Tuesday, July 20, 2010

Kehilanganmu Ku rasai

Kehilangan seorang sahabat dalam hidup ini amat ku rasai. Segalanya bagaikan sekelip mata. Hati berdetik tidak mahu percaya, tapi itu lah hakikatnya. Di hening subuh berita di sampaikan. Tiada kata yang dapat diungkap. Mulut jadi kelu. Gelora terus menyerbu. Lantas ku beristifar. Mengelak kelalaian hati...kembali ke alam nyata. Ku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga dikau tenang di sana. Doa ku moga kau ditempatkan di tempat yg Allah janjikn nikmat bg hambaNya. Kata orang insan yang baik selalu diingati dan disayangi.

Wednesday, July 14, 2010

Untuk mu Wanita


Lirik lagu ini di tujukan khas buat semua teman-teman wanita ku kerana wanita begitu berharga!

JELITA-DAMIEN MIKHAIL

kau tetap JELITA
JELITA yang terlahir di dalam setiap wanita
anggun luar dan dalam
kau sungguh JELITA (lets go)
JELITA yang terlahir di dalam setiap wanita
anggun luar dan dalam
kau sungguh JELITA
walaupun tanpa emas berlian permata
kau tetap JELITA

tersendiri kecantikanmu abadi
memiliki sinar mata mentari
lentik bulu mata dan renungan yang menggoda
cahya senyumanmu dah tawanku
kau JELITA

atur langkahmu kelembutan mu
merdu bisikmu bak irama dan lagu
keayuanmu terunggul di dalam kasihmu
usah diragu keJELITAan mu di hatimu

kau tercipta untuk jejaka
kau menarik dan begitu sempurna
tiada lain yang ku pinta oh adinda
selain senyuman mu dah tawanku kau JELITA

atur langkahmu kelembutan mu
merdu bisikmu bak irama dan lagu
kaeyuanmu terunggul di dalam kasihmu
usah diragu keJELITAan mu di hatimu

keJELITAan yang dilahirkan bukan penampilan
keJELITAan lahir di dalam dan takkan hilang

ulang korus (2x)

JELITA
anggun luar dan dalam
kau sungguh JELITA
kau tetap JELITA

Sunday, July 11, 2010

wanita vs botol plastik

*Ini hanyalah sekadar repekkan semata-mata. Tidak ada kena mengena sama ada dengan yang masih bernyawa atau yang telah meninggal dunia. Anda tidak semestinya menerima apa yang diperkatakan kerana ini hanyalah sekadar nukilan hati seorang insan yang masih belajar dan serba kekurangan. Segala yang baik itu datang nya dari Allah (SWT) dan segala yang buruk itu datang nya dari kekhilafan diri ini sendiri.


WANITA vs BOTOL PLASTIK

idea:tercetus ketika membelek-belek botol plastik atas meja untuk dijadikan arca

Botol plastik sebenarnya adalah sesuatu yang berharga. Tapi botol plastik sering dipandang sepi seperti tiada nilainya. Botol plastik ada ertinya buat insan-insan yang pandai menghargainya. Dari segi fizikal nya botol plastik nampak jernih. Cantik dengan pelbagai bentuk dan rupa. Indah dengan segala hiasan. Ada juga yang mempunyai gaya dan kelas yang tersendiri. Ada yang tampak utuh dan kukuh. Dan ada yang tampak lembut namun sukar dilentur. Tapi harus diingati botol plastik juga amat sensitif. Apabila terkena beban atau desakan ia mudah kemek. Lalu rosak dan dipandang muak sebagai satu sampah.

Semua ini samalah juga dengan hati seorang wanita. Apabila diselami tampaknya jernih dan indah. Sentiasa cantik dengan bentuk-bentuk kelembutan dan kesopanan kurniaan tuhan yang sentiasa mendamaikan hati. Ada segelintir wanita karismanya jelas terpamer menggoncang jiwa siapa saja yang melihatnya dan ada juga yang menyimpan rapi sebagai hiasan diri. Secara jasmaninya ada yang nampak sungguh utuh. Berdiri nya gagah sekukuh Tembok Besar China seperti tiada yang bisa merempuh. Sebahagian lagi pula, tampaknya lembut dan manis sekali, sangat mengasyikkan seperti lembut dan manisnya gula-gula kapas. Tapi malangnya sekadar jinak-jinak merpati sukar untuk didekati. Hati wanita sangat sensitif. Sama sensitifnya bak botol plastik. Mudah remuk. Mudah kepek. Mudah senget walau hanya sekadar dijentik.

Pelbagai ragam bukan? Bukan kah sama sahaja dengan botol plastik tadi? Namun awas, hati wanita punya perasaan bukan kaku dan beku seperti botol plastik.




-----sekadar repekkan semata-mata mengisi masa terluang-----