Thursday, December 24, 2009

:..New Year Giveaway..:

"Sticky Mode"

New giveaway for a new year.....



giveaway contest OWNER

http://lavender4all.blogspot.com/

Anda berminat????
Macam mana nak join????
Senang je tu.....


Syarat-syarat ;

1 : Tulis entry tajuk '' New Year Giveaway ''.

2. Dalam entry kene ada gambar (banner) "New Year Giveaway". Pastikan banner ada di sidebar anda. Link ke2nye ke http://lavender4all.blogspot.com/

3 : Jadi follower & add link blog ini dalam blog list anda.

4 : Setelah siap entry anda, sila tinggalkan URL-link-giveaway-anda di ruang comment entry ini sebagai tanda anda menyertai contest ini.

5. Entry perlulah sticky mood sehingga 31 December 2009

6. Tarikh tutup : 31 December 2009.

7. Hadiah merupakan sebuah "Wine Bottle Umbrella".

8. Pemenang dipilih secara rawak. Tidak layak bagi yang tidak memenuhi syarat.


Mau kongsi lagik...

Em...kalo ari2 aku share resepi untuk buat pizza, kali ni nak kongsi lagi 1 resepi best. Sebenarnye dah lama aku nak post entry nih tapi tergendala sebab aku tak taw kat mana letaknye kamera yang aku guna untuk amek gambar khas untuk entry nih.Tapi arini dah jumpe...hehe Em...Tak de apa-apa yang istimewa pn tp just nk kongsi resepi muffin vanilla coklat cadbury yang aku buat last week. Muffin neh aku buat khas untuk cousin aku kat kampung. So kalo ada sapa2 yang tertarik or b'minat bolehlah print resepi nih ye....sekadar suka-suka berkongsi...

Ok bahan-bahan nye ialah :

Bahan A
200gm mentega
260gm gula
2gm garam(tak letak pun takpe)
28gm susu tepung
28gm serbuk vanilla aiskrim

Bahan B
2 biji telur gred A

Bahan C
300gm air
1 sudu teh esen vanila

Bahan D - Diayak bersama
400gm tepung superfine
20gm serbuk penaik

Bahan E
Coklat Cadbury (ikut suka banyak mana)-patah-patahkan menjadi kecil-kecil
Coklat cip
Coklat masakan
2 sudu Shortening
Badam cincang
Coklat urai(chocolate rice)

Cara-caranye ialah:

  1. Pukul bahan A sampai kembang
  2. Masukkan telur satu persatu. Selang-selikan bahan C dan D
  3. Setelah siap gaulkan coklat cip ke dalam adunan.
  4. Sudukan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas. Taburkan kiub coklat cadbury ditengah dan tutup coklat tersebut dengan sedikit lagi adunan. Pastikan adunan hanya 1/3 penuh sahaja supaya mudah apabila hendak menghias nanti. Jika adunan terlalu penuh, kek cawan yang masak akan menjadi terlalu tinggi dan melimpah keluar. Ini agak merugikan kerana kita perlu memotongnya sama paras dengan cawan kertas sebelum dihias.
  5. Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
Untuk hiasan:-masak coklat masakan secara double boiler. Campurkan sedikit shortening untuk menghasilkan coklat yang cantik berkilat. Tuangkan ke atas kek cawan dan hiaskan mengikut kreativiti anda sendiri.

p/s:AWAS jangan sekali-kali pindahkan adunan kek cawan ini menjadi kek blok kerana adunan ini tidak sesuai untuk dijadikan kek blok.


Maaflah andai kata hiasan pada kek yang saya buat nih tak cantik...al maklumlah saya budak baru belajar....

Mudahkan...so Slamat mencuba



Wednesday, December 23, 2009

Aku mau JOIN contest lagi!!!!!

Ok setelah berpenat lelah berjalan-jalan(ye jek...huuu) daku menjumpai lagi satu contest baru yang sangat menarik hati ku untuk join. Ya....contest ini diberi nama
photo contest AKU DAN ......yang telah di anjurkan oleh cik VRDESIGN

melihat bannernya sahaja hati ku sudah tertarik jadi seandainya anda berminat untuk join contest nih bolehlah layari blog ni :

http://vrdesign87.blogspot.com

Em...tak mau crita banyak, saya pilih gambar ni untuk contest nih




sini ada dua gambar,cik VRDESIGN tolong lah pilihkan yek...hee


tajuk 2 gambar nih AKU DAN CHUCOQ CEMPEDAK KU YANG MANIS...
ok tak????huhu...Walaupun cucur cempedak goreng ni nampak biasa je macam tak dak ape2 yang istimewa pn tp ia tetap jadi pilihan hati ku.
Kenapa?? sebab cucur cempedak adalah feveret ku...
aku memang gila makan cucur cempedak, bagi banyak mana pn aku boleh habiskan.
Tapi dalam kesukaan aku makan cucur ni sebenarnya ada satu rahsia yang aku simpan...
ha....demi contest ni aku rela bocorkan...hee :)

Alkisahnye bermula di suatu hari bila tekak ni tringin sangat nak makan cucur cempedak. Mama tak de kat rumah time tu so nak tak nak kena lah buat sendiri walaupun hakikatnye
tak reti pun...huhu(buat malu je kan)

Aku pun dengan semangatnye apa lagi mengopek buah cempedak
dan mengeluarkan semua isi-isi nya....
Bau die je...peh meleleh air liur...x sabar rasanya nak makan.
Bila dah kopek buah cempedak, aku bancuh tepung dengan penuh bergaya umpama seorang chef layaknya...dah tu terus panaskan kuali.

Dalam sambil2 panaskan kuali drama ANAK BETONG da start...sementara tunggu minyak panas aku pikir ok kot menyelinap jap tengok TV....hehe
so mengadaplah aku depan TV tu.

Tiba-tiba adik aku menjerit panggil aku, dia cakap dapur terbakar, aku pun apa lagi menggelabah lah. Terus lari pegi dapur, rupanya kuali yang aku tinggal tadi
terlalu panas dan api menjulang tinggi sampai ke kabinet dapur.
Memang panic giler...aku plak dah tak pikir panjang terus curah air kat kuali tu.
Aku ingat bila da tuang air api pun padam tapi api jadi makin besar.
Ya Allah masa tu memang tak tau nak buat apa...last2 aku campak kuali tu kat luar rumah.
Bila kena pasir api tu pun padam.Nasib baik rumah aku tak terbakar. Kalo tidak, tak berumah lah aku...huhu memang terserlah kebodohan ku time tu. Buat malu je...macam orang tak penah blaja Sains plak minyak dilagakan dengan api...huuu

Sejak dari tu aku memang fobia skit bila nak menggoreng...haha macam terbayang-bayang jek api yang menjulang tinggi tu. Semuanya pasal cucur cempedak goreng. Tapi ok gak bila dah jadi cam ni, at least aku ada blaja sesuatu untuk diri sendiri.
Walaupun cucur cempedak meninggalkan fobia untuk aku tapi CUCUR CEMPEDAK tetap menjadi PILIHAN HATIKU....


aIK...tak sedar lak entry aku neh dah terlampau panjang.
Mintak maap lah ye semua kalo bosan menbaca entry nih..
bukan apa, sekadar berkongsi bersama....

lastly buat miss VRDESIGN slamat menjudge ye...

Tarikh Tutup : 25 December 2009(Jumaat)-jam 11.59pm...

Nama pemenang akan di umumkan pada 27 December 2009(ahad)-jam 12.00am...

kepada yang berminat Slamat mencuba!!!

Tuesday, December 22, 2009

My best DECEMBER photo shot

Entry ni di namakan sebagai My best DECEMBER photo shot. Kali ni aku nak share sket gambar-gambar yang dah aku amek sepanjang round KL last week. X banyak sangat gambarnye tp ckup lah sekadar menjamu mata anda...

















Sunday, December 20, 2009

Jom pakat mai pekena.....

Assalamualaikum sume....Salam Maal Hijrah 1431H. Hopefully masih belum terlambat ye nak ucap..hehe...

Em...da lama x update blog kn, sebenarnye tatau nk tulis pe. Tak pe lah untuk entry kali ni nak promot je lah...hehe. Promot kedai Char Koay Teow(sori kalo ejaan tak betol..hee) yang famous kat Penang. Baik punya...

Ok kedai ni nama nya Kedai Char Koay Teow Sungai Dua. Kedai ni memang famous kat Penang. Pendek kata kalau dok kat Seberang Perai tak tau kedai ni jangan ngaku jadi orang Seberang Perai...(ayat bahaya di situ).



