Saturday, August 6, 2011

Nukilan Pagi Ahad


Kuala Lipis Duniaku

Sungguh, aku rindukan kenangan itu
Pertama kali ku menjejakkan kaki
Hati ku menidakkan
Berteka-teki didalam jiwa
Hati ku resah semakin gelisah
Bermain-main di minda
Mampukah ku lalui liku hidup ku disini

Namun kini nyata
Semuanya baik-baik saja
Aliran Jelai yg deras menggamit mataku
Kehijauanmu menyejukkan hatiku
Menyegarkan mindaku
Gemersiknya keriangan cengkerik
setia berlagu indah
memainkan simfoni warna alam

kemerduan siulan si burung
mengiringi sahutan melodi sang unggas ceria
bagai kesyahduan syair sipujangga cinta


Kuala Lipis menggamit pesona rinduku

Keindahanmu,kesejukanmu dan ketenanganmu!




Saya rindu kawan-kawan gula-gula hidup sy...dh lama x jumpa borak lama2...makan-makan gelak-gelak. If jmpa pn sembang-sembang kejap je pas2 sume org pn dh nk gerak blk ke skolah masing-masing. Even juz 2 month kesunyian amat terasa buat sy yg di tinggalkan di hostel nih...huhuu Kepada Fatin, Shalina, Zulaiha, Najwa, Nadia, Nadia Farhah, Erny Yusnira, Suhada, Sarah, Fazilah, Fazita, Hakimah, Naqiudin, Saifulzaini,Firdaus, Arham, Shanmuga n Ananthi selamat meneruskan praktikum yer kawan-kawan, tggl 3 minggu je lg...hope everything will be fine n finish wif great moments n experiences there.

note:ini hanyalah nukilan bangun tidur, sila abaikan seandainya ad yg kurg di mana2...Mode terasa nak bersajak pulak setelah sekian lama meninggalkan...huhuu


2 comments:

Unknown said...

Sungguh kehadiran kalian
Seperti pelangi selepas hujan
Walaupun masa sangat mencemburui hubungan kita bersama
Tetapi Tuhan itu maha pengasih
Dengan kurnia-Nya
Dia menitipkan rasa kasih dan sayang antara kita
Suka dan duka dikongsi bersama
Oh Tuhan indah dan nikmat kurnia-Mu
hijau bumi-Mu mendamaikan perasaan kami
Kicauan burung n unggas kurnia-Mu mempersonakan hati kami
Desir angin kurnia-Mu seperti rancaknya kehidupan kami
Sungguh bertuah diri kami
Nikmat kurnia-Mu tidak terperi
Melengkapi kahidupan kami di bumi hijau ini
Terima kasih tuhan
Membenarkan kami menghenjakkan kaki Di bumi lipis bertuah ini


p/s: sedikit puisi buat kamu n teman :-)

amie said...

puisi berkonsep ketuhanan...trima kasih awk...appreciate it (^_^)