Friday, December 17, 2010

Untuk Kita-kita Je!!!!

SALAM sume... Salam 1 Malaysia. Salam Muhibbah. Salam Sejahtera...hehehee Agk lame ye rasenye x update blog nih. Kesian die ditinggalkan sepi. Okeh sementara tengah semangat baru nih aku berhajat nk update blog nih. Em kali ni aku nk cite sal Sindrom PMS. eM...apa PMS tu ea..? PMS ialah singkatan bagi Premenstrual Syndrome. Sindrom ni sering menyerang atau menular ketika wanita didatangi haid. Apa yang menariknya tentang sindrom PMS ni ialah ianya boleh berjangkit. So AWAS ye. Macam mana boleh berjangkit? Ok. Contohnya, bila anda didatangi haid, besar kemungkinan suami atau pasangan anda juga turut "terjangkit" dengan gejala "moody" anda. Menurut seorang Psikoterapi Jed Diamond (penulis buku Male Menopouse), fakta ini mungkin perlu kajian lebih lanjut, tetapi terdapat banyak bukti bahawa hormon testosteron yang dihasilkan setiap bulan juga boleh menimbulkan gejala mirip PMS kepada lelaki.

Satu lagi fakta yang ingin saya kongsikan ialah berkaitan dengan waktu haid. Waktu haid seseorang wanita dengan teman terdekatnya berkemungkinan besar sama. Ahli keluarga, sahabat terdekat atau teman sebilik mungkin akan mengalami masa haid yang sama dengan anda. Menurut penjelasan pakar, hal ini disebabkan oleh signal kimia pada tubuh seseorang wanita dapat ditangkap oleh tubuh wanita lain di sekelilingnya. Em...diharap sedikit sebanyak entry kali ni dpt menyumbang sedikit info kepada anda.





Sumber: Majalah Mingguan Wanita November

3 comments:

Admin said...

so berhati2lah jika
mengesyaki ssseorang itu
mngalami pms..hehhe

amie said...

hahahaaaaaa.....

Unknown said...

tq 4 sharing :D