::Sini ada skit info pasal kedai ni::
l
l
l
v

  • Dibuka 5 petang hingga 3 pagi
  • Ditutup pada hari Rabu
  • Menu
  1. Char Koay Teow -Kecil (RM3.00)
  2. Char Koay Teow -Besar (RM4.00)
  3. Char Koay Teow -Special (RM4.50)
  4. Nasi Goreng Udang (RM4.50)
  5. Udang Goreng Sepinggan (RM5.50)












Tuesday, December 15, 2009

Aku Mula Berjinak-jinak dengan sesuatu...

1stly...Assalamualaikum semue....Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.


Em..kat sini nak citer lah sket pasal satu benda yang aku mula nak berjinak-jinak...huhu sesuai ke ayat tu. Kire on je lah. Em ni adalah 1st contest yang aku jaoin sejak sekian lama berblogger. Yeah...dalam aku jalan2(blog walking) aku jmpa entry pasal benda neh...Macam tertarik jek..Ok di pendekkan citer aku sebenarnye nak join Kak Suha nye GIVEAWAY NASUHA.Owner kepada giveaway ni namanya NASUHA BINTI AHMAD HELMI. Kak suha ni sebenarnye adalah senior ku kat IPGM. Die mmg kreatip pn...n 1 benda lg sgt rajin wat bnda2 chomel neh.Mmg salute lah kat die...sanggup giler wat keje camni...huhu. Ok xnak citer panjang2 maka daku ingin mempromote lah sket pasal giveaway neh...em...mn2 yang berminat check it out here kayh... http://nasuha-chua.blogspot.com/

Sape-sape pn bleh join benda nie. Nak taw cara ye????Let's check...

l
l
l
l
l

v

cara2 nak melayakkan diri untuk menang giveaway nih

bagi yang ada blog:
l
l
v

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi. ;p
2. buat post di blog anda tentang giveaway ni. sertakan gambar hadiah giveaway dan link untuk ke blog saya ni.
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua diatas (sertakan link anda)

[BONUS: sertakan 1 gambar kad rekaan saya yang anda paling suka dan anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang jika anda nak,taknak pun tak ape =)]

bagi yang tiada blog:
l
l
v

1. jadi kawan (follower) saya jika anda belum jadi lagi.
2. hantarkan email kepada 3 orang rakan dan di'CC' kepada saya chua1403@yahoo.com
3. tinggalkan komen di post ini menyatakan anda dah buat semua di atas (sertakan nama penuh dan alamat email).

[BONUS : hantar email kepada 3 orang rakan lagi dan di'CC'kan kepada saya,anda akan dapat 2 penyertaan,ini terpulang kepada anda,tak wajib]

Tarikh last penyertaan neh 10.00 pm pada 25 Disember 2009 dan pemenang akan dipilih melalui cabutan nama oleh adik kak suha iaitu maman!! cabutan nama akan dilakukan pada 26 Disember 2009


antara hadiah yang ada:
l
l
v

1 set 'Sweet Treat',10 jenis riben (ada yang 1 meter dan 1/2 meter) ,3 sellotape kartun,1 set kertas bintang yang cute,1 set butang pelbagai warna dan 1 bar cadbury chocolate (sebagai penambah manis di mulut ;p)

ni gambar giveaway yang korang akan dapat kalo join
l
l
v


Ok...dalam banyak2 kad yang kak suha pernah bwat, aku paling suke skali kad yang ni
l
l
v



nak taw kenape????sebabnye aku lah pemilik kad tu...hehe kad ni aku dapat time my 20th birthday ari2, roomate aku yg bg...sweet kn huuuu...

berminat????bleh lah cube naseb yek....hehe

GIVEAWAY NASUHA

Friday, December 11, 2009

Selama ini ku mencari-cari...

"Selama ini ku mencari-cari, teman yang sejati buat menemani perjuangan suci"



Ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini
bukan hanya untuk ketawa,
ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis air mata.
Ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian,
dan ada masa kesunyian membuatkan kita
tidak akan pernah lupa betapa bernilainya seorang teman.....




Wednesday, December 9, 2009

Baik punyer...yummie....

Hehe...1stly Assalamualaikum semue...
Harap2 semua sehat lah hendaknya, InsyaAllah. Em...sejak ada hobi baru ni smakin ari pulok aku turun ke dapur. Rupenye memasak neh sronok jgk yek...huhu Sblm ni bukan xnak masak tp kurang minat sket. Walaupun aku malas masak tapi aku suka buat kek. Ni hobi yang paling xleh tinggal. Kadang-kadang mama sampai marah sebab asek buat kek jek sbb kat rumah aku xde sape2 jd xde orang yang nak makan. Last skali antar kat adik aku kat hostel...hehehe Hm...tengah ari tadi aku buat pizza ok la. Xde la teruk sangat pun rasa nya. Penat la jugak menguli nye...Resepi ni mak aku punye so boleh lah yek di kongsi di sini. Bak kata orang sharing is caring kan...Em slamat mencuba ye...



Bahan-bahan
Untuk doh pizza
* 200g / 2 cawan tepung gandum
* 20g / 2 st yis segera
* 3g / 1/2 st garam
* 5g / 1 st gula
* 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
* 1/2 cwn air suam untuk menguli

Untuk sos pizza
* 1 labu bawang besar - cincang halus
* 2 ulas bawang putih - cincang halus
* 2 biji tomato - cincang halus
* 2 sb minyak masak
* 3 sb tomato puri
* 2 sb sos tomato
* 3/4 st gula
* 1 st oregano
* garam & gula

Untuk Topping
* Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
* Lada benggala hijau atau merah, tomato
* Cendawan butang, bawang besar, nenas
* Keju(seeloknya keju mozarella) untuk pizza

Cara-cara
Untuk doh pizza
  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling/tuala lembab.
  3. Letakkan mangkuk dalam suhu bilik selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Sapukan marjerin/butter pada acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

Untuk sos pizza

Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

p/s: kalo malas nak buat sos piza gunakan tomato yang dah siap jual kat kedai pn boleh jgk contoh paling senang Pregio. Kat sini sy x guna loyang bulat tapi segi empat sbb loyang bulat tu xmuat nak masuk oven...hehe

Monday, December 7, 2009

Lagi crite Pulau Pinang

Bagi penduduk Pulau Pinang sudah semestinya arif dengan satu aktiviti wajib bagi setiap akhir tahun di Pulau Pinang. Apa aktiviti tu???Ha….ni lah yang dikatakan sebagai Pesta Pulau Pinang. Pesta ni lebih kepada ekspo perdagangan yang akan diadakan setiap tahun di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ekspo perdagangan ini biasanya diadakan selama sebulan atau lebih pada akhir tahun iaitu antara akhir bulan November sehinggalah akhir bulan Disember. Pesta ni yang telah diadakan sejak zaman dulu lagi setiap tahun bermula pada tahun 1960-an. Biasanya terdapat banyak badan-badan korporat yang akan mensponsor ekspo ini termasuklah Kementerian Pelancongan dan juga beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Thailand dan membuka gerai-gerai jualan. Pelbagai bentuk pameran juga turut diadakan di Pesta Pulau Pinang seperti pameran buku oleh Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, Pameran Kementerian Perlancongan dan banyak lagi.
Selain pameran dan gerai jualan di Pesta Pulau Pinang juga turut menyediakan hiburan seperti permainan outdoor dan indoor. Antara permainan indoor yang disediakan ialah permainan karom, permainan catur dan lain-lain permainan pendidikan yang boleh disertai di dewan. Permainan outdoor yang boleh dicuba di sini pula lebih kepada permainan untuk berhibur seperti marry go round, topgun, bumper car dan banyak lagi. Pada hari tertentu pula terdapat beberapa konsert yang akan diadakan mengikut tarikh telah ditetapkan. Selain itu terdapat juga satu acara besar yang merupakan acara wajib bagi Pesta Pulau Pinang iaitu Miss Pesta Pulau Pinang beauty pagent. Walau bagaimanapun acara ini hanya dibuka untuk peserta bukan Muslim sahaja.



Untuk masuk ke pesta ini bayaran yang akan dikenakan hanyalah RM 3 untuk dewasa dan RM 1 untuk pengunjung kanak-kanak. Bagaimana nak ke sini???? Senang saja…anda boleh gunakan Rapid Penang. Bas no 301, 302, 303, 304, 306, 307, 401, 502, U704 dan U705 yang melalui sama ada Jalan Sungai Dua atau Jalan Sultan Azlan Shah yang akan berhenti di stesen bas berdekatan dengan tapak Pesta.

Friday, December 4, 2009

::Anda Perlu Tahu::

Rahsia Makanan Dalam Tin


Makanan segera dalam tin atau botol sebenarnya bermula pada abad ke 19,
di mana Kaisar Napoleon telah memerintahkan orang ramai
mencari 'cara menyimpan makanan' yang tetap segar untuk bala tenteranya.
Pada tahun 1809, Nicholas Appert dari Perancis telah memperkenalkan
cara menyimpan makanan dalam botol kaca. Caranya, dengan memasukkan makanan yang telah direbus ke dalam botol kaca. Mulut botol tersebut disumbat secara longgar dengan kayu gabus.
Kemudian, direbus lagi sehingga mendidih. Setelah udara dalam botol tersebut keluar
semuanya, sekali lagi botol disumbatkan dengan kayu gabus.
Kali ini sumbatannya sangat ketat dan tidak mudah tanggal.
Inilah cara paling tua hidangan tin dan botol yang kita kenali sekarang ini.
Oleh kerana jasanya ini Appert telah dianugerahi hadiah dari Apoleon.

Thursday, December 3, 2009

Mesti mau tau...Penting!!!



KHASIAT TEH HIJAU

  • Beberapa penelitian telah membuktikan bahawa Teh Hijau berfungsi untuk mencegah pertumbuhan sel kanser. Ini kerana, teh hijau mengandungi 'epigallocetechin' yang berfungsi menghentikan pembentukan aliran darah di sekeliling tumor. Akibat aliran darah yang terhalang, bermakna sel-sel kanser akan berkurangan zat vitaminnya dan mati.
  • Meminum teh hijau sebanyak 1 hingga 2 cawan sehari, sudah cukup untuk menghalang pertumbuhan sel kanser. Akan tetapi, perlu diperhatikan cara hidangan teh hijau dengan tepat. Untuk merendam teh, turunkan suhu air terlebih dahulu hingga ke 70 darjah celcius, sebelum dituangkan ke daun teh. Suhu yang lebih tinggi, akan memusnahkan kandungan zat penentang kanser.


Monday, November 23, 2009

Penang I'm Back....hehe

Yesss....at last i'm home.Although a bit late than others, i'm still happy. I've arrived just now about 10.30pm at Penang Terminal, Butterworth. Seronok sangat2.....
Sblm balik rumah sempat lagi pekena char kuey teaw sungai dua yg dirindui slalu hehe...
Em...knp balik lambat ye? Sebenarnya kome pegi ke klantan 2 hari. Ada pertandingan Monodrama anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur. Walaupun x dapat jd johan tp pengalaman yang dikutip sepanjang program sangat berharga. Kitaorg dapat nombor empat so dapat lah RM500. Hadiah tempat pertama RM3000, tempat kedua RM2000, tempat ketiga RM1000 dan saguhati RM500. Majoriti peserta yang masuk pertandingan ini memang dah biasa berlakon pun so no wonder lah kalau diorang menang. Lagi pun dorang memang dah banyak kali pun masuk pertandingan macam ni dah kire macam dikategorikan sebagai profesional lah...hehe...Apa-apa pn tahniah kepada saudara Mat Ayie sebab berjaya membawa watak yang sangat mengagumkan dimata ku... Kepada semua krew, usaha penat lelah anda tidah sia-sia....Akhir kalam TAHNIAH bua semua sama ada yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Wednesday, November 4, 2009

Almarhum Tengku Hajah Afzan bt. Tengku Muhammad


Almarhum Tengku Hajah Afzan bt. Tengku Muhammad

SPB Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad diputerakan pada 4 Disember 1933 di Kuala Terengganu. Baginda ialah anakanda keempat YTM. Tengku Muhammad ibni Almarhum Sultan Ahmad Al- Mu'adzam Shah dan Tengku Hajah Mandat binti Tengku Mustafa dan cucunda DYMM Almarhum Sultan Ahmad Shah I, Sultan Terengganu.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Melayu Pekan dan menerima kelas bimbingan khas dalam bahasa Inggeris.

Pada 22 April 1944, ketika berusia 21 tahun, Baginda diijabkabulkan dengan SPB Tengku Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar, Tengku Mahkota Pahang dan menjadi Tengku Ampuan Pahang dan dikurniakan tujuh anak, dua putera dan lima puteri iaitu YM Tengku Mariam, YM Tengku Muhaini, YM Tengku Aishah, KDYTM Tengku Abdullah Tengku Mahkota Pahang, YM Tengku Abdul Rahman, YM Tengku Hajah Nong Fatimah dan Tengku Hajah Shahariah.

Tengku Hajjah Afzan telah mangkat pada tahun 1988 akibat penyakit kanser seminggu selepas bonda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah , Tengku Ampuan Besar Raja Fatimah dan seminggu sebelum bonda baginda Tengku sendiri mangkat.






Saturday, October 31, 2009

Exam Week Coming

Jadual Peperiksaan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(Dengan Kepujian)
Semester 2
Institut Pendidikan Guru


Opsyen :
Pendidikan Seni Visual/ Bahasa Melayu/Pendidikan Jasmani



10 Nov 2009 (8.30-11.00 pagi)
EDU 3103 - Murid Dan Alam Belajar


12 Nov 2009 (2.30-5.00 petang)
PSV 3103 - Kreativiti Dan Seni Kanak-Kanak


17 Nov 2009 (8.30-11.00 pagi)
PSV 3104 - Kajian Dan Pengurusan Kurikulum PSV KBSR


18 Nov 2009 (8.30-11.00 pagi)
PJM 3102 - Pergerakan Asas



Selamat Menduduki Peperiksaan

Wednesday, October 28, 2009

Berakhirnya penantian

Ni ada 1 kad raya yang aku sgt2 tunggu di balas...hehe Kad raya dari Brunei. Hari tu time bulan puasa aku pos kad raya kat Sultan Brunei dan kad raya tu di reply.....hehe Sebenarnya ni tahun kedua aku hantar. Tahun lepas pn aku hantar gak. Pasni bleh bwt koleksi peribadi...heee ;)









Asal usul web blog

Web Blog budaya siber masa kini

Oleh: FIRKHAN ALI HAMID ALI


MEMBAWA kandungan web blog kadangkala boleh membawa kepada keasyikan. – Gambar Hiasan.

Dewasa ini, isu Blogger sering kedengaran di merata-rata tempat di negara kita termasuk dalam majalah, akhbar atau televisyen.

Namun, masih ada di kalangan kita yang tertanya-tanya berkenaan dengan Blogger ini. Apa itu Blogger?

Blogger adalah seseorang yang mengendalikan Web Blog. Apa itu Web Blog ? Web Blog adalah laman web yang berorientasikan pengguna sama seperti laman web kendalian Geocities, Tripod dan lain-lain.

Penulisan atau kandungan bagi Web Blog tersebut adalah seperti sebuah buku log atau buku catatan atau buku diari yang bersifat personal tetapi dihebahkan secara umum di Internet.

Sebelum web blog menjadi popular di kalangan komuniti digital, terdapat beberapa bentuk laman web yang digunakan mereka untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat di persekitaran Internet seperti Usenet, forum elektronik, senarai kumpulan e-mel, sistem papan elektronik atau BBS dan lain-lain.

Web Blog ini bermula dengan laman-laman web personal yang ditulis secara bentuk penulisan diari.

Para penulis berkenaan menggelarkan diri mereka sebagai seorang penulis diari atau jurnal.

Justin Hall yang telah menceburi diri dalam dunia penulisan blog ini selama lapan tahun sejak 1994 lagi adalah merupakan di antara Blogger yang terawal. Beliau merupakan seorang pelajar dari Kolej Swarthmore di Amerika Syarikat.

Biasanya web blog mengandungi komentar atau berita berkenaan sesuatu perkara seperti politik, teknologi, komputer dan sebagainya.

Ia sama seperti laman web yang lain yang mengandungi teks, gambar atau pautan ke laman web lain dan kemungkinan terdapat format media yang lain seperti audio, video atau animasi.

Malah ada juga blog yang hanya fokus kepada satu jenis media sahaja seperti sama ada teks sahaja atau video sahaja atau gambar sahaja dan sebagainya.

