Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru semua....

Dikesempatan tanggal 16 Mei 2010 ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU yang ditujukan khas buat semua pendidik, bakal pendidik dan juga pendidik yang telah bersara. Kelahiran mu adalah satu anugerah. Sama seperti tema Hari Guru tahun ni
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


----------------------------------------------------------------------------

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

---------------------------------------------------------------------

No comments: