Sunday, July 10, 2011

ASSALAMMUALAIKUM


Selamat Petang bloggers and readers. Almost 1 week jugak tak update blogkan. Em...ekceli last week sgt sibuk sebab 1st week aku lapor diri untuk praktikum. For 2 months. Last entry ada mention kn...hehe Last monday was my 1st day at Sekolah Kebangsaan Berchang, Kuala Lipis, Pahang. Pagi tu ktorg sampai agak awal dalam pukul 7.10 pagi n xde orang pn kt skolah except beberapa org bdk n makcik kantin. Kemusykilan mula muncul di minda. "Aik..tak skolah ke?Tapi ada budak datang" . (Almaklumlah ari sabtu sibuk berlari Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2011 ) So cikgu-cekgi praktikum yang cun n hensem ni pun pegi lah menapak ke kantin untuk beramah mesra sambil interview sket2.

Aku : Assalamualaikum kak.
Makcik Kantin : Waalaikumussalam. Hah...deme cikgu baru ke?
Aku: Ha'ah kak. Baru nak lapor diri. Sekolah ke tak arini kak? Macam xde orang je.
Makcik Kantin:Hahahahaaaaa....skolah...tapi cikgu lambat sikit ni. Tak pe deme dudok lah dlu sini yek...kejap agi smpai la tu..

Dalam 7.20 guru besar sampai. Lama lah jugak kena interview. Lepas kasi surat pengenalan diri ktorg pn ikut guru besar ke perhimpunan. Pas kenalkan diri semua masuk lah bilik guru. Jumpa ngn Guru Penolong Kanan 1 untuk amek jadual waktu mengajar. Memang sempoi giler GPK 1 tu. Siap cakap camni, "Awak pilih lah nak amek yang mana, saya xpe...lepas awak pilih awak isi kt sini nanti cop." Fuh..terbaik...huhuu Tapi apa-apa pn tetap di bawah pemantauan beliau yep.. Aku dapat 8 waktu mengajar 4 untuk Pend.Jasmani (tahun 5 dan 2) 4 untuk Pend.Seni Visual (tahun 3 dan 4). Untuk minggu pertama blom start mengajar lagi, cuma sesi suai kenal dgn murid je dlu sambil2 tu dpt kenal pasti murid yang bermasalah.

Sebenarnya Sekolah Kebangsaan Berchang ni merupakan sebuah sekolah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Total murid skolah ni cuma 99 orang tidak termasuk murid Pra Sekolah. Paling ramai dalam 1 kelas cuma 23 orang n paling sikit 10 orang. Cikgu ada 13 orang termasuk Guru Besar. Jadi agak mudah bagi ktorg guru-guru praktikum untuk mengenali n mengecam ahli komuniti Sekolah Kebangsaan Berchang. Hari ketiga je aku dh mula berkenalan ngn waris pulak...nmpk sgt lah talkative kan...ades...uhuhuuu Tapi rasa nye dgn cara mcm ni lebih mudah utk aku dekat dgn murid. Tapi ni bagi aku lah. Orang lain mungkin ada cara yang tersendiri kn.

Untuk 1st week je dh mula kena pegi skolah petang. Sebab aku pegang Unit Beruniform Pengakap (even xpenah masuk pengakap pn sbb ahli setia KRS) untuk petang isnin, pastu kena jadi guru Persatuan Seni Budaya untuk hari rabu. Walau pun d beri tugas on the spot alhamdulillah berjaya dilaksanakan dgn jaya nya dengan adanya sedikit kreativiti di minda...heheheee

So utk hujung minggu macam ni xde keje lain bagi seorang guru pelatih melainkan melengkapkan buku rekod persediaan mengajar n portfolio praktikum. Nak pulak tinggal sorg, mmg ni je lah keje aku. Rumet oh rumet kenapa kah kau tak balik...bosan kot dudok sorg2 bila cuti cmni. Minggu depan sila lah balik. Sekian. Ini sahaja untuk entry kali ini. Sekiranya membosankan harap di maafkan.huhuuu


~~meja cikgu praktikum~~




Selit-selit :
Time blogwalking di blog tarmizishukri ternampak note nih
"palestin bermati-matian berjuang untuk merdeka, Sudan pulak baru dapat kemerdekaan, Malaysia yang dah lama merdeka tak lama lagi akan dijajah nampaknya…" Huru-hara Malaysia menjadi tontonan dunia.

2 comments:

En. W said...

Saya kembali :D
Oh, menjalankan amali ya Cik Amelia.
Mengajarlah anak bangsa tu elok-elok ya.

Cikgu Tegar KRS rupanya, baru saya tahu.

amie said...

InsyaAllah..cita-cita saya nak jadi cikgu-->cikgu yang mendidik :)