Assalamualaikum dan salam sejahtera...salam 1 Malaysia. Hye semua...macam dah trademark lah pulak ek...hehehee Ok.entry ni saya nak cerita pasal penyakit ulser atau bahasa kampung nya sakit mulut atau lagi best nama dia mata ikan. Penyakit ni paling mudah menyerang manusia tanpa mengira usia, waktu mahu pun kelas sosial.Ulser yang tumbuh di bibir juga dikenali sebagai Apthous Ulcer. Ia boleh disebabkan oleh :
stress
alahan kepada sesetengah makanan
kekurangan vitamin B12
vitamin C
Folic Acid
merokok
ubat gigi yang mengandungi sodium Lauryl Sulfate
Masalah ini juga boleh terdapat dalam salah silah keluarga. Untuk masalah ulser mulut ini, anda bolehlah membeli ubat seperti Bonjela, Oral Aid atau Dexaltin untuk merawat masalah ini. Jika masalah berlanjutan, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
p/s: awk, td sy baca majalah atin...pas2 terjumpa pasal benda ni...so sy post sbg entry sy....di tujukan special kepada awk (>_6)
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia hari ni xde pe nk cakap sangat juz nk kongsi 1 berita yang baru je terbaca tadi kat Kosmo Online kisah tentang pencuri beras.
IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.
Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.
Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.
AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.
p/s:untuk berita lanjut, sila baca KOSMO hari ini 24 Feb 2011
Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? Semuanya akibat cinta buta 14 Feb
Bu, adik Cuma ingin bertanya… Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. .. Ibu ingat 14 feb tak Malam tu ibu ada janji temu Ibu jumpa jejaka tu Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu? Dia puji dan puja ibu Dia rayu dan belai ibu Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya Ibu terbuai dalam bicaranya Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu Ibu izin dia sentuh jasad ibu Ibu puas dapat buktikan setia ibu Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan... Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil Hari ini buah cinta kalian telah terzahir Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami? Kemana dia telah pergi tidak azankan kami? Mengapa ibu pun benci kami? Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit tak berbakikah kasih dan sayang dan Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Assalamualaikum dan salam sejahtera dan seperti biasa salam 1 Malaysia... :)
Em...dah beberapa hari x update blog. Aritu bukan main semangat lagi cakap nak aktif berblogger smula kan...hehehee Bukan pe, bila dah balik kampus masa macam dah jadi pendek pulak. Xsempat nak mengadap bende alah ni + keje plak ari2 makin bertambah. Ada je tugasan baru. Xpe kite abaikan tentang tu.
Untuk entry kali ni, aku ada satu tajuk best nak kongsi. Ok...betul ke kata orang, orang yang suka kura-kura tu seorang yang keras kepala sekeras cengkerang kekura. Ego, panas baran, lambat dalam sesetengah hal menjadi kebiasaan seperti kura-kura tapi bijak mengatur strategi dan suka berusaha. Betul ke eh teori ni?? Bende ni ada lah sorang hamba Allah yang cakap kat aku. Dia kata berdasarkan pemerhatian dia terhadap aku. Tapi aku ni ego n keras kepala ke???? huhuuu...entah lah...hanya orang di sekeliling aku je yang ada jawapan nya.
Walau apa pun orang nak cakap aku tetap suka kura-kura. Biar pun keras n sejuk je tapi kura-kura tetap paling comel n tak banyak karenah. Trima kasih cik Didi sebab masih setia dengan saya...n hopefully sampai bila2...jangan lari taw, walaupun kamu slalu kena tinggal kt rumah n di take over oleh mama. Saya x bole bawak kamu balik lipis sebab nanti kamu kena rampas. Lebey baik duduk kat rumah ngn mama...heheheee
Ok...gambar ini sekadar hiasan semata-mata tidak ada kena mengena dengan tuan punya blog mahu pun kura-kuranya.
