SALAM sume... Salam 1 Malaysia. Salam Muhibbah. Salam Sejahtera...hehehee Agk lame ye rasenye x update blog nih. Kesian die ditinggalkan sepi. Okeh sementara tengah semangat baru nih aku berhajat nk update blog nih. Em kali ni aku nk cite sal Sindrom PMS. eM...apa PMS tu ea..? PMS ialah singkatan bagi Premenstrual Syndrome. Sindrom ni sering menyerang atau menular ketika wanita didatangi haid. Apa yang menariknya tentang sindrom PMS ni ialah ianya boleh berjangkit. So AWAS ye. Macam mana boleh berjangkit? Ok. Contohnya, bila anda didatangi haid, besar kemungkinan suami atau pasangan anda juga turut "terjangkit" dengan gejala "moody" anda. Menurut seorang Psikoterapi Jed Diamond (penulis buku Male Menopouse), fakta ini mungkin perlu kajian lebih lanjut, tetapi terdapat banyak bukti bahawa hormon testosteron yang dihasilkan setiap bulan juga boleh menimbulkan gejala mirip PMS kepada lelaki.
Satu lagi fakta yang ingin saya kongsikan ialah berkaitan dengan waktu haid. Waktu haid seseorang wanita dengan teman terdekatnya berkemungkinan besar sama. Ahli keluarga, sahabat terdekat atau teman sebilik mungkin akan mengalami masa haid yang sama dengan anda. Menurut penjelasan pakar, hal ini disebabkan oleh signal kimia pada tubuh seseorang wanita dapat ditangkap oleh tubuh wanita lain di sekelilingnya. Em...diharap sedikit sebanyak entry kali ni dpt menyumbang sedikit info kepada anda.
Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan.
Penyataan Diri (self – expression)
Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal. Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.
Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)
Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.
Bahasa Seni (laras bahasa)
Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.
Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)
Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak. Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien.
Seorang kanak-kanak lelaki dari Sumatera, Indonesia ni dah pandai hisap rokok dan ketagih lebih kurang 40 batang sehari. Bukan setakat rokok daun, tapi rokok cigarettes biasa yang ada nikotin tu. Yang sedihnya, ayah dia sendiri yang mengajar ih ih ih ih ih. Apa nak jadi ni?
Seorang wanita sedang keluar dari rumahny apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, "Saya tidak fikir saya mengenali awk semua, tetapi saya pasti awk semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu. "Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar. "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, "Dia adalah kejayaan, dan saya adalah kasih sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah.
Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. " Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput kejayaan?" Keetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya. : "Bukan kah lebih baik sekiranya kita menjemput kasih sayang? Rumah kita ini pasti akan diselebungi dengan kasih disayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu, kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah kasih sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu antara kamu adalah kasih sayang..?? Silalah masuk dan menjadi tetamu kami."Kasih sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada kekayaan dan kejayaan: "Saya cuma menjemput kasih sayang. Mengapa kamu juga ikut sekali...?" Mereka semua menjawab : "Jika awk menjemput sama ada kekayaan atau kejayaan, yang lain akan tggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput kasih sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.
Kehilangan seorang sahabat dalam hidup ini amat ku rasai. Segalanya bagaikan sekelip mata. Hati berdetik tidak mahu percaya, tapi itu lah hakikatnya. Di hening subuh berita di sampaikan. Tiada kata yang dapat diungkap. Mulut jadi kelu. Gelora terus menyerbu. Lantas ku beristifar. Mengelak kelalaian hati...kembali ke alam nyata. Ku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga dikau tenang di sana. Doa ku moga kau ditempatkan di tempat yg Allah janjikn nikmat bg hambaNya. Kata orang insan yang baik selalu diingati dan disayangi.
Lirik lagu ini di tujukan khas buat semua teman-teman wanita ku kerana wanita begitu berharga!
