Wednesday, February 29, 2012

Kenali Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang


Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak atau nama ringkasnya SK PPP Tun Razak, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Jerantut, Pahang di atas kawasan pertanian seluas lebih 2,400 hektar. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1992 dan kini berusia 20 tahun. Tapak yang diperuntukkan oleh Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Abdul Razak (PPPTR) Sungai Tekam, Jerantut ini terletak lebih kurang 60 kilometer dari Jerantut dan 45 kilometer dari Bandar Tun Razak atau lebih dikenali lagi sebagai Bandar Pusat Jengka. Pada 2012, Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak memiliki seramai 169 pelajar lelaki dan 165 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 334 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 31 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Sekolah ini diterajui oleh seorang Guru Besar yang sangat berpengalaman luas dalam bidang seni visual iaitu Encik Mohd Zaini bin Mohd Yunan. Pentadbiran sekolah ini juga dibantu oleh tiga orang lagi tulang belakang pentadbiran sekolah yang amat berdedikasi iaitu Encik Abu Samah Bin Jonit selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Rosnah Binti Omar selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Hashardi Bin Jamaluddin selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum.




wajah cilik penyeri SKPPP Tun Razak =)


*Alamat Sekolah:
Sekolah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak,
27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
O9-4718162