Rasa nya mmg dh lama sangat kan x update blog ni.Ada kot baru 1 kali update utk tahun ni. 2 pun kurun bila ntah....heheheeee Em...ekceli sejak dua menjak nih, minat nk tulis blog mcm dh hilang plak. Tapi tetiba mlm ni mcm smangat blk nk tulis blog. Fikir punya fikir nak tulis tetang pa akhirnya dapat idea utk tulis sal HOBI BARU SAYA. Heeee.....skrg ni sy dh ad 1 hobi baru. Hobi suka bwt cupcake dulu 2 da letak tepi kejap, tapi dh ganti dengan 1 hobi baru iaitu---->buat coklat. Homemade choco. Skrg ni sgt rajin cari resepi n tips2 baru utk bwt Homemade choco. Tringin sgt nk msk bengkel buat Homemade choco. Tapi blom ada peluang lg.
Em....ckp pasal Homemade choco ni sebenar nye coklat yang mcm mn paling sesuai di guna eh...??? Senang je....Ada dua jenis coklat yang boleh kita guna iaitu compound choc n couverture choc. Compound choc n couverture choc tu apa yek??? Sebenarnya coklat couverture ialah coklat yang dibuat dengan menggunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko @ dalam bahasa omputih nye cocoa butter. Coklat compound tu pulak ialah coklat yang menggunakan lemak sayuran contohnya dari kelapa sawit (vegetable fat) .
Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat couverture ialah Ferrero Rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tuen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop. Selalu nya dijual sebagai dark chocolate (cocoa, cocoa butter &gula), milk chocolate (cocoa, milk powder, cocoa butter& gula) dan white chocolate (milk powder, cocoa butter&gula). Bagi yg masih lagi beginner seperti sy lebih mudah rasa nya kalau guna coklat compound bagi mengelakkan dari coklat anda tak jadi sebab nya coklat 'semi-finished" mcm coklat compound adalah lebih mudah digunakan dan tidak perlu di temper b4 msk dalam mold. Tapi kalo guna coklat couverture mmg terbaik lah...shedap wooo.....hehehee...
p/s:sy nih gilo membuat aje...mkn nye idokkk.....huhuhuuu maka dengan itu adik-adik saya lah mangsa menghabiskan coklat yang telah dibuat oleh kanda terchenta....
SALAM sume... Salam 1 Malaysia. Salam Muhibbah. Salam Sejahtera...hehehee Agk lame ye rasenye x update blog nih. Kesian die ditinggalkan sepi. Okeh sementara tengah semangat baru nih aku berhajat nk update blog nih. Em kali ni aku nk cite sal Sindrom PMS. eM...apa PMS tu ea..? PMS ialah singkatan bagi Premenstrual Syndrome. Sindrom ni sering menyerang atau menular ketika wanita didatangi haid. Apa yang menariknya tentang sindrom PMS ni ialah ianya boleh berjangkit. So AWAS ye. Macam mana boleh berjangkit? Ok. Contohnya, bila anda didatangi haid, besar kemungkinan suami atau pasangan anda juga turut "terjangkit" dengan gejala "moody" anda. Menurut seorang Psikoterapi Jed Diamond (penulis buku Male Menopouse), fakta ini mungkin perlu kajian lebih lanjut, tetapi terdapat banyak bukti bahawa hormon testosteron yang dihasilkan setiap bulan juga boleh menimbulkan gejala mirip PMS kepada lelaki.
Satu lagi fakta yang ingin saya kongsikan ialah berkaitan dengan waktu haid. Waktu haid seseorang wanita dengan teman terdekatnya berkemungkinan besar sama. Ahli keluarga, sahabat terdekat atau teman sebilik mungkin akan mengalami masa haid yang sama dengan anda. Menurut penjelasan pakar, hal ini disebabkan oleh signal kimia pada tubuh seseorang wanita dapat ditangkap oleh tubuh wanita lain di sekelilingnya. Em...diharap sedikit sebanyak entry kali ni dpt menyumbang sedikit info kepada anda.
Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan.
Penyataan Diri (self – expression)
Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.
Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)
Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Bahasa Seni (laras bahasa)
Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.
Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)
Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien.