mohammad)
Persembahan Pensyarah

SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN



Tarikh : 1 Jun 2010
Masa : 8 pagi
Tempat: Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Aktiviti :

Bacaan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Bacaan ikrar Hari Guru
Persembahan Koir
Ucapan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Ceramah bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Lipis
Penyampaian hadiah

*Semua warga IPG dijemput hadir


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Taman Negara Kuala Tahan Siri 2

Ni ada lagi sambungan pic yang sempat aku amek time kat Taman Negara 2. Pic yang diamek time ari kedua kat sana.



-semut senggora lebih besar dari semut biasa dan kerengga(kalo kene nih...peh....sodap)-


pic bird view-dari atas canopy walkway (kering ati aku jalan atas ni, tp still bajet brani amek2 gambo dr ats ni...heee)





-tengah jalan2 tetibe ternampak percikan air dari celah kayu, rupenye paip bocor)-



-ape tah name die lupe lak....tapi sgt busuk..huu-










Pic chalet ni kat depan ngan Mutiara Taman Negara nye tmpt mkn



-time nak daftar lesen amek gambo RM5 untuk 1 bulan-


-take nothing but photographs, leave nothing but footsteps-


-ulat bulu chumil-

Kat Jeti Taman Negara...resort yang ktorg duduk 2 kat tebing sebelah yang dalam gambo ni lah



-katak yang berjaya dikesan di dalam beg camping(die ikut skali msk utan ke???ke aku yg bwk blk die..??huuu)-


-Resort yang ktorg nginap-


Sebelum balik kite bergambo le dulu yek...hehehe

Friday, May 28, 2010

----tak tau nak tulis pe----

emm....bila time exam otak serabut sibuk nak study...asek tanya ja bila nak abeh.bila da abeh exam otak masih serabut jugak r...dok pikiaq nak buat pa...hohoho Arini lak aku jadi single tanpa roomate terchenta disisi..adusss bosan yer...nak tulis entry xtaw nak tulis pasai pa lak. Dalam dok jelajah laptop jumpa la 1 koleksi gambar time p Taman Negara Kuala Tahan thn lepas.So saja la nak share kat sni....kalo ada komen ke apa ke dipersila kan ye...

*sila jangan percaya dengan waktu yang dinyatakan pada gambar itu

Tarikh : 13-15 April 2009
Tempat : Taman Negara Kuala Tahan, Pahang
Program : Kembara Visual Unit Pendidikan Seni Visual











emm....bila time exam otak serabut sibuk nak study...asek tanya ja bila nak abeh.bila da abeh exam otak masih serabut jugak r...dok pikiaq nak buat pa...hohoho Arini lak aku jadi single tanpa roomate terchenta disisi..adusss bosan yer...nak tulis entry xtaw nak tulis pasai pa lak. Dalam dok jelajah laptop jumpa la 1 koleksi gambar time p Taman Negara Kuala Tahan thn lepas.So saja la nak share kat sni....kalo ada komen ke apa ke dipersila kan ye...

*sila jangan percaya dengan waktu yang dinyatakan pada gambar itu

Tuesday, May 25, 2010

<----penangan loghat---->


Salam sume....hari ni...aku nk tulis entry santai-santai jep. Crite nye pasal pengalaman idop aku dengan penangan loghat yang penah aku alami sepanjang 21 tahun dilahirkan ke dunia.

Ok crite yang pertama berlaku time aku balik kampung sebelah mak aku. Mak aku ni orang jauh....orang Bumi Kenyalang. Kampung Meranek nama kampung tu, kat Kota Samarahan. Satu ari di bulan Ramadhan mak aku sroh beli ubi kentang. Aku pun pi la Kedai Haji Taha yang letaknye beberapa langkah jek dari pintu umah nenek(atok lelaki sebenarnye) aku tu.



Lokasi: Kedai Haji Taha, Kampung Meranek, Kota Samarahan, Sarawak

Amie : Assalamualaikum
Orang Kedai: Wa'alaikumussalam. Kau anak dak ayong ke dak ena? bila pulang sitok?
Amie : Anak dak ayong. Pulang bah hari marek.
Orang Kedai: Aok. Nak meli kah?
Amie : Aok. Nak kentang seringget(sebut loghat utara)

Orang kedai tu pun bagi la aku kentang 1 biji dan aku pun ngan slember nye membayar dengan not RM1.

