Sunday, August 2, 2009

Virus menular

Virus menular???apa ni??

Kalau sekarang negara sedang dilanda virus H1N1, tapi dalam kelas aku lain pulak ceritanya. Habis virus apa yang menular tu?


Huhu...sekarang kelas aku sedang dilanda satu virus yang merbahaya tetapi tidaklah membawa maut. Tapi kalau dibiarkan mungkin akan berlarutan. Virus ni senang sangat nak berjangkit. Macam mana? Ha virus ni hanya berjangkit melalui pendengaran. Sekali dengar mesti terus terperangkap.

Sebenarnya aku lah pembawa virus tu. Virus ni diberi nama VIRUS TENTANG SESEORANG. Dulu classmate aku suke kutuk aku sebab kata dorang aku minat lagu lapok. Lagu tu kononnye orang dah tak layan. Memang lagu tu lagu lama. Tapi aku nak jugak dengar lagu tu. Sebab aku rasa lagu tu macam spesel. Kalau tak silap aku lagu ni sangat famous time aku form 2 (2003). Lagu ni naik sama-sama dengan filem Indonesia Ada Apa Dengan Cinta yang wataknya Cinta (Dian Sastrowardoyo) dengan Rangga (Nicholas Saputra).

Akhirnya aku pun berusaha cari sendiri lagu ni. Dan baru-baru ni aku berjaya mencari lagu tu. Sebenarnya lagu ni ada seseorang yang suruh aku dengar. Dia cakap kalau sekali aku dengar mesti aku suka. Memang betol pun telahan yang dia buat tu. Aku memang suka lagu ni.

Sekarang ni semua orang dalam kelas aku dengar lagu ni. Bagi aku lagu ni ada sesuatu. Sesuatu yang tak dapat nak di ungkap kan dengan kata-kata tapi cukup sekadar kita memahaminya sendiri.


Kat bawah ni ada video lagu tu...kalau sudi dengar-dengarkan lah ye... ;)

video

2 comments:

ayisy said...

Ala,,dulu mana aku pernah duk Pahang. Tu yg tak tau kat mana Lipis. Hehehe...

Kau seronok ke duduk Lipis?

Syireen said...

hoho...soklan cepu cemas. susah nak jwb neh..haha

actually lipis ni ok je kot je dgn ada nya sahabat terchenta di sisi. n yang terkini WIRELESS yg mbuat aku jd loss haha...

mmg x sama cm kt tmpt kte yg byk mall,bleh men bowling n bla..bla... bla tp kt sini ada byk bnda yg xdak kt tmpt kta taw-batu 0, riang2,rama2 beso, babi hutan pun tak ketinggalan..haha