Friday, August 12, 2011

Istikharah Cinta

Assalamualaikum readers, followers n bloggers...tadi sudah mau tidur tapi, mata tak mahu pejam. Lalu membuka Facebook. Ternampak status teman yang di update dengan ayat Istikharah Cinta. Lantas terdetik utk m'update blog dengan tajuk itu...

Emm..anda pernah dengar istikharah?
Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan...[selalunya dibuat melalui solat sunat istikharah la]

dan selalunya kita istikharah untuk meminta petunjuk Allah dalam menentukan hala tuju hidup kita atau dalam membuat pilihan...

dulu-dulu, waktu zaman 'muda-muda' lagi, waktu sekolah lah kan, selalunya buat solat istikharah nak masuk sekolah menengah yang mana...Alhamdulillah...waktu tu rezeki dapat banyak tawaran yang best2... Hasil istikharah sekolah di pilih.

kemudian, habis sekolah, buat istikharah nak masuk matrik ke, terus pergi U ke atau masuk IPG a.k.a maktab...

sekarang, istikharah lagi untuk buat pilihan hidup...khususnya bagi remaja seusia ku yang mahu membuat pilihan 'teman hidup'..‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh dikatakan di sini – istikharah cinta..


dalam berfikir tentang Istikharah Cinta [tp blom berniat untuk melakukan :)] membawa aku kepada sebuah petikan lirik lagu. Lepas baca berkenan dengan lirik lagu di bawah ni, tajuknya Istikharah Cinta...blom berkesempatan utk mendengar cuma membaca liriknya saja. InsyaAllah mudah-mudah pilihan aku tepat bila sampai masanya nanti... :)

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Meneka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta..




Saturday, August 6, 2011

Their Birthday



22 nd Birthday Celebration for both of my best friend

Yesterday
06 AUGUST 2011
was her birthday



and

Last week
25 JULY 2011
was her birthday


Happy 22nd Birthday
May Allah Bless both of you dear...

Nukilan Pagi Ahad


Kuala Lipis Duniaku

Sungguh, aku rindukan kenangan itu
Pertama kali ku menjejakkan kaki
Hati ku menidakkan
Berteka-teki didalam jiwa
Hati ku resah semakin gelisah
Bermain-main di minda
Mampukah ku lalui liku hidup ku disini

Namun kini nyata
Semuanya baik-baik saja
Aliran Jelai yg deras menggamit mataku
Kehijauanmu menyejukkan hatiku
Menyegarkan mindaku
Gemersiknya keriangan cengkerik
setia berlagu indah
memainkan simfoni warna alam

kemerduan siulan si burung
mengiringi sahutan melodi sang unggas ceria
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta


Kuala Lipis menggamit pesona rinduku

Keindahanmu,kesejukanmu dan ketenanganmu!




Saya rindu kawan-kawan gula-gula hidup sy...dh lama x jumpa borak lama2...makan-makan gelak-gelak. If jmpa pn sembang-sembang kejap je pas2 sume org pn dh nk gerak blk ke skolah masing-masing. Even juz 2 month kesunyian amat terasa buat sy yg di tinggalkan di hostel nih...huhuu Kepada Fatin, Shalina, Zulaiha, Najwa, Nadia, Nadia Farhah, Erny Yusnira, Suhada, Sarah, Fazilah, Fazita, Hakimah, Naqiudin, Saifulzaini,Firdaus, Arham, Shanmuga n Ananthi selamat meneruskan praktikum yer kawan-kawan, tggl 3 minggu je lg...hope everything will be fine n finish wif great moments n experiences there.

note:ini hanyalah nukilan bangun tidur, sila abaikan seandainya ad yg kurg di mana2...Mode terasa nak bersajak pulak setelah sekian lama meninggalkan...huhuu


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Kareem 1432

Jika ketenangan dan keredhaannya yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga suatu masa,kita akan rasa indahnya Tawakal kepadaNya. Itulah nikmat dalam jagaanNYa.

pesan imam Al-ghazali...yang dkat itu mati, yang jauh itu msa, yang indah itu solat...yang mnyucikan dri itu puasa..
Allahhumabariklana fie Ramadhan.Salam Ramadhan Kareem.. ^_^

Friday, July 29, 2011

*Oh Macaroon!

Assalamualaikum semua... :)


*Oh Macaroon!macaroon...macaroon..macaroon....sana sini sekarang sebut pasal macaroon. Sampaikan iklan kt Nuffnag dlu pn pic macaroon nih..

Macaroon 2 apa?

Macaroon ni sejenis kudapan manisan orang Perancis yang diperbuat dari ground almond, caster sugar&white egg. 2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich.

Apa rasa macaroon ye?

Rasanya crispy kat luar chewy kat dalam tu...bila kita gigit rasa crispy lepas2 kat dalam rasa chewy dan melty gitu..kat tengah ada filling...ada variety filling..dgr je pn dh mengancam kn...


xpenah lagi rasa...xtaw nk beli ktne...last2 aku tanya pakcik Google lah...pe lg kn...die pn keluarkan alamat blog ni http://cikmin.com/macarons/. Aku pun view r...pergghhh xtahan tgk...cute giler..dh la warna striking...yg pastle 2 plak nmpk soft jek...


tgk ni

l

l

v

*ini pic semua ai pinjam cikmin punya..heheee





*p/s:sy pn berhajat nak order lah raya nih kt cikmin...hehehee



Thursday, July 28, 2011

Truly from Kuala Lipis


Kuih lompat tikam.

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan,gula melaka atau gula kabung.Tujuan dimakan bersama gula melaka tu adalah kerana kuih tersebut tawar tiada gula yang diletakkan sewaktu memasaknya tapi bila dimakan bersama gula melaka baru la terasa manisnya.

Lompat tikam yg terdapat di dalam gambar ini telah dibeli di pasar malam Taman Perwira, Kuala Lipis pada hari selasa yg lepas. Rupa kuih lompat tikam ini sedikit agak berbeza kerana tidak mempunyai lapisan berwarna putih kerana lapisan putih tersebut telah diganti dengan santan cair. Kepada yang ingin mencuba bolehlah membelinya di pasar malam kuala Lipis pada hari esk. Sesungguhnya nak cari yang ada pulut pink 2 sgt susah...

Wednesday, July 27, 2011

Sehari bersama komuniti Kampung Berchang!

Assalamualaikum n selamat petang semua...ceria-ceria all readers n bloggers. Nampak nye sejak berpraktikum nih masa mcm dh makin cemburu ngn aku lah. Mana nak tulis rancangan mengajar, mana nak buat ABM, ngan nak p skolah petang-petang utk KOKO lg. Dah tak sempat nak update blog lagi. Tapi petang ni nk update jugak pengalaman aku sbg seorang guru dengan komuniti di sekolah tempat aku berpraktikum, iaitu Kampung Berchang. Pengalaman yang amat bermakna yang tak kan dapat di kutip di mana-mana. Kalau ada pun tak kan sama.

Ahad lepas, skolah aku (SK Berchang) ada mengadakan sikit kenduri kesyukuran+solat hajat&tahlil+program motivasi keibubapaan di sekolah. Program ni memerlukan aku +3 orang member paktikum lagi bergaul dengan para waris n komuniti bg melancarkan perjalanan program. 1st time jd ajk kenduri-kendara bersama orang kampung. Jangan tak percaya you...I di lantik jd AJK penyediaan daging...huhuuu

Kenduri ni di adakan secara bergotong-royong n menu die memang truly from Kuala Lipis lah. Antara menu nye ialah yang paling utama sekali gulai tempoyak ikan patin or orang berchang panggil gulai masam (agak terkejut bila 1st time diminta tolong cedokkan gulai masam...sungguh blur tika itu...huuu), yang kedua gulai daging serai kuning (bukan kari ye), ayam masak merah, perut goreng rempah, ikan petok goreng, pas2 kerabu pucuk paku, acar mentah n bubur kacang durian. Jangan tak tau, kuala lipis kaya dengan durian. Belakang sekolah pun ada banyak pokok durian, hari-hari bole melantak duah durian dengan aman damai&harmoni.


mula-mula nak masak nih...


cikgu Lia (nama baru kt Berchang) with makcik-makcik after goreng ikan :)


gotong-royong memasak gulai masam a.k.a gulai tempoyak ikan patin & gulai daging


ni nama nye mak busu...tukang masak ayam masak merah untuk kenduri tu


nilah mak andak...orang kuat SK Berchang...bab makan-makan je kompem sume orang cari mak andak..heheee


bersemangat sungguh abang kite...berkerut-kerut muka dia...


tolong rasa ke tolong makan tuh...hehee


makcik jangan menung dulu..dh nk masak ni...


ini tokey lembu kampung tembeling nih...


orang kuat masak-memasak kampung Berchang


Ibu bapa sibuk memasak, anak-anak pun sibuk bermain...


ikan-ikan..mari-mari...


murid dan waris mengambil makanan


bahagian perempuan


makan time


cikgu-cikgi pun sibuk nak tunjuk skill...huhuu

oke,thats all :)