Orang Kedai:Sik da duit kecik kah???
Amie :Sik

Orang kedai tu pun masuk dalam. Aku pulak dengan laju nye tros blah balik umah n bagi kentang kat mak aku. Mak aku tanya "Awat 1 ja...mn lagi???" aku jawab "Ntah pakcik tu bagi satu ja". Mak aku cakap lagi "Ish....takkan kot". Aku jawab "betoi la". Tetibe aku dengar suara orang kedai tu bagi salam. Mak aku pun pi la tengok. Dorang cakap-cakap bahasa dorang kejap sambil mak aku gelak-gelak. Aku yang dok skodeng dengar tapi tak brape jelas tu pun mula nek heran. Abes je dorang cakap-cakap aku pun terjah mak aku.Die apa lagi gelakkan aku macam nak rak. Aku ingat pasai pa. Rupa-rupanya ada orang yang xbrape reti cakap melayu srawak da tersalah cakap kt orang kedai tu. Dan orang nya adalah aku lah. Sengal btol. Rupe-rupe nye tanpa aku sedar aku telah mem pronoun perkataan serinnget dengan loghat utara n orang kedai tu pulak dengar macam sigek. Kat sana sigek tu ialah satu. Sebab tu lah aku dapat kentang tu satu. Adess....bunguks jugak aku nih..hehehe


:::::: sigek VS seringget ::::::


Crita kedua berlaku time aku mula masuk IPG. IPG aku ni letaknye kat Kuala Lipis, Pahang. Kantin tempat aku selalu makan tu owner die orang Kelantan so memang biasa lah kalo berkomunikasi gune bahasa Klantan neh. Tapi bagi orang luar macam aku neh...mula-mula sampai macam tercangak-cangak la jugak nak paham kan hehehe....maka berlaku lah ketidakfahaman bahasa==>pending!


Lokasi: Kantin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Amie: Abe mie, brape nih teh ais?
Abe : 3 amah
Amie :Hah...3 amah apa2???
Abe : Hahahaha

Rupe-rupe nye 3 amah tu ialah RM1.50
*note:1 amah = 50 sen
3 amah = RM1.50



Crite ketiga jugak berlaku time kat IPG. Kat sni aku ada la member sorang budak Pahang. Die memang suke cakap Pahang kalo ngan aku. Satu hari kat kantin time nak beli nasi lemak dia tanya:

Bdk Pahang : Hai
Amie : Hai
Bdk Pahang : Sorang jek ke??? Mn rhodong aok??
Amie : Hah.....rhodong. Rhodong pa???Awat nak pi mana?
Bdk Pahang : Nape? Nak pegi mn?
Amie : Tadi awk ckp. Rhodong mn?
Bdk Pahang : Owh...mn rhodong aok?
Amie : Ok miscomunication.....hehehehe

Sebenarnye dalam loghat utara rhodong tu maksud nye redah. Slalu gune kalo nak cari arah tempat. (tapi penggunaan die tak spesifik untuk cari tempat je tapi pelbagai guna lagi untuk yang bersesuaian-susah nak crite kat sini sume...ngeee~~)

Rhodong dalam loghat Pahang or lagi spesifik area Temerloh, Lipis,Jerantut bermaksud kawan.



Crite keempat berlaku bila aku mula berkawan pulak dengan orang Terengganu.

Masa : Lepas maghrib
Lokasi: Hostel

Bdk Terengganu : Mu nok gi mn???
Amie : Nak p makan kat kafe
Bdk Terengganu : O....mu makang lalu ke bukuh?
Amie : Makan lalu? Lalu pa? Aku makan apa pun mmg lalu asai sedap.
Bdk Terengganu : Bukan, mu beli makang lalu ke bukuh?
Amie : Makan lalu pa neh???tak paham la wei...
Bdk Terengganu : Gini...mu g kafe makang situ ke bungkus makan kt atas?
Amie : O....maap yep...hehehehehe aku makan situ...
Bdk Terengganu : Owh....hehehe dak ape.


Crite kelima ni pulak al-kisah time aku mula-mula dapat rumet orang Johor. Mase minggu orentasi die ada cakap ngan aku:

Lokasi: Hostel
Masa : Lepas parents aku balik anto aku

Rumet ku: Awk nnt nk g dewan saing eh...
Amie : (buat muke senyum tige sambil berkate dalam ati budak ni nak pi dewan pun nak bersaing ngan aku ke?gila ka pa.Bukan nya lari pun dewan tu...paling kuat pun sampai lambat je pun....ish3)

Sampai je masa nye nak ke dwn aku pun tunggu die n pergilah kami ke dewan bersama-sama. Time tengah jalan jumpe lagi geng budak johor n budak tu pun cakap "ee..eh...nak g saing lah...bole kn?" Rumet ku pun menjawab " jomlah". Lalu aku pun tersengih faham. Rupe-rupenye pergi saing tu maksud nye pergi bersama-sama.

