Saturday, September 12, 2009

Sekadar berkongsi

Bila namanya dok hostel ni mcm2 yang teringin nak makan kan. Tambah plak bulan posa skrg ni...erm...apa yang senang dan sedap untuk di makan eh????

Ha...apa lagi kalo bukan roti sardin a.k.a sardin roll. Mudah, senang dan cepat. Guna rice cooker pn boleh....huhu. Kat sini kome ada 1 resepi istimewa yang nak dikongsi dengan aok semua. Resepi ni sebenarnya telah di kidnap dari si nadia...hehe So bleh la try ek...


Bahan-bahan

* roti 10 keping
* sardin 1 tin kecil
* bawang besar 1 labu
* bawang putih..tumbuk lumat/cincang
* tomato 1 biji (dipotong dadu)
* serbuk cili 1 sudu (ikut selera kalau nak pedas lebihkan cili)
* sedikit sos (ikut selera)
* garam secukup rasa
* tepung satu sudu campurkan dgn air
* telur 2 biji(untuk salut serbuk roti)
* biskut cream craker (untuk buat breadcrumbs)/boleh juga ditambah dengan oat yang telah dipanggang.

Cara-cara

1. Tumis bawang besar/putih/serbuk cili sampai harum. masukkan sardin yang telah dibuang tulang dan dihancurkan serta kacau. Masukkan tomato.
2. Ambil roti , kukuskan sehingga agak lembut dan potong bahagian tepi yang kaler coklat, gilingkan dgn mengggunakan penggiling biskut sampai penyek.
3. Letakkan sardin kat tengah roti yang sudah digiling kemudian gulung ... lekatkan hujung roti supaya tidak terbuka dgn tepung yang telah dibancuh dgn air.
4. Salutkan dengan telur dan golekkan di atas breadcrumbs. Pastikan telur tidak terlalu banyak.
5. Goreng sehingga keperang-perangan. Siap untuk di hidang.


Tara...senang kan....

1 comment:

SaRa_wo Sensei said...

korang sumer...
resepi nie mmg sedap;
serius..mmg kena cuba
amy..lepas nie sila masakkan tuk aku lak ya..hari tue pizza
nak rasa roti sardin lak amy..
kikikik=p