Friday, August 12, 2011

Istikharah Cinta

Assalamualaikum readers, followers n bloggers...tadi sudah mau tidur tapi, mata tak mahu pejam. Lalu membuka Facebook. Ternampak status teman yang di update dengan ayat Istikharah Cinta. Lantas terdetik utk m'update blog dengan tajuk itu...

Emm..anda pernah dengar istikharah?
Istikharah – bermaksud meminta Allah memberikan ilham, dalam kita membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan...[selalunya dibuat melalui solat sunat istikharah la]

dan selalunya kita istikharah untuk meminta petunjuk Allah dalam menentukan hala tuju hidup kita atau dalam membuat pilihan...

dulu-dulu, waktu zaman 'muda-muda' lagi, waktu sekolah lah kan, selalunya buat solat istikharah nak masuk sekolah menengah yang mana...Alhamdulillah...waktu tu rezeki dapat banyak tawaran yang best2... Hasil istikharah sekolah di pilih.

kemudian, habis sekolah, buat istikharah nak masuk matrik ke, terus pergi U ke atau masuk IPG a.k.a maktab...

sekarang, istikharah lagi untuk buat pilihan hidup...khususnya bagi remaja seusia ku yang mahu membuat pilihan 'teman hidup'..‘istikharah untuk memilih pasangan hidup’, ataupun lebih tepat boleh dikatakan di sini – istikharah cinta..


dalam berfikir tentang Istikharah Cinta [tp blom berniat untuk melakukan :)] membawa aku kepada sebuah petikan lirik lagu. Lepas baca berkenan dengan lirik lagu di bawah ni, tajuknya Istikharah Cinta...blom berkesempatan utk mendengar cuma membaca liriknya saja. InsyaAllah mudah-mudah pilihan aku tepat bila sampai masanya nanti... :)

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Meneka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta..




1 comment:

En. W said...

Cik Amelia dah nak fikir pasal kahwin ya?? Buat istikarah banyak-banyak supaya si jejaka masuk meminang ya :)