Thursday, May 13, 2010

kAmu kecil?????



em...."untungnye bertubuh kecil". Tulah tajuk artikel yang aku jumpe dalam majalah remaja keluaran 1 MEI 2010. Saje je nak kongsi ngn korang sume sebab nye aku pn bole la dikategorikan antara manusia-manusia yang bertubuh kecil(kot)....hehehe. Jom2 baca...best ni....


A : "Saya rasa awak tak patut buat macam tu."
B : "Apa masalahnya budak ni? Hey, kau tu dah lah kecik, duduk diam-diam la!"

Pernahkah kamu mengalami situasi begini? Jika pernah, pastinya kamu seorang yang bertubuh kecil di kalangan teman-teman kan....? Tak perlu risau, bertubuh kecil bukanlah satu penghalang untuk kamu terus yakin dalam memberikan pendapat. Perlu diingat, "kecil tak bererti tak kuat!" Ikuti tip yang membolehkan kamu mewujudkan semula rasa yakin dalam diri walaupun bertubuh kecil......

:: usah terus rasa kecil ::
Memandangkan kamu seorang yang berpendidikan tinggi, semestinya kamu dapat bezakan mana yang wajar dan mana yang tidak. Jangan kerana tubuh yang kecil, kamu terus mengundur diri sebelum mengemukakan pendapat. Kamu harus yakin, bangkit ke hadapan dan suarakannya! Sekiranya pendapat masih juga ditolak, fikirlah secara positif agar kamu boleh mencuba pada waktu lain. Harus ingat, semasa menyuarakan pandangan, tunjukkan muka dengan penuh keyakinan supaya teman-teman lain 'nampak' akan kewujudan kami!

::kekal muda selalu::
Banyak istilah dan nama yang boleh menjadi gelaran kepada kita. Ada yang kata kecil,genit, comel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ambil semua gelaran itu sebagai pujian. Lagipun, tidak semua orang dapat rasa apa yang kamu akan rasa kan. (Saya pun penah ada nama gelaran -->si tikus...ouhhh...huk3) Kamu seharusnya bersyukur kerana kamu akan sentiasa kelihatan muda kerana rupa kamu yang seakan-akan budak sekolah. (Hati-hati ye...jangan sampai kene ngorat ngan budak sekolah sudah lah....sbb saya penah alaminya...hehehe). Tetapi, jangan kerana terlalu seronok nampak muda, kamu tak jaga perangai pula. Jangan bersifat terlalu keanak-anakan kerana kebanyakan orang di luar sana lebih senang berdamping dengan individu yang berfikiran matang. Seimbangkannya ya.....

::kerusi VIP::
Berkat bertubuh kecil, kamu mampu mendapat tempat duduk khas di depan. (hahaha....slalu mcm2)Teman-teman kamu yang lain pun tidak akan bising kerana pandangan mereka tidak terjejas sama sekali. Malah, mereka akan menyuruh kamu terus duduk di situ. Selain itu, kedudukan kamu di depan membolehkan kamu lebih mudah dikenali para pensyarah. Seakali gus, senang untuk kamu baik dengan mereka. Kata orang, sambil menyelam minum air.... Tetapi, kamu juga ada satu lagi kelebihan. Jika kamu tidak ada 'mood' pada hari tersebut, kamu boleh juga duduk di barisan tengah ataupun belakang. Dalam hal ini, kamu pasti terselamat dari ditanya soalan kerana pensyarah tidak akan perasan kamu di mana.

::laluan mudah::
Memiliki susuk tubuh yang kecil sememangnya memudahkan perjalanan kamu di mana jua. Ketika pensyarah memanggil kamu untuk ke depan, kamu tak perlu menahan nafas sambil lalu di celah-celah kerusi rakan-rakan. Dengan mudahnya kamu mampu menyelit dan lalu tanpa mengganggu mereka yang sedang khusyuk belajar. Bukan itu saja, kamu juga mempunyai kelebihan apabila berada di kafe, kantin dan sebagainya. Kamu tidak perlu bersusah payah menunggu sambil beratur panjang, terus sahaja menyelinap ke sana sini.(yep.....setuju....hik3)

::jadi tumpuan::

Ini merupakan bahagian yang paling menarik untuk kamu yang bertubuh kecil! Walaupun sering kali diusik teman-teman, mereka tetap sayangkan kamu. Buktinya, jika ingin menaiki bas, pasti kamu yang disuruh naik dahulu kerana khuatir akan tertinggal. Kemudian, jika kamu memegang barang yang banyak, mereka akan menawarkan diri untuk membantu (jangan amek kesempatan pulak yek). Kamu juga mempunyai kelebihan apabila berada di perpustakaan. Sekiranya tangan kamu tidak sampai untuk mengambil buku di rak, pasti ada orang yang akan menghulurkan bantuan. Untung-untung dapat 'mamat handsome'! (hahaha...ada ke cm2....).





5 comments:

SaRa_wo Sensei said...

hahahha....
aku suka info kedua tue...hehehhe
tapi kan amy..kalu kita beratur aku depan sket dari hang..
hurmm...
agak-agak aku dalam kelompok nie jugak x?????
ngeh..ngehh...ngehhh

cikgu amie said...

xde mkne nye....lebey kurg jek

Mr. Asada said...

hahaha.. si kecik..

x leh blah yg last tu, jd tumpuan? bukan org tak nmpak ke? dah kecik sgt.. hihi :P

cikgu amie said...

ele...jeles r tu....kn2??

phyca antares said...

nak tambah sikit..
orang bertubuh kecil sentiasa rasa puas tidur dan bergolek2 atas tilam.besor gile rasa.mmmm~