Sunday, April 10, 2011

Update Blog kt skola:katak puru punye cite...hehehee

Assalamualaikum...morning semua... Pejam celik2 kejap jek dh nk habis 1 bulan praktikum kt sni... X terase pn...maybe sbb org2 kt sni semua nye super awesome kot...huhuuu. Ekceli xdek pe yang menarik pun nak citer melainkan kisah datang lewat ke skolah arini. Mantap gilak kol 7.40 baru sampai skola...

Ok tutup cite datang lambat nak bukak pulak citer pasal buah pelik... Em...korang penah dengar x pasal buah katak puru????penah x???pelik kan nama die. Rupa die pn pelik. Bentuk macam karipap tak jadi pas2 berbonjol2 xde bau. Aku mmg x penah tengok buah ni b4 ni. Memang jadi antara orang-orang yang teruja a.k.a "perak" (ikut loghat utara) bila tengok buah ni...huhuuu Buat malu je, sbb semua orang pun taw pasal buah ni.

1st time tgk memang agak takut gak aku nak makan...huhu ntah pe rase agaknye. Sedap ke tak ke....manis ke pahit ke masam ke. Tapi bile dh rasa...uhhh..sodap... Memang terbaik lah. Rasa macam buah jambu versi masam pn ada gak. Kne bg big2 thanks kat kak Zura yang berbaik hati membawak buah "katak puru" tersebut jauh-jauh dari Kelantan.

Untuk kawasan area selatan buah ni dipanggil buah nam nam kalau tak silap la...utk area utara x dapat dikesan namanye sbb aku pun xpenah jumpa buah nih...huhuuu

close up sikit

juicy kn...




Friday, April 8, 2011

Mengertilah

Kalau bertanya, ertinya aku sayang
Kalau bertanya, ertinya aku prihatin
Kalau bertanya, ertinya aku kasih

Realiti

Bukan aku ingin menyibuk
Bukan aku ingin kecoh
Hanya sekadar ambil berat
Tanda dirimu aku sayangi

Tapi telagah akhirnya
Mengapa...mengapa...mengapa??
Aku yang mudah tersentuh
Atau kau yang tak pernah mengerti.



p/s:hakikat hidup adakalanya sukar untuk difahami...belajarlah untuk mengerti. Biar sakit terasa sekarang tapi manisnya berkembang nanti. Sekadar luahan rasa hati tika ini.

Thursday, April 7, 2011

Nasib guru hari ini...


KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. - Bernama


p/s:seram pulak rasanya nak jadi cikgu...alhamulillah buat masa ni blom ada lagi pengalaman ngeri di sekolah... :)

Saturday, April 2, 2011

Karya Tin Kosong

Assalamualaikum...slmt petang semua blogger-blogger. Arini tuan punya blog tak mau bebel-bebel panjang-panjang mcm slalu. Tapi juz nak upload projek yang penah tuan punya blog buat n description sikit-sikit jek pasal karya nih. Ok ni adalah karya pertama yang tuan punya blog buat utuk projek die. Tapi kene reject.

Alasan nye pic yang digunakan blur pada muka subjek.
Ok tuan punya blog pn tukar lah pic yang lain. N hasilnya macam ni


Pun sama jugak...kene reject lagi. Ok fikir punya fikir berhari-hari...maka dapat lah idea nih...
walaupun simple tuan punya blog puas hati sbb dh approve...hehehee

tadaaaaa...ni lah hasil nye. Jangan pening yek..huhuuu

Sedikit description:

Karya ini dihasilkan berdasarkan 1 tugasan yang diberikan dibawah kursus Pendidikan Seni Visual. Tema tugasan ialah Penantian dan lokasi yang dipilih ialah di stesen kereta api di sekitar Kuala Lipis.

Tajuk: Ku Tunggu Mu
Tema: Penantian
Media: Adobe Photoshop CS
Typeface:Alberta Extralight & adventura
Kamera: Sony Alpha DSLR A330
Tempat: Stesen Kereta api Padang Tengku



Sekian.
•.¸¸.•♥´Pengubat bosan.... •.¸¸.•♥´
(^____^)

Friday, April 1, 2011

Anak Murid Koi :)

Assalamualaikum semua...Hai blogger-blogger yang awesome. Petang ni koi nak update tentang permata hati di tempat skolah koi praktikum..hehehehe tetibe ckp pahang kn...pada hal orang penang. Tak pe kata orang masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau mengaum, tapi awas jangan berani-berani masuk ya. Ok bak to da topic. Permata hati di tempat skolah aku praktikkum. Masuk sem ni aku sebagai seorang bakal guru perlu menjalani 1 amalan profesional yang dipanggil praktikum. Ni adalah praktikum fasa 1 yang perlu dijalani selama 1 bulan ye bermaksud 4 minggu. Aku dapat skolah yang dekat je ngn IPG. Nama skolah ni Sekolah Kebangsaan Relong dalam daerah Kuala Lipis. Majoriti budak-budak kat sni sume nye ckp gune koi, keh, kome, deme n loghat nye agak sukar ye utk faham bagi pertama kali. Tapi lepas 1 minggu da ok dh. Dh siap ckp gune kome-deme lg ngn cikgu-cikgu kat situ....hehehe tapi cikgu tu ckp aok kene makan ikan patin lebey dket ni...huhuuu Em...ni la anak-anak murid koi...

l
l
l
l
v







ni aini aqilah


farahiyah tgk apa2?

ngah hafal sajak ke??


yg ni hariz


ni adam..tgh buat pe2?

ini nuha
ni wahida...sgt nakal..huhuuu

faslina n izzati
budak cun ni siti aishah
yg ni fatin nazihah


iskandar buat peace

ni athfin..ank cikgu ariza

ni haikal tengah bersandar santai...


yg ni koi x ingt nama dia..hehe

yang ni jannah
yg ni sarudin ngn iskandar
ini nama nye saiful

Ni plok view kt hujung padang skola koi...chantek kn...gua bama namanya. setiap pg mesti koi rse nk pandang jek gua tu...sejuk rasa...damai sgt...