Friday, June 24, 2011

info CIKGU PJ sihat :)


Assalamualaikum WBT. Minggu ni nk update satu pengumuman yang agak menarik bg yang berminat lah heheee...Minggu depan akan diadakan LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA. Tarikh bagi aktiviti ni ialah pada 02 Julai 2011 iaitu hari Sabtu pada jam 7.45 pagi. Lokasi aktiviti akan ditentukan oleh sekolah atau institusi masing-masing. Antara sasaran peserta ialah semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat. Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi yang berminat sila serahkan borang pendaftaran murid yang lengkap melalui e-mel pada atau sebelum 1 Julai 2011 kepada alamat e-mel yang ditetapkan seperti di Panduan Pelaksanaan.

Untuk Borang Penyertaan sila klik di bawah:

Borang-borang ini boleh diperbanyakkan mengikut keperluan. Semua murid/pelajar digalakkan menyertai larian ini. Walau bagaimanapun bagi guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, you are compulsory to participate this programme with no excuses. Kalau sebelum ni pelajar semester 6 dan 8 dikecualikan, tapi mengikut info yang terkini adalah diwajibkan kepada semua iaitu guru pelatih PPISMP Semester 1&3 dan guru pelatih PISMP Semester 2,4,6 dan 8. Satu taklimat akan diadakan selepas perhimpunan bulanan pada 28 Jun nnt. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani a.k.a PJ yg sehat maka dengan ini saya dengan rela hati nya menyokong dan akan menyertai larian ini dengan penuh bersemangat.



"LARGEST PARTICIPATION OF SCHOOL STUDENTS IN RUN"



.:::Sukan Untuk Semua Murid :::.



Monday, June 20, 2011

We All Need

To be loved when lonely

To be protected when afraid

To be comforted when hurting

To be filled when empty

To be heard when angry

To be found when lost

To be given hope when all seems dark..



believe.love.enjoy.proud.sincere

Saturday, June 18, 2011

Botol yg sayang nak di buang

em...tadi time tengah kemas2 laci terjumpa 1 kotak kasut. Bukak lah nk tgk pe ad. Rupa nya botol-botol perfume ayah aku. Mula-mula nak buang, pas2 rasa sayang pulak. Last2 terfikir nk buat entry psl botol-botol nih. Aku kumpul suma botol perfume yg aku nmpk ad kt umah aku n take a snap. N hasil nya nilah botol2 tu...


Suma nya bukan aku yang punya..hehee it's belong to my father. Yang Hugo Boss, Adidas, Dunhill n Eternity Calvin Klien 2 adik lelaki aku punya. Yang Nina Ricci tu mak aku punya. Yang Kenzo tu pulak adik perempuan aku punya. Aku punya yang Lovely in Pink by Avon. Murah jek...tade wet nk beli mahal2...huhuu

Yang paling aku suka Givenchy Play Intense For Men. Botol die sgt unik n bau die pn sedap. Maskulin lah senang cakap...heheee unik kn...


Sayang kan nk buang. Aku decide aku nk buat koleksi lah. Even bukan suma aku punya tapi kira ok la kan buat koleksi. Mana yang ad isi lg tu kite kne tggu tuan die pkai smpai abes dlu la kan. Kang ngamok plak tuan die cari perfume xjumpe...huhuu


Wednesday, June 15, 2011

Wedding Story

Assalamualaikum semua....hye..hye...hye blogger yg awesome...lama dh x update blog kn. Ari2 balik kampung coverage mmg sgt xok so sgt susah nk ber"online". Maka belog ini pn tak ter"update" lah...Ok entry ni juz nk citer psl majlis perkahwinan my kazen yg berlangsung 4 hingga 5 Jun 2011 yg lepas. Majlis akad nikah dibuat di umah maklong aku a.k.a mak pengantin di Kampung Tanjong Bundong, Kota Samarahan n majlis persandingan di buat di Dewan Suarah Kota Samarahan. Letak nye dlm 1 minit jalan kaki dari umah pengantin je. Ni mmg pengalaman 1st aku jd tuan rumah time kenduri kawen kt Sarawak. Sangat best n mcm2 pengalaman ad tu tak kira lg ngn misunderstanding sbb xpaham orang-orang veteren kota samarahan cakap...huhuu Bahasa Melayu Sarawak yg d guna mmg ada beza sikit n bese nye aku faham n bole reply blk tp ad certain makcik2 n pakcik2 ni ckp pekat sgt n sgt cepat...maka aku yg lambat pickup ni xpaham...lain d suruh lain yg dibuat...huhuu Ok.malas ckp byk slmt menjamu mata yep ngn pic ni...


EPISOD CINTA
PENYATUAN DUA HATI
KHADIJAH & MIZIE

4-5 Jun 2011
Kampung Tanjong Bundong, Kota Samarahan
Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak

.:: Sekitar Majlis Akad Nikah ::.
4 Jun 2011
Kampung Tanjong Bundong, Kota Samarahan




.:: Majlis Walimatul Urus ::.
5 Jun 2011
Dewan Suarah Kota Samarahan, Sarawak


Pelamin ni buat sendiri taw...smpai x tido mlm menyiapkan pelamin. Lenguh tangan meng"iron" kain yang berkoyan-koyan 2...huhuu







Famili maklong




ni famili aku <3



Time makan keluarga

Banner yang gantung kt depan umah maklong



Ni pengantin lama...hehheee My mom n dad :)


Tembaga 2 pak jang yg punya (tukang sponsor pelamin)...penat mengelap smpai kilat sbb dh t'kena taik lipas...
trima kasih magic clean..




ini kak hajar(kazen aku la adik kpd pengantin) sorang gadis yg sgt penting dlm pengurusan majlis ni...sume kalo tak taw tanya dia...huu




ini the GROOM =A.MIZIE




ni plak ini the BRIDE =K.IJAH


Potong kek time...kek di sponsor oleh mak ngah...bole tahan jugak la rasa dia...
em.....tamat sudah entry ni. Lepas ni kita tgk giliran sapa plak yep...sila ckp awal2 yep sng nk book tiket blk kampung...heee