Wednesday, May 16, 2012

Teori Rasional Emotif (Siri III)

TEKNIK/STRATEGI UNTUK MEMBANTU KLIEN


TEKNIK KOGNITIF

Antara teknik-teknik yang biasa digunakan termasuklah:

  1. Menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan akronim A-B-C-D.
  2. Mendefinisi semula situasi negatif supaya menjadi leih positif.
  3. Menkonseptualisasi masalah menjadi holistik dan menyeluruh berbanding dengan bahagian-bahagian kecil yang terpisah.

TEKNIK EMOTIF

Teknik emotif berfokuskan domian afektif atau emosi klien. Antara teknik yang disyorkan termasuklah:
  1. Unsur kecindan membantu klien untuk melihat situasi mereka dalam perspektif, dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri.
  2. Imageri membimbing klien untuk membentuk pola-pola emosi yang positif. Contoh: menggambarkan bagaimana mengatasi ketakutan atau fobia.
  3. Latihan menyerang perasaan malu/segan membantu klien untuk tidak terlalu mempeduli persepsi orang lain terhadap mereka.

TEKNIK BEHAVIORAL

Antara teknik-teknik behavioral yang biasa digunakan untuk membantu klien mencapai matlamat kaunseling adalah seperti:
  1. Teknik operan seperti latihan asertif, pembentukan.
  2. Teknik klasikal seperti desentisasi bersistematik.
  3. Pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri.
  4. Tugasan kerja rumah membantu klien cuba dan amalkan apa yang dipelajari dalam sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing.

Sumber Rujukan:
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (2009). Penulisan Kes Kaunseling Sekolah-sekolah Menengah Malaysia. Sungai Buluh: Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Malek Muhamat Said (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Kuala Lumpur:PTS Profesional Sdn Bhd.

Mohd Aziz Shah Mohd Arip, Mohd Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, Md Noor Saper (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur:PTS Profesional Sdn Bhd.

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak.Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Puchong,Selangor. 

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling: Teori-Teori Kaunseling.Selangor:Penerbitan Multimedia.

Mok Soon Sang (n.d). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1&2) Psikologi Pendidikan&Pedagogi.Kumpulan Budiman.

3 comments:

Anonymous said...

aish, Cik Aimilia buat sy fening tau!! cikguh nih!!

nih, cikgu; Selamat Hari Guru kpd Cikgu Aimilia Syireen bt Jaminkhiri yeah!

moga jadilah guru yg camarlang dunia akhirat. Ikut Teori cikgu camarlang, Cikgu Aimilia boleh jadi cikgu camarlang nih, Amin...

amie said...

cikgu cemerlang insyaAllah cikgu camarlang xde kot =)

Anonymous said...

yolah Cikgu Aimiliah oi..
Cemerlang pun cemerlanglah :P