Namun begitu ciri yang paling penting yang ada pada kesemua web blog ini adalah terdapat ruang untuk memberi komen seperti laman forum terhadap kandungan yang dipaparkan.

Penggunaan perkataan Web Blog telah dimulakan oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997 dan perkataan blog telah diperkenalkan oleh Peter Merholz.

Peter Merholz telah membuat gurauan ke atas perkataan Web Blog dengan menukarnya kepada web blog di dalam laman personalnya, Peterme.com pada Mei 1999.

Lama-kelamaan ia telah menjadi satu perkataan yang biasa digunakan bagi menunjukkan seseorang mengedit atau memuat turun maklumat ke dalam Web Blognya.

Pada peringkat awal, pembangunan Web Blog hanyalah menggunakan teknologi biasa yang digunakan untuk membangunkan laman web personal seperti HTML, CGI PERL, perisian - perisian membangunkan web dan sebagainya.

Kini, Web Blog telah menggunakan teknologi-teknologi yang terkini yang digunakan dalam pembangunan portal web seperti Web 2.0, XHTML, Ajax, CSS, REST, RSS dan sebagainya. Ia telah menjadikan Web Blog kini lebih berbentuk dinamik, disusun secara lebih teratur dan berorientasikan pengguna.

Secara umumnya Web Blog ini memiliki ciri-ciri seperti kemasukan secara satu muka sahaja (single page entry), komentar atau penulisan diletakkan secara tersusun mengikut masa dan tarikh ia ditulis. Ia dipersembahkan kepada umum menerusi Internet, mempunyai satu penulis sahaja bagi satu akaun blog dan susunan kolum-kolum di laman utama Web Blog boleh diurus susun aturnya oleh Blogger.

Penulisan Web Blog ini merupakan satu dimensi baru dalam dunia penulisan.

Dengan bantuan teknologi web dan Internet, penulisan ini dapat dibuat dengan lebih cepat dan disebarkan dengan lebih cepat dan meluas.

Walaupun penulisan Web Blog ini memberikan kebebasan kepada semua orang dalam menyampaikan idea, pendapat dan sebagainya menerusi web dan Internet, ia juga boleh tertakluk kepada undang-undang dalam sesebuah negara kerana ada Blogger yang telah menyalahgunakan kemudahan dan kebebasan ini untuk kepentingan diri sendiri.

- Firkhan Ali Hamid Ali ialah pensyarah di Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Monday, October 26, 2009

So poor...

Dalam aku sibuk2 b'blogger td tetiba terasa nk kuar bilik jap amek angin petang. Tengah syok2 amek angin aku nmpk sesuatu yg luar biasa kt blok aku. Rupa2 nya ada org yang tadah air hujan kt bawah. Sadis btol aku tgk...huhu Tahu lah kat blok Anggerik neh xde air tp xkn sampai tadah air hujan kot chek adik weh....hee Apa2 pn Tahniah diucapkan kepada anda2 semua. Anda memang sempoi, kreatif dan fleksibel dalam apa jua keadaan. mEMANG tak salah BPG pilih anda dulu.

Sunday, October 25, 2009

2 year already....

Di sini aku menimba ilmu. Selangkah ke alam perguruan. Semoga aku kekal tabah menghadapi hari2 yang mendatang. InsyaAllah...















Lagu Negeri Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Duli Tuanku Raja kami.





Friday, October 23, 2009

Harga setitik air


Harga setitik air. Saat ini setitik air tu sgt berharga buat warga blok Anggerik IPGM KTAA, Kuala Lipis. Krisis air melanda lagi. Uh.....perkara yang menggugat kawalan emosi aku di kala pagi hari. Kenapa lah kat sini slalu sgt tak de air. Dah penat aku mengangkut air hari2 neh. Kadang-kadang kena merantau lak kt blok org cari air. Sebab blok xde air aku ngn member2 yg terchenta terpaksa mengangkut baldi meredah rumput merantau mencari air kt blok sebelah, sebelah, sebelah dan sebelah.

Takpe2 semua ni dugaan terlatih buat guru pelatih. Huhu....yelah latihan awal untuk mengangkut air. Nanti2 kalo kena posting kt kawasan pedalaman yang slalu xde air or apa2 je krisis air senang sbb dah slalu praktis kat hostel time msih blaja kt IPGM. Kan2...huhu.