Sunday, July 26, 2009

Jauh melangkah

Wah....1 minggu dah berlalu...mesti bosan hujung minggu kalo xder planning yang best. So untuk meng'enjoy' kan kebosanan yang bakal menjengukkan diri aku pun ikutlah roomate aku balik hometown die.Die orang johor so ke selatan lah aku minggu ni. Erm....trip aku kali ni menaiki tren. Ni sebenarnya kali ketiga aku naik tren sepanjang hidup aku...hehe. What the shame babe...


Roomate aku ni hometown die kat kampung gajah, kluang johor. So dari kuala lipis ke kluang take almost 7 hours to arrived tapi tak tau lah kenapa time aku naik ari tu tren tu tercepat lak. Roomate aku cakap biasanya pukul 8 lebih baru sampai tapi masa tu baru pukul 7.15 kitaorang dah sampai kluang. Herm....tak jauh bezanya dengan kampung aku jugak lebih kurang je.







Stesen Keretapi Kluang, Johor. 25 Julai 2009.07.15pagi


Sampai kat kluang tu wawa cakap die lapar so kitaorang singgah lah shoru kat KLUANG RAIL COFFEE. Ni 1st time aku masuk kapotiam ni. Agak unik dan macam mengimbau kedai kopi zaman-zaman dulu-dulu je(dari apa yang aku tengok melalui majalah-majalah yang pernah aku baca la). Kedai ni dah buka lama sangat dari sebelum merdeka sampai sekarang. Sejak 1938 sehinggalah dah masuk 2009. Lama kan. Lebih kurang umur nenek aku je...hehe.



Kluang Rail Coffee. 25 Julai 2009. 7.45pagi

Kedai ni dulu mula dibuka oleh satu keluarga Lim pada zaman sebelum merdeka. Sekarang dah 3 generasi keturunan Lim yang menguruskan kopitiam ni. Tengok betapa lamanya kedai ni dah beroperasi kan. Memang hebat. Kata orang kat sini kedai ni tak berubah sikit pun dari dulu sampai sekarang masih mengekalkan konsep yang sama. Tu yang membuatkan kopitiam ni sangat unik di mata aku.

Kat sini apa yang special nya ialah roti bakar dia. Ada 2 pilihan roti bakar kat sini satu guna roti bun satu lagi guna roti keping. Style masak pun ada dua, satu steam satu lagi bakar. Kalo sebut je pasal roti bakar kluang railway station mesti ramai tau punya lah. Sebab memang famous pun. Dulu penah masuk rancangan majalah3 seingat-ingat aku la.

Makanan lain pun ada jual gak kat sini. Boleh tahan sedapnya. Murah pun murah. Pendek kata memang berbaloi. Kalo tengok atas meja tu macam-macam ada. Mee siam ada, mee goreng ada, karipap ada, telur rebus,telur separuh masak n nasi lemak. Aku paling suka dia punya teh tarik makan dengan roti bakar pagi-pagi yang sejuk... pergh... memang masyuk...

Member aku cakap kalo dulu teh tarik atau kopi yang kita beli kat sini die bungkus pakai tin susu. Teringin gak aku nak tengok tapi style tu dah tak de. May be susah nak carik tin kot hehe... Ha satu lagi yang special pasal kluang rail coffee ni. Kat sini roti die di bakar pakai arang dan bukan nye pakai oven atau toster-toster moden yang slalu kita pakai tu. Unik kan. Kaya yang digunakan pun dibuat sendiri. Kalo datang sini tengok kat sebelah kanan kaunter ada satu almari yang mempamerkan kopi, teh dan kaya. Semua ni boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.




Walaupun kopitiam ni kecik je tapi sangat ramai orang. Tambah pulak kalo ari ahad memang full lah. Aku sangat enjoy breakfast kat sini. Pelayan kat sini pun ramah. Nak makan pun senang hati. SO lepas ni kalau korang ada masa singgah lah breakfast kat sini. KLUANG RAIL COFFE. Memang tak rugi.Kalau korang orang Johor esspecially orang Kluang bawak-bawak lah datang ke sini. Rugi je kalau dah orang kluang tapi tak penah makan kat sini.

Kluang Rail Coffee
Kluang KTM Station,
Jalan Station,
Kluang, Johor.

Kedai ni bukak :-
Friday to Wednesday
7.00am - 12.00pm
2.30pm - 6.00pm
Close on Thursday

*Kat sini ada la sket gambar yang sempat aku amek time kat Kluang tapi x elok sangat
coz gune camera enset je...





No comments: