Kau Ku Rindui
Sahabat....
Sudah lama ku rindui pertemuan itu
Ke mana kau menghilang tika ini
Kau biarkan aku berdiri di sini
Menyulam hidup ku seorang diri
Aku terlalu merindui waktu-waktu
Aku dan diri mu memintal kenangan
Melewati kedewasaan kematangan diri
Kenangan terindah yang pernah terukir itu
Masih setia terpahat di situ
Masih segar di mamah waktu
Masih tegar menempuh badai rindu
Takkan rapuh di gigit usiaku
Sahabatku....
Aku bukannya insan yang hebat
Seperti ganasnya ombak Tsunami
yang tegar meranapkan Banda Acheh
Aku juga bukan insan yang teguh
Seperti mana Masjid Al-Aqsa
Yang hingga kini ditawan
Aku lagi bukan insan gagah,
Bagai gagahnya taufan Katrina
Yang menumpaskan
benteng kekuatan Bush
Kerana…aku seorang insan yang lemah
Masih memerlukan teman
Seperti mana Adam
yang memerlukan Hawa,
Muhammad yang mendambakan Khadijah
Zulaikha yang impikan Yusof
Ali yang merungkai kasih Fatimah
Aku juga seperti mereka…
Perlukan seorang insan
yang bergelar SAHABAT
dalam melewati liku hidupku
Agar bermakna dan sempurna
Demi Cinta yang Esa
Demi Ukhwah Kita Bersama......
Ku dedikasikan puisi indah ini buat teman-teman ku
Fasihah
Fatihah
Farhana
Wan Nur Munirah
Munirah
200902OGOS-ANGGERIK318IPGMKTAA
4 comments:
alamak amy...
mana nama kitorang niyhhh????
sampai hati x wat sajak kat kami2 nie tau....
cepat2..taipkan sajak kat kitorang sama...!!!!
hahaha...
sabor la cik sarah...
in proses neh...nnt2 aku post ek..
jgn sedey2 taw...mst ada pny
uishhhh..
wheres my name!!!
hahaaa~
ada2 nnt coming soon next sajak maybe
Post a Comment