Sunday, February 27, 2011

Ulser giat menyerang apabila...??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...salam 1 Malaysia. Hye semua...macam dah trademark lah pulak ek...hehehee Ok.entry ni saya nak cerita pasal penyakit ulser atau bahasa kampung nya sakit mulut atau lagi best nama dia mata ikan. Penyakit ni paling mudah menyerang manusia tanpa mengira usia, waktu mahu pun kelas sosial. Ulser yang tumbuh di bibir juga dikenali sebagai Apthous Ulcer. Ia boleh disebabkan oleh :
  • stress
  • alahan kepada sesetengah makanan
  • kekurangan vitamin B12
  • vitamin C
  • Folic Acid
  • merokok
  • ubat gigi yang mengandungi sodium Lauryl Sulfate
Masalah ini juga boleh terdapat dalam salah silah keluarga. Untuk masalah ulser mulut ini, anda bolehlah membeli ubat seperti Bonjela, Oral Aid atau Dexaltin untuk merawat masalah ini. Jika masalah berlanjutan, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.



p/s: awk, td sy baca majalah atin...pas2 terjumpa pasal benda ni...so sy post sbg entry sy....di tujukan special kepada awk (>_6)

Thursday, February 24, 2011

Pencuri Beras Behati Hitam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia hari ni xde pe nk cakap sangat juz nk kongsi 1 berita yang baru je terbaca tadi kat Kosmo Online kisah tentang pencuri beras.

IPOH – Seorang pemandu treler kecewa dengan sikap orang ramai yang ghairah mengutip beras yang bertaburan dalam satu nahas daripada menyelamatkan dia dan rakannya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim, Kuala Kubu Bharu kelmarin.

Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22, mendakwa sikap jelik pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan rayuannya supaya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan kelindan lori, Hanafi Mohd. Daud, 19, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Dalam kejadian itu, Hanafi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Ahmad Rozlin cedera parah di tangan dan kaki kiri.

Lebih mengharukan apabila Ahmad Rozlin mendakwa dia dibiarkan terlantar selama lebih sejam di atas bahu jalan tanpa dipedulikan oleh orang ramai yang ghairah mengutip 43 tan beras tempatan pelbagai gred yang tumpah selepas kemalangan. Ketika itu dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor dari Perlis.




AHMAD ROZLIN yang dirawat di HRPB, Ipoh semalam menceritakan kekecewaannya dibiarkan selama sejam atas jalan oleh orang ramai.


p/s:untuk berita lanjut, sila baca KOSMO hari ini 24 Feb 2011

Sunday, February 13, 2011

Akibat Cinta 14 Februari



Akibat Cinta 14 Februari

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? Semuanya akibat
cinta buta 14 Feb


Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu
menjawabnya. ..

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu



Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya

Benarkah bu?



Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu

Tapi benarkah bu?


Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...

tapi benarkah bu?



Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?



Mengapa ibu?

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....



Friday, February 11, 2011

orang yang suka kura-kura tu seorang yang keras kepala sekeras cengkerang kekura

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan seperti biasa salam 1 Malaysia... :)
Em...dah beberapa hari x update blog. Aritu bukan main semangat lagi cakap nak aktif berblogger smula kan...hehehee Bukan pe, bila dah balik kampus masa macam dah jadi pendek pulak. Xsempat nak mengadap bende alah ni + keje plak ari2 makin bertambah. Ada je tugasan baru. Xpe kite abaikan tentang tu.
Untuk entry kali ni, aku ada satu tajuk best nak kongsi. Ok...betul ke kata orang, orang yang suka kura-kura tu seorang yang keras kepala sekeras cengkerang kekura. Ego, panas baran, lambat dalam sesetengah hal menjadi kebiasaan seperti kura-kura tapi bijak mengatur strategi dan suka berusaha. Betul ke eh teori ni?? Bende ni ada lah sorang hamba Allah yang cakap kat aku. Dia kata berdasarkan pemerhatian dia terhadap aku. Tapi aku ni ego n keras kepala ke???? huhuuu...entah lah...hanya orang di sekeliling aku je yang ada jawapan nya.
Walau apa pun orang nak cakap aku tetap suka kura-kura. Biar pun keras n sejuk je tapi kura-kura tetap paling comel n tak banyak karenah. Trima kasih cik Didi sebab masih setia dengan saya...n hopefully sampai bila2...jangan lari taw, walaupun kamu slalu kena tinggal kt rumah n di take over oleh mama. Saya x bole bawak kamu balik lipis sebab nanti kamu kena rampas. Lebey baik duduk kat rumah ngn mama...heheheee




Ok...gambar ini sekadar hiasan semata-mata tidak ada kena mengena dengan tuan punya blog mahu pun kura-kuranya.

Tuesday, February 1, 2011

gilo buat coklat!!!!!

Assalamulaikum semua, selamat sejahtera&salam 1 Malaysia.... =)
Rasa nya mmg dh lama sangat kan x update blog ni.Ada kot baru 1 kali update utk tahun ni. 2 pun kurun bila ntah....heheheeee Em...ekceli sejak dua menjak nih, minat nk tulis blog mcm dh hilang plak. Tapi tetiba mlm ni mcm smangat blk nk tulis blog. Fikir punya fikir nak tulis tetang pa akhirnya dapat idea utk tulis sal HOBI BARU SAYA. Heeee.....skrg ni sy dh ad 1 hobi baru. Hobi suka bwt cupcake dulu 2 da letak tepi kejap, tapi dh ganti dengan 1 hobi baru iaitu---->buat coklat. Homemade choco. Skrg ni sgt rajin cari resepi n tips2 baru utk bwt Homemade choco. Tringin sgt nk msk bengkel buat Homemade choco. Tapi blom ada peluang lg.

Em....ckp pasal Homemade choco ni sebenar nye coklat yang mcm mn paling sesuai di guna eh...??? Senang je....Ada dua jenis coklat yang boleh kita guna iaitu compound choc n couverture choc. Compound choc n couverture choc tu apa yek??? Sebenarnya coklat couverture ialah coklat yang dibuat dengan menggunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko @ dalam bahasa omputih nye cocoa butter. Coklat compound tu pulak ialah coklat yang menggunakan lemak sayuran contohnya dari kelapa sawit (vegetable fat) .

Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat couverture ialah Ferrero Rocher, Cadbury, Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tuen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop. Selalu nya dijual sebagai dark chocolate (cocoa, cocoa butter &gula), milk chocolate (cocoa, milk powder, cocoa butter& gula) dan white chocolate (milk powder, cocoa butter&gula). Bagi yg masih lagi beginner seperti sy lebih mudah rasa nya kalau guna coklat compound bagi mengelakkan dari coklat anda tak jadi sebab nya coklat 'semi-finished" mcm coklat compound adalah lebih mudah digunakan dan tidak perlu di temper b4 msk dalam mold. Tapi kalo guna coklat couverture mmg terbaik lah...shedap wooo.....hehehee...

p/s:sy nih gilo membuat aje...mkn nye idokkk.....huhuhuuu maka dengan itu adik-adik saya lah mangsa menghabiskan coklat yang telah dibuat oleh kanda terchenta....



*gambar sekadar hiasan