JELITA-DAMIEN MIKHAIL
kau tetap JELITA JELITA yang terlahir di dalam setiap wanita anggun luar dan dalam kau sungguh JELITA (lets go) JELITA yang terlahir di dalam setiap wanita anggun luar dan dalam kau sungguh JELITA walaupun tanpa emas berlian permata kau tetap JELITA
tersendiri kecantikanmu abadi memiliki sinar mata mentari lentik bulu mata dan renungan yang menggoda cahya senyumanmu dah tawanku kau JELITA
atur langkahmu kelembutan mu merdu bisikmu bak irama dan lagu keayuanmu terunggul di dalam kasihmu usah diragu keJELITAan mu di hatimu
kau tercipta untuk jejaka kau menarik dan begitu sempurna tiada lain yang ku pinta oh adinda selain senyuman mu dah tawanku kau JELITA
atur langkahmu kelembutan mu merdu bisikmu bak irama dan lagu kaeyuanmu terunggul di dalam kasihmu usah diragu keJELITAan mu di hatimu
keJELITAan yang dilahirkan bukan penampilan keJELITAan lahir di dalam dan takkan hilang
ulang korus (2x)
JELITA anggun luar dan dalam kau sungguh JELITA kau tetap JELITA
*Ini hanyalah sekadar repekkan semata-mata. Tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih bernyawa atau yang telah meninggal dunia. Anda tidak semestinya menerima apa yang diperkatakan kerana ini hanyalah sekadar nukilan hati seorang insan yang masih belajar dan serba kekurangan. Segala yang baik itu datang nya dari Allah (SWT) dan segala yang buruk itu datang nya dari kekhilafan diri ini sendiri.
WANITA vs BOTOL PLASTIK
idea:tercetus ketika membelek-belek botol plastik atas meja untuk dijadikan arca
Botol plastik sebenarnya adalah sesuatu yang berharga. Tapi botol plastik sering dipandang sepi seperti tiada nilainya. Botol plastik ada ertinya buat insan-insan yang pandai menghargainya. Dari segi fizikal nya botol plastik nampak jernih. Cantik dengan pelbagai bentuk dan rupa. Indah dengan segala hiasan. Ada juga yang mempunyai gaya dan kelas yang tersendiri. Ada yang tampak utuh dan kukuh. Dan ada yang tampak lembut namun sukar dilentur. Tapi harus diingati botol plastik juga amat sensitif. Apabila terkena beban atau desakan ia mudah kemek. Lalu rosak dan dipandang muak sebagai satu sampah.
Semua ini samalah juga dengan hati seorang wanita. Apabila diselami tampaknya jernih dan indah. Sentiasa cantik dengan bentuk-bentuk kelembutan dan kesopanan kurniaan tuhan yang sentiasa mendamaikan hati. Ada segelintir wanita karismanya jelas terpamer menggoncang jiwa siapa saja yang melihatnya dan ada juga yang menyimpan rapi sebagai hiasan diri. Secara jasmaninya ada yang nampak sungguh utuh. Berdiri nya gagah sekukuh Tembok Besar China seperti tiada yang bisa merempuh. Sebahagian lagi pula, tampaknya lembut dan manis sekali, sangat mengasyikkan seperti lembut dan manisnya gula-gula kapas. Tapi malangnya sekadar jinak-jinak merpati sukar untuk didekati. Hati wanita sangat sensitif. Sama sensitifnya bak botol plastik. Mudah remuk. Mudah kepek. Mudah senget walau hanya sekadar dijentik.
Pelbagai ragam bukan? Bukan kah sama sahaja dengan botol plastik tadi? Namun awas, hati wanita punya perasaan bukan kaku dan beku seperti botol plastik.
-----sekadar repekkan semata-mata mengisi masa terluang-----
Gua Kelam terletak di area Kaki Bukit. Dalam 28.5 kilometer dari Kangar. Kenapa dari Kangar?Sebab sblom p Gua Kelam ktorang makan cendol pulut dlu kat Fatin Corner, Kangar. Tempat ni member abah aku yang suggest n sebenornye die yg blnje...hee Kt org makan laksa ngn cendol pulut. Perghh..sedap wa ckp sama lu. Laksa dia mangkuk bapak beso tapi 3 hengget jek siap ad letak telur rebus 1 biji lagi. Yang special nye kat sni die pny cendol special. Mmg special sbb ada letak tapai n laici. Seryes...ni 1st time aku jmpe cendol orang letak tapai. Tapi aku x try pn sbb ada tapai...hehehehe tapi cendol pulut die mmg sedap lah. Sayang tol lupe nk snap gambo time2...almaklumlah semangat sgt nk mkn.
