Tuesday, March 15, 2011

Ubah persepsi anda!


Ubah persepsi anda...heheheehee tajuk nk best je kan. Sebenarnye apa yang nk diceritakan dalam entry ni ialah pasal COKLAT. OK smua pun taw kan ramai yang suka COKLAT. Tapi tak ramai yang ambil tahu tentang pengaruh dan sumbangan kebaikannya terhadap kesihatan. Ada yang mengatakan coklat adalah makanan yang tidak menyihatkan dan menggemukkan. Sebenarnya tanggapan ini perlu di betulkan kerana coklat sebenarnya mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids, yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk mengelakkan dari sistem penuaan yang cepat. Coklat juga mengandungi lapan kali kandungan anti oksida berbanding kandungan anti-oksida dalam strawberi.

Selain anti-oksida, coklat juga mengandungi phenylethylamine yang dapat menenteramkan emosi dan jiwa. Terutama skali ketika kita dilanda kemurungan dan kerisauan. So coklat lah pilihan terbaik untuk melegakan kekusutan ni. Tapi kita juga dinasihatkan supaya ambil coklat dalam kuantiti yang sederhana sebab kalau ambil berlebihan mungkin akan menambahkan berat badan dan meningkatkan kandungan gula dalam darah.

3 jenis coklat kite kena tahu:
  • Dark Chocolate atau coklat hitam(sungguh x sedap kan nama dia dlm BM..hehe): mengandungi coklat yang paling tinggi berbanding Milk Chocolate dan White Chocolate.
  • Milk Chocolate atau coklat susu: sama seperti coklat hitam tapi ada penambahan susu kat dalam die.
  • White Chocolate atau coklat putih: dibuat daripada mentega koko dan tak mengandungi koko sama skali kire macam bukan coklat asli la...

Ok, selain boleh dimakan, sebenarnya coklat pun boleh dibuat masker muka tau. Lemak coklat ni berkhasiat untuk lembutkan dan haluskan kulit dan dapat memutihkan a.k.a mencerahkan kulit. Nah...bagi pengGILA coklat...ni 1 brita baik kan. Coklat ni dapat mencegah penuaan diri tau, macam yang cakap kat atas tadi. Catechin yang ada dalam coklat merupakan anti-oksida yang kuat yang turut membantu melindungi kulit dari kekeringan dan menjadi kedut. Kalau pakai masker coklat ni, kulit akan rasa bercahaya n awet muda...heheheee..try lah buat sndiri kat rumah kalo tak percaya...




Cara Buat Masker Coklat:
Bahan-dark chocolate, garam, susu full cream.

1. Cairkan coklat guna cara 'double boiler'.
2. Campurkan dengan garam dan susu full cream.
3. Gaulkan rata n bole la sapu kat muka....

Make sure muka anda bebas luka taw...

info:Flavanoids-mampu untuk melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon.

*pakwe sy akan bagi coklat tanda dia minta maaf tp kalo dia x mintak maaf pun dia bg coklat jugak...hehehe mcm mn 2...:)
*rumet sy pun suka bagi coklat bila dia nk pujuk saya---cadbury blackforest kn..kn...kn..hehe
*mama sy pun suka makan coklat bila dia baru blk sekolah(tp bkn hari-hari la...)
*smlm sy pegi kedai yag slalu beli bahan buat kek (Apple Bakery, Kulim) utk ambil jadual kelas buat coklat dlm minggu ni, rupenye saya dh salah bulan sbb kelas 2 bulan lepas...sob..sob..sob melepas lah lagi....wuwuwuwuuuu

No comments: