Monday, December 7, 2009

Lagi crite Pulau Pinang

Bagi penduduk Pulau Pinang sudah semestinya arif dengan satu aktiviti wajib bagi setiap akhir tahun di Pulau Pinang. Apa aktiviti tu???Ha….ni lah yang dikatakan sebagai Pesta Pulau Pinang. Pesta ni lebih kepada ekspo perdagangan yang akan diadakan setiap tahun di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ekspo perdagangan ini biasanya diadakan selama sebulan atau lebih pada akhir tahun iaitu antara akhir bulan November sehinggalah akhir bulan Disember. Pesta ni yang telah diadakan sejak zaman dulu lagi setiap tahun bermula pada tahun 1960-an. Biasanya terdapat banyak badan-badan korporat yang akan mensponsor ekspo ini termasuklah Kementerian Pelancongan dan juga beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dan membuka gerai-gerai jualan. Pelbagai bentuk pameran juga turut diadakan di Pesta Pulau Pinang seperti pameran buku oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, Pameran Kementerian Perlancongan dan banyak lagi.
Selain pameran dan gerai jualan di Pesta Pulau Pinang juga turut menyediakan hiburan seperti permainan outdoor dan indoor. Antara permainan indoor yang disediakan ialah permainan karom, permainan catur dan lain-lain permainan pendidikan yang boleh disertai di dewan. Permainan outdoor yang boleh dicuba di sini pula lebih kepada permainan untuk berhibur seperti marry go round, topgun, bumper car dan banyak lagi. Pada hari tertentu pula terdapat beberapa konsert yang akan diadakan mengikut tarikh telah ditetapkan. Selain itu terdapat juga satu acara besar yang merupakan acara wajib bagi Pesta Pulau Pinang iaitu Miss Pesta Pulau Pinang beauty pagent. Walau bagaimanapun acara ini hanya dibuka untuk peserta bukan Muslim sahaja.



Untuk masuk ke pesta ini bayaran yang akan dikenakan hanyalah RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk pengunjung kanak-kanak. Bagaimana nak ke sini???? Senang saja…anda boleh gunakan Rapid Penang. Bas no 301, 302, 303, 304, 306, 307, 401, 502, U704 dan U705 yang melalui sama ada Jalan Sungai Dua atau Jalan Sultan Azlan Shah yang akan berhenti di stesen bas berdekatan dengan tapak Pesta.

No comments: