
Ok bahan-bahan nye ialah :
Bahan A
200gm mentega
260gm gula
2gm garam(tak letak pun takpe)
28gm susu tepung
28gm serbuk vanilla aiskrim
Bahan B
2 biji telur gred A
Bahan C
300gm air
1 sudu teh esen vanila
Bahan D - Diayak bersama
400gm tepung superfine
20gm serbuk penaik
Bahan E
Coklat Cadbury (ikut suka banyak mana)-patah-patahkan menjadi kecil-kecil
Coklat cip
Coklat masakan
2 sudu Shortening
Badam cincang
Coklat urai(chocolate rice)
Cara-caranye ialah:
- Pukul bahan A sampai kembang
- Masukkan telur satu persatu. Selang-selikan bahan C dan D
- Setelah siap gaulkan coklat cip ke dalam adunan.
- Sudukan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas. Taburkan kiub coklat cadbury ditengah dan tutup coklat tersebut dengan sedikit lagi adunan. Pastikan adunan hanya 1/3 penuh sahaja supaya mudah apabila hendak menghias nanti. Jika adunan terlalu penuh, kek cawan yang masak akan menjadi terlalu tinggi dan melimpah keluar. Ini agak merugikan kerana kita perlu memotongnya sama paras dengan cawan kertas sebelum dihias.
- Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
p/s:AWAS jangan sekali-kali pindahkan adunan kek cawan ini menjadi kek blok kerana adunan ini tidak sesuai untuk dijadikan kek blok.

Maaflah andai kata hiasan pada kek yang saya buat nih tak cantik...al maklumlah saya budak baru belajar....
Mudahkan...so Slamat mencuba
3 comments:
nanti klu kau buat lg bagi aku ehh? hahaha...
ko ckp je nk topping cane....xde hal lah....hehhee
Post a Comment