Crite keenam ni kisah kenangan aku mula-mula bengong-bengong lagi ngan bahasa Melayu Sarawak. Mase tu umo aku ada la kot dalam lebey kurang darjah empat kot. Berlaku sari lepas ktorang sampai kt kampung. Macam besa aku ngan adik-adik n cousin aku yang peramah neh p lah berjalan kat umah jiran sebelah umah nenek aku. Name die cik mi. Ktorang memang baik ngn die. Kalo balik kampung je mesti lepak umah die. Kalo tak singgah walau sekejap tu memang macam tak sah. Ok cite nye gini:

Lokasi: Umah cik mi
Masa : Petang

Cik mi : Sronok sik naik belon?
Amie : Naik belon?
Cik mi : Aok lah. Naik belon datang sitok?
Amie : Eh...cik mi, kami tak naik belon lah kami naik kapal terbang. Kalo naik belon bila nak sampai. Lagi pun belon mana bleh naik.
Cik mi : (Gelak nak terkeluar perut)
Amie : Cik mi ni kenapa. Dah la gelak sorang-sorang plak tu.
Cik mi : Chumi...belon tu kapal terbang lah. Orang sini panggil kapal terbang tu belon.
Amie : Mana la taw...hehehehe

Sampai sekarang aku ingat....sebab kalo balik je nnt die tny "chumi datang sitok naik belon ke kapal terbang?"....(janji saya-saya mahu menguasai loghat ibunda mama saya....hehehe)


VS




Crite yang last ni plak berlaku paling latest. Time aku bawak balik member aku balik umah awal tahun ritu untuk SBE a.k.a PBS(Pengalaman Berasaskan Sekolah) Pagi-pagi tu aku cakap la kat member aku "korang nak brekfes tu roti ada la kat atas meja kat bawah tu dah lambat ni". "Ok" Aku pun p lah bersiap-siap untuk p SBE. Turun je bawah member aku pun cakap:

Member ku: Ktorang tengok roti xde pun. Tapi biskut jagung ni adalah.
Amie : Hehehehe...lupe plak kt sni biskut memang orang panggil roti.
Member ku: OOO....

Hehehe..tulah slama kt IPG dok control sgt loghat blk je ghumah..tros kuaq sume loghat yg t'pendam...




VS




Jadi ini lah kisah nye liku-liku hidup yang aku tempuh sepanjang 21 tahun diberi peluang bernafas kat atas dunia nih....macam-macam dah aku rasa...tapi ni tak bermakna aku serik menjadi perantau. Aku taw ada orang yang pengalaman nye jauh lebih besar dari aku. Lebih jauh dah yang die dah p tapi semua kisah ni akan tetap jadi kenangan dalam hidop aku. Jauh perjalanan luas pemandangan. Tak lama lagi pulak aku pun dah nak posting. Cewah tak lama lagi...pada hal ada lagi 2 tahun...huhu Hope sangat-sangat dapat posting kat sabah atau sarawak. Nak pulak rasa jadi perantau kat sana. :) hehehe.....ok dah panjang sangat aku celoteh nih...sampai sini dulu yek...nanti kite crite lagi pasal crite lain pulak eh...okIE!

Monday, May 24, 2010

.::fuhhhh..let's chill::.

yESS!!!!abes sudah exam PSV yang sangat-sangat ditakuti sampai menyebabkan 2 malam tido aku x lena....fuhhhhh.......lega la sikit.

Tutup buku itu buka fail itu. Sebenarnye tutup buku PSV buka fail anatomi. Em....esk exam anatomi dan fisiologi. Study2....study la amie....hehehe xpe2 kite karaoke jap eh....layannnnn....


.::Cinta Antara Kita ----> Duta ft Baizura Kahar::.

Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu

Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….

Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu

Mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu

Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….

Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...




ok2....stop2....hujan nnt...ngeee~~~~
cukup dulu untuk ari nie....

Sunday, May 23, 2010

aku da terkene ke hah...????


hahaha....tajuk nak best je kn....sebenarnye aku xkena pape pn tp juz kene tag jep....ini sume gara-gara memiliki rumet sorang blogger. Die ada bwt satu entry pasal 23 mengenai Cik Fafa Shumel dan telah men tag aku di entry tu. Sebenarnye ni 1st time neh aku kene tag. Sepanjang jadi blogger satu tahun lebih x penah lagi aku kene tag. Ok xmau citer panjang-panjang jom catch it

.:: 23 about me ::.

  • em...nak mule ngan ape eh???ok nama kot...nama diberi --->N.U.R A.M.E.L.I.A S.Y.I.R.E.E.N B.I.N.T.I J.A.M.I.N.K.H.I.R.I, panggil jek aku AMY
  • umor aku tahun ni 21 tahun (tapi blom lg tggu bulan 9 eh)
  • mulut slalu cakap suke warne biru tapi naluri aku slalu pilih warna kuning
  • sangat gila akan cheese cake n cheese tart
  • ada kasut sukan saiz 3
  • aku rase marah kalo orang cakap aku jiwang tapi tu la hakikat sebenarnye....keh3
  • sorang yang sangat banyak cakap tak henti2 kecuali kalo tido
  • alergic akan sayur-xleh telan r...huuu
  • sangat lembab kalo makan-kire butir nasik kot agaknye
  • baru bine playground dalam hati 1 bulan yang lepas--mudah-mudahan xretak
  • classmate aku cakap aku jalan cam gangster tapi dorang tak taw aku ni ayu orang nye...hehehe
  • pernah dapat gelaran si tikus time kat PLKN tapi msk IPG pn aku still dpt gak nama2....adess...
  • ada 1 bantal busuk yang dibuat bersame rumet, die sponser kan kapas....shuwet gitu...hahaha
  • aku tersangat lah x leh tido kalo xde kain....peluk towel pn jd lah asal kan bende tu kain
  • sangat suke minum ribena lemon-->sedap wooo...
  • muke cam ganas tapi tak reti bawak motor--->tu kata2 adik aku yang best utk aku (wa takut jatuh ma....aiya...)
  • tak suke sakit n sangat takut untuk sakit--->sbb sakit tu sangat sakit
  • perkara paling sengal pasal aku bila malu nak pakai bedak sampai nak kene sorok dalam locker....hahaha ngeks btol time2....
  • budak cos Pendidikan Seni Visual
  • a teacher to be N daughter to teachers
  • minat seni Photography n simpan angan-angan nak beli DSLR.....nnt la eh...tggu kaya sket...hehehe



Friday, May 21, 2010

Yesss!!!Saya da jumpe resepi nye....

Salam semua....;) em...aritu saya ada buat entry pasal Sambal Hitam Ikan Bilis Kuala Lipis kn, tapi xde resepinye. Tadi berkesempatan menjelajah blog orang tetibe terjumpe lah resepi ni. Tapi tak tau lah betul ke tak.Harapnye betul lah...hehe


Ok..Secara asas, berikut ialah resipi sambal hitam:

-Belimbing buluh (direbus dengan garam sehingga kehitam-hitaman, dibuang airnya)
-Ikan bilis
-Lada
-Minyak masak
-Bawang merah

Belimbing buluh yang sudah direbus (biasanya antara satu hingga dua jam, bergantung kepada kuantitinya) dituskan airnya. Belimbing yang bertukar warna coklat kehitam-hitaman ini digelar asam belimbing.Tumbuk ikan bilis sekadarnya jangan sampai hancur lebur. (Tumbuk dalam lesung batu ya, bukan guna penumbuk tangan) Masukkan lada sepedas yang dikehendaki. Tumbukkan bawang juga. Akhirnya masukkan asam belimbing yang memang sudah masam. Tumbuk atau lenyek sahaja dengan antan lesung batu sebab belimbing tu sudah sedia lembik pun. Garam tak perlu dimasukkan sebab asam belimbing sudah dicampur garam. Namun jika belum mencapai tahap leleh yang dikehendaki oleh air liur, boleh saja tambahkan garam.

Panaskan minyak masak dalam kuali. Semua bahan tadi dimasak sehingga naik aromanya. Selepas itu bolehlah dihidang dan dimakan bersama lauk-pauk yang lain. Menariknya, statusnya sebagai sambal kerap dinaiktarafkan sebagai lauk utama. Sambal ini juga boleh tahan untuk beberapa hari tanpa dingin beku. Jika disimpan dalam peti sejuk, lebih lama tahannya. Ada juga orang memakan sambal ini secara mentah sahaja atau makan dengan pelam. Memang leleh...huuu

*Awas, jangan makan berlebihan. Impaknya sama macam makan sambal belacan...


Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada
http://fazleey.blogspot.com untuk tajaan resepi di atas.





::belimbing buloh::

Antara, aku, ombak, laut dan malam


Antara, aku, ombak, laut dan malam
punya satu rahsia...
padanya pernah ku tebarkan nafas cinta...
padanya pernah ku bisikkan nada bahagia...
padanya pernah ku ungkap sejuta rasa...
namun malam tetap gelap...
dan ombak terus bergelora mengalun irama cinta...