Ok ni sepanjang perjalanan ke Gua Kelam. Makan masa jugak lah bagi abah aku yang 1st time bawak kete area sini...heee seb bek ada GPS.
*pic amek dlm kete time kete tgh bergerak
ok da sampai....
-ni kat luar mula2 skali nak masuk-
mula-mula skali langkah pas beli tiket kat kaunter kita akan jumpa ni
I
I
V
memulakan penerokaan----GUA KELAM....THE CAVE OF DARKNESS
Nantikan kemunculan teater absurd(teater moden) bertajuk "SIAPA?" yang akan dipentaskan pada 31 MEI 2020 sempena Malam Budaya Guru, Sambutan Hari Guru Peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Program bermula jam 9.00 malam bertempat di Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Semua dijemput hadir.
Serba sedikit sinopsis "SIAPA?"(skrip & arahan FAZITA BINTI MOHAMMAD)
“ SIAPA?” mengisarkan sebuah kisah benar yang telah dijadikan sebuah artikel di dalam sebuah akhbar tempatan pada beberapa minggu yang lalu.Kisah benar ini menguraikan kisah kerenah guru yang menjadikan kemiskinan itu sebagai penghalang kepada muridnya dalam mengecapi kejayaan. Namun dalam pementasan kali ini, kisah ini diolah dan menjadikan persoalan "SIAPA?” sebagai satu isu dalam menentukan kerenah pihak mana yang menjadikan kemiskinan itu sebagai satu halangan di samping mempersoalkan siapa aku, kau, dia, kami, dan kita? SIAPA diri kita yang sebenar di dunia ilmu yang tidak kehabisan ini.
Faizal seorang pemuda 20-an, berkerjaya dan memperoleh hidup yang stabil. Dia masih lagi menyimpan dendam dan berprasangka buruk terhadap guru prasekolahnya, Cikgu Radziah. Cikgu Radziah telah melakukan kesilapan pada 20 tahun yang lepas dengan mencicirkan nama Faizal di dalam senarai penerima sijil pada Hari Graduasi Tadika Kemas Kampung Sungai Kertas. Faizal yang masih lagi tersentuh hati kembali merungkaikan kisah hitamnya itu apabila terbaca sebuah berita dari surat akhbar.
Berita tersebut menyatakan seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Malaysia yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi gagal mendapat slip peperiksaan hanya kerana ibu bapanya seorang pekerja kilang dan pemandu lori masih berhutang yuran sekolah sebanyak RM57.
Hayatilah kisah benar yang telah diolah dan divisualkan dalam bentuk teater absurd atau sinonim dengan istilah teater moden produksi terbaru GABUNGAN INSAN TEATER AFZAN.
TULANG BELAKANG
SIAPA?
SKRIP & ARAHAN: FAZITA BINTI MOHAMMAD PELAKON: MUHAMMAD MARWAN BIN MAHADZIR sebagai FAIZAL HASRAF FIKRI BIN FAUZI sebagai FAIZAL KECIL FAZITA BINTI MOHAMMAD sebagai MAK MOHD FAZRI BIN RAHIM sebagai AYAH ASMA DIYANA BINTI ABDUL AZIZ sebagai ANAK INTAN SHUKRIAH BINTI ARIFFIN sebagai CIKGU RADZIAH NUR NABIHA BINTI TUKIRAN sebagai SHERRY
dibantu
ABDUL RAQIB BIN MD HANIPAH, MOHAMAD JAZLAN BIN JOHARI, NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI, SITI HALIZA BINTI ALI, SAM JASEECA BINTI SAM CHIH LONG, WEE WIN NIE, NOR HASHIDA BINTI ABD WAHAB, REKHA A/P RAJENDRAN, SHASSI KUMARAN A/L PACHIMUTHU, NOR AISHAH BINTI ABU SAMAH, MUHAMAD SYAZWAN BIN RAZALI, MUHAMMAD MUSA BIN SAMSUDDIN, MUHAMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAFARULA KHAN, MOHD AINUL FIKRI BIN MOHD SUFFIAN DAN MOHD HASBULLAH BIN MT SAID
KREW: NAN MUSTAQIM BIN NAN AZMIE, SITI ANISA BINTI WAHID, NADIA BINTI TEH, MOHAMAD SAIFULZAINI BIN NODERI, SITI SARAH BINTI WOZALI, SHANMUGA DEVI A/P PARAMESVARAN, NUR HAFIZAH BINTI MALIKI, SITI AISYAH HUMAIRA BINTI NISAHAFUDIN, NURUL NAJWA BINTI ZULKUFFLY, NUR FARAHIN BINTI MOHAMAD, HAJAR AMIRAH BINTI AHMAD BUSTAMAN, NUR HAFIZAH BINTI MALIKI, NURUL SHAHIDA BINTI LUKMAN, NURAINI BINTI YAN, NUR AMIRAH BINTI MOHAMAD ZAINUDIN, NOR HASYIMAH BINTI MOHD YUNOS, SITI AFIQAH BINTI AB HAMID, INTAN SHUKRIAH BINTI ARIFFIN, WEE WIN NIE
PENGURUS PENTAS: SALMAH BINTI EDI
PENGURUS TEKNIKAL: MOHD NOR HAFIZ BIN MAZLAN
dengan kerjasama ITEM SISWA BUDAYA IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (KOMPANG DAN BAND)
"AKU TIDAK RELA MENJADI HAMBA KEPADA ORANG YANG TAK BERJIWA HAMBA"
Bermula 31 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010, satu sambutan Hari Guru akan diadakan di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Butiran aktiviti adalah seperti dibawah:
SUKAN HARI GURU IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Tarikh : 31 Mei 2010 Hari : Isnin Aktiviti :
Petanque Tempat : Gelanggang petanque Penyertaan : PISMP SEM 5 & 7
Bola Tampar Tempat : Gelanggang bola tampar Penyertaan : PISMP SEM 1 & PPISMP SEM 2
Futsal Tempat : Padang Hoki(lelaki)&Gimnasium(perempuan) Penyertaan : PISMP SEM 3
MALAM BUDAYA GURU PERINGKAT IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Tarikh : 31 Mei 2010 Masa : 9 malam Tempat: Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Aktiviti :
Persembahan Puisi Persembahan Teater Absurd-Siapa??? (Karya Fazita Mohammad) Persembahan Pensyarah
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Tarikh : 1 Jun 2010 Masa : 8 pagi Tempat: Dewan Darul Makmur, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Aktiviti :
Bacaan Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bacaan ikrar Hari Guru Persembahan Koir Ucapan Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Ceramah bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Lipis Penyampaian hadiah
emm....bila time exam otak serabut sibuk nak study...asek tanya ja bila nak abeh.bila da abeh exam otak masih serabut jugak r...dok pikiaq nak buat pa...hohoho Arini lak aku jadi single tanpa roomate terchenta disisi..adusss bosan yer...nak tulis entry xtaw nak tulis pasai pa lak. Dalam dok jelajah laptop jumpa la 1 koleksi gambar time p Taman Negara Kuala Tahan thn lepas.So saja la nak share kat sni....kalo ada komen ke apa ke dipersila kan ye...
*sila jangan percaya dengan waktu yang dinyatakan pada gambar itu
Tarikh : 13-15 April 2009 Tempat : Taman Negara Kuala Tahan, Pahang Program : Kembara Visual Unit Pendidikan Seni Visual
emm....bila time exam otak serabut sibuk nak study...asek tanya ja bila nak abeh.bila da abeh exam otak masih serabut jugak r...dok pikiaq nak buat pa...hohoho Arini lak aku jadi single tanpa roomate terchenta disisi..adusss bosan yer...nak tulis entry xtaw nak tulis pasai pa lak. Dalam dok jelajah laptop jumpa la 1 koleksi gambar time p Taman Negara Kuala Tahan thn lepas.So saja la nak share kat sni....kalo ada komen ke apa ke dipersila kan ye...
*sila jangan percaya dengan waktu yang dinyatakan pada gambar itu