Friday, June 24, 2011

info CIKGU PJ sihat :)


Assalamualaikum WBT. Minggu ni nk update satu pengumuman yang agak menarik bg yang berminat lah heheee...Minggu depan akan diadakan LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA. Tarikh bagi aktiviti ni ialah pada 02 Julai 2011 iaitu hari Sabtu pada jam 7.45 pagi. Lokasi aktiviti akan ditentukan oleh sekolah atau institusi masing-masing. Antara sasaran peserta ialah semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat. Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bagi yang berminat sila serahkan borang pendaftaran murid yang lengkap melalui e-mel pada atau sebelum 1 Julai 2011 kepada alamat e-mel yang ditetapkan seperti di Panduan Pelaksanaan.

Untuk Borang Penyertaan sila klik di bawah:

Borang-borang ini boleh diperbanyakkan mengikut keperluan. Semua murid/pelajar digalakkan menyertai larian ini. Walau bagaimanapun bagi guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, you are compulsory to participate this programme with no excuses. Kalau sebelum ni pelajar semester 6 dan 8 dikecualikan, tapi mengikut info yang terkini adalah diwajibkan kepada semua iaitu guru pelatih PPISMP Semester 1&3 dan guru pelatih PISMP Semester 2,4,6 dan 8. Satu taklimat akan diadakan selepas perhimpunan bulanan pada 28 Jun nnt. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani a.k.a PJ yg sehat maka dengan ini saya dengan rela hati nya menyokong dan akan menyertai larian ini dengan penuh bersemangat.



"LARGEST PARTICIPATION OF SCHOOL STUDENTS IN RUN"



.:::Sukan Untuk Semua Murid :::.



4 comments:

En. W said...

Cik Amelia,
bagaimana pula dengan Kategori Larian Murid Bersama Cikgu/Cikgu Pelatih? Adakah kategori ini wujud?

Jika wujud, saya ingin berlari dengan Cik Amelia, boleh? :D

amie said...

hahahaaa...mmg lah wujud sbb sume lari serentak 1 malaysia yg beza nye lokasi je...sila isi borang ye...hehehe

En. W said...

Maksud saya, saya ingin berlari bersama CIkgu Amelia, boleh?

Tak mahulah saya berada dalam kelompok murid-murid/pelajar, hehe :P

Tak pun, saya kena isi borang untuk penyertaan guru/pensyarah. Nanti bolehlah saya berlari di samping Cik Amelia. Boleh mengenali Cik Amie dengan lebih lanjut. :D

En. W said...

dah macam Forrest Gump pula
"Run